Penonton Filem Muzikal Komedi Basmati Blues Terpesona!



Baru-baru ini Bonda diberi peluang untuk menghayati satu filem muzikal komedi romantik di antara dua pertembungan budaya iaitu India dan Barat. Filem ini mengisahkan seorang saintis muda wanita Dr. Linda Wattyang datang ke India untuk menjual benih beras “Rice 9” kepada masyarakat petani di India.


Bermula episod di mana Linda Watt (pemenang Anugerah Akademi Brie Larson) yang sangat cemerlang dan komited dengan kerjayanya telah dihantar oleh CEO (Donal Shouterland) syarikatnya MOGIL ke India untuk menjual “Rice 9”, beras berasaskan genetik yang dihasilkannya. "Rice 9" mempunyai banyak kelebihan antaranya tahan kemarau. Linda Watt dihantar ke India untuk menggantikan Jeffrie yang telah culas menjalankan tugas disana.

Setibanya Linda di India, dia dapati suasana seperti yang tidak disangkanya. Keadaan huru-hara dan kucar-kacir serta persekitaran yang sukar untuk didiami. Namun, seorang birokrat muda yang mempunyai cita-cita tinggi, William Patel (Saahil Sehgal) bersama ibunya menjemput kehadiran Linda dari stesyen keretapi. Ibunya memasang impian bahawa Linda Watt adalah pasangan yang secocok dengan anaknya William Pate. 


Di India, Linda diberikan sebuah makmal penyelidikan untuk membiakkan "Rice 9" bagi membantu penduduk India didalam sektor penaman padi. Tanpa menyedari, ianya hanyalah tipu helah syarikatnya MOGIL yang ingin mengambil kesempatan terhadap penduduk kampung. Penjualan "Rice 9" hanyalah memusnahkan penduduk kampung yang disangka sedang dibantu oleh Linda Watt.


Bermula episod pertemuan Linda Watt dengan Rajit (Utkarsh Ambudkar) seorang anak kampung yang menyambung pelajaran dibandar tetap gagal untuk membayar yuran pengajian menjadikan dia terpaksa berhenti dari pengajian kerana keluarganya tidak berkemampuan. Kepulangan Rajit ke kampung halaman telah menimbulkan pelbagai konflik. 

Ekoran dari kegagalan untuk meneruskan pengajiannya, Rajit memberontak kerana terpaksa membantu keluarganya menanam padi. Rajit mempersoalkan kehadiran Linda Watt dikampungnya. Maka terjadilah episod-episod pertengkaran diantara mereka kerana bertengtanan pendapat. 


Ranjit sudah mula meragui kehadiran Linda Watt apabila William Patel berusaha memujuk penduduk kampung untuk membeli benih "Rice 9", menanamnya dan kemudian menjualnya kepada MOGIL tanpa mereka ketahui, tanah mereka akan menjadi miik MOGIL seandainya gagal mematuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian tersebut.

Rajit menjalankan penyiasatan dan membantah sekerasnya rancangan yang diatur William Patel. Akhirnya Rajit dihukum penjara kerana difitnah oleh William Patel membakar makmal penyelidikan Linda Watt.  Menolak sikap bertentangan mereka atau mungkin kerana itu, Lins Watt dan Rajit mula jatuh cinta. 

Semasa acara perasmian diadakan, barulah Linda Watt sedar bahawa rancangan CEO MOGIL adalah tidak seperti sangkaannya. Linda Watt mengambil keputusan untuk menentang rancangan tersebut bersama Rajit. Ahirnya William Patel sedar akan kesilapannya dan telah membakar semua pejanjian yang telah ditandatangai oleh penduduk kampung. 



Terima kasih kepada TGV Cinemas dan Nusantra Seni Karya Sdn Bhd keran memberi peluang Bonda menonton preview filem yang sungguh mempersonakan ini.


Trailer Filem Basmati Blues





Share this:

3 comments :

  1. Satu penghayatan cerita yg menarik... Memang best utk ditonton

    ReplyDelete
  2. betul...banyak pengajaran yg boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita tu lain dari yang lain

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq