Majlis Pelancaran Dakwat Di Jari Bersama TV9

 Dakwat Di Jari Bersama TV9


Kuala Lumpur: Bahang PRU 14 telahpun bermula. Telah beberapa hari pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. 

Ini bermakna tempoh pengundian dan pemilihan kerajaan baru semakin hampir. Baru-baru ini, Rangkaian Media Prima menerusi Stesen TV9  mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khusus untuk wanita telah melancarkan 'Program Dakwat di Jari' iaitu program khas politik wanita selari dengan matlamat kerajaan memperkasakan wanita pada tahun 2018. Program ini khusus membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen. 

'Program Dakwat Di Jari' atau DDJ ialah satu program bual bicara yang akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula 5.00 petang di TV9 bermula dari Hari Penamaan calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi. 


Beberapa orang tokoh politik wanita, selebriti dan ahli akademik akan dijemput bagi berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu politik semasa. Statistik membuktikan pengundi wanita adalah lebih banyak berbanding pengundi lelaki. 

Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata, "program bual bicara khas ini memberi peluang kepada wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran mereka untuk lima tahun akan datang menerusi kupasan-kupasan isu yang diperbincangkan". 

Antara topik menarik yang bakal dikupas menerusi program Dakwat Di Jari adalah:

1. Berita Palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan.
2. Ikon wanita dalam politik.
3. Apa pengundi muda mahu.
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita.
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet.
6. Wanita tak lupa janji.
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses Pilihanraya bersama SPR.


Lebih dari 51% pengundi adalah terdiri dari wanita dan dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon-calon dari parti yang bertanding didalam PRU14. 


Majlis pelancaran Dakwat Di Jari yang dijangka mendapat sambutan daripada penonton pelbagai peringkat ini menampilkan tiga ikon wanita seperti artis Dira Abu Zahar (Exco Pergerakan Puteri UMNO), Ann Tan (Ketua Wanita MCA, Bahagian Bukit Bintang) dan Dr Zaireeni Azmi (Pensyarah Universiti Sains Malaysia) dan dihoskan oleh Mas Zhariff Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan. 

Beberapa lagi tokoh-tokoh wanita akan diundang memeriahkan program ini sepanjang 10 hari berlangsung iaitu:

1. Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
2. Datuk Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Heng Siai Kee (Ketua Wanita MCA)
4. Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat)
5. Datuk Mohana Muniandi (Ketua Wanita MIC)
6. Profesor Datuk Sri Zaleha Kamarudin (Rektor UIA)
7. Sherry Al-Hadad (Selebriti)
8. Fazura (Selebriti)
9. Mas Idayu (Selebriti)


Program Dakwat Di Jari ini adalah program terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios dengan kerjasama Aidijuma Color Group.




Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

22 Comments :

  1. Hihi bestnye dapat pergi event camni.. Salam kenal bonda.😀

    ReplyDelete
  2. salam kenal iris....yess seronok jg pergi sesekali pergi event politik ni

    ReplyDelete
  3. Program yang memberi manfaat kepada golongan wanita untuk memperkasakan lagi bakatnya. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa betul tu...program seperti ini memberi manfaat kepada umum khususnya wanita...bagaimana pentingnya peranan wanita terhadap politik semasa.

      Delete
  4. menarik ni.done follow your blog. nadianurul2604.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis....program macam ni mmg menarik...

      Delete
  5. menarik event macam ni..dapat tau apa wanita mampu lakukan. Ikon yang dijemput pun boleh tahan nampak hebatnya..terbaikla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis...ikon yang hadirpun penuh ilmu didada...petah berkata-kata..

      Delete
  6. Interesting discussion. I hope that one day, women politicians in Malaysia will receive equal respect as men. That's a first world mentality.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed sis...women nowadays have intelligence mindset should be reveive equal respect as men...

      Delete
  7. I feel that women and men should be treated equally. Same goes for races but in this country, it is near impossible.

    ReplyDelete
  8. It was a interesting discussion and channel to watch! Is good for us to gain some knowledge about woman rights too. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Sharon....lots of information shared in this programe..

      Delete
  9. Wah baru tahu rupanya ada program macam ni. salah satu cara memperkasakan wanita dan cara agar suara wanita di dengari. bagusnya tak kira apa parti pun dijemput. atleast elemen adil ada di terapkan. Suka kalau masing-masing bebas beri pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Sis Rodiah....segmen ini tidak hanya menjemput satu parti sahaja malah semua parti yang terlibat dengan politik dipanggil untuk memberikan pendapat masing-masing...

      Delete
  10. semua tajuk yang menarik.. bestlah.Ada buat live ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tajuk yang menarik dikemukakan....tidak pasti ada live ke tidak...tp program akan di tayangkan di tv9 jam selama 1 jam setiap hari bermula jam 5ptg selama sepuluh hari bermula dari hari penamaan calon sehingga sehari sebelum hari mengundi...

      Delete
  11. Good forum, especially for women. Can't wait for Polling Day, actually, so that we can move in with life!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess...good forum and lots of topic related to women...many ideas shared with different point of views...

      Delete
  12. Interesting topic. Am not familiar with Malaysian law so am here as a reader. But women around the world are amazing and should be recognized.

    ReplyDelete
  13. wah.. fazura pun ada.. huhu.. maunya ada yang datangs ebab fazura ni.. hehe.. esok dah nak ngundi.. berdebar je rasa..

    ReplyDelete
  14. Mas Idayu pun ada? Bagus betul program macam ni

    ReplyDelete