Penginapan Yang Selesa Di Holiday Villa Langkawi

Salah satu lokasi percutian menarik dan mendapat tumpuan pelancong adalah Pulau Langkawi. Siapa pun yang datang bercuti ke Langkawi pasti akan mengulangi semula destinasi percutian ke sini. Sebuah pulau yang santai dan mempunyai banyak kelengkapan kepada para pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara, tinggalan sejarah yang perlu dipelajari dan lain-lain yang menjadikan pulau ini sebagai tarikan pelancong yang sangat popular.

Baru-baru ini, kami telah berpeluang menginap di salah sebuah penginapan yang cukup selesa di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi. Sepanjang berada di sana, kami berasa teruja dan seronok menikmati pemandangan di situ.


Bilik dan Kemudahan Yang Selesa Di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi

Seronoknya bercuti di Holiday Villa Langkawi ini kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan yang cikup selesa kepada para pelancong. Terdapat juga beberapa jenis bilik yang ditawarkan kepada anda yang ingin mendiaminya di sini serta merasai suasana nyaman di Holiday Villa ini. Di bawah ini, kami sediakan beberapa senarai kesemua jenis bilik yang ada di sana untuk rujukan pembaca blog ini.

  • Superior Room
  • Deluxe Room
  • Deluxe Premium
  • Studio Room
  • Prima Suite
  • Crystal Suite
  • Antara Suite
  • Royal Suite








Cukup selesa kan keadaan bilik tidurnya. Pasti semua akan terpesona dan tidak ingin keluar dari bilik penginapan ini. Harga bilik bagi setiap bilik penginapan ini berbeza mengikut jenis biliknya dan ia termasuk sarapan pagi yang telah disediakan secara buffet. Selain bilik tidur yang selesa, kemudahan lain seperti kolam renang, spa juga turut disediakan kepada para tetamu yang datang menginap di sini.





Lokasi Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi Strategik dan Mudah Dikunjungi Pelancong

Kebanyakan pelancong akan datang ke Langkawi dan mencari hotel yang selesa dan berdekatan dengan tempat peranginan untuk dikunjungi. Keadaan dan suasana yang cukup mendamaikan di sini amat menitikberatkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk merasainya.

Salah satu hotel berdekatan dan mempunyai kemudahan yang lengkap adalah Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi ini di mana jaraknya dari lapangan terbang Langkawi hanyalah mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki kenderaan. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan hari ini ia bukan isu yang besar kerana adanya perlhidmatan grab dan uber serta sewa kereta ada disediakan di situ.

Maklumat lanjut berkenaan Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi seperti tertera di bawah:-


Share on Google Plus

About Illya LeYa

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

1 Comments :

  1. Nanti kalau teringin nak pergi langkawi, in shaa Allah akan book this villa

    ReplyDelete