Kuala Lumpur: Bun Seng Hardware Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar baru di Malaysia bagai mempromosikan produk WD-40. WD-40 produk penjagaan kenderaan jenama Amerika Syarikat yang dikenali ramai rakyat Malaysia akan kehebatannya. Syarikat WD-40 telah mengembangkan sayapnya menembusi pasaran Asia Tenggara terutamanya di Malayisa dengan lebih aggressif.


Dengan jalinan kerjasama ini, Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40, termasuk Produk Pelbagai Guna WD-40, Specialist WD-40 dan Bike WD-40.


Menurul En. Marcus Chen Pengarah Serantau Syarikat WD-40-Asia, Bun Seng Hardware Sdn Bhd mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan dijangkakan lebih 2 juga botol produk WD-40 akan terjual dan ianya sekaligus menyumbang kepada 15% pertumbuhan jualan berbanding tahun terdahulu.


Manakala, En. Wong Kiah Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd menjangkakan kerjasama yang lebih baik bersama syarikat WD-40 dan beliau sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40 bagi Malaysia. Jenama WD-40 adalah tidak asing lagi bagi Malaysia dan banyak dipasarkan diseluruh dunia. Produk jenama Amerika yang berwarna biru dan kuning dengan penutup merah ini menjadi pilihan pengguna bagi setiap rumah.


Siapakah Syarikat WD-40? Ianya adalah sebuah syarikat pembuat produk pelbagai guna yang ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) yang diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.



Siapakah Bun Seng Hardware Sdn Bhd? Memulakan perniagaan pada tahun 1979, Bun Seng adalah peneraju alat-alat perkakasan, pekakas perindustrian dan bahan-bahan binaan dan mempunyai 4,000 pengedar pemasaran dan pembekal perindustrian dan pembekal perindustrian di seluruh Malaysia. Mempunyai rangkaian pengedaran runcit yang terkenal seperti HomePro, Homefix, Mr. DIY dan lain-lain. Selain jenama WD-40, Bun Seng mempunyai senarai jenama global dan tempatan yang terkemuka.



Dari kiri En. Marcus, Datuk Isham Ishak dan En Wong melancarkan Produk WD-40 di Malaysia


Dari kiri En. Marcus dan En Wong di Majlis Sidang Media yang diadakan sempena Pelancaran Produk WD-40 di Westin Hotel Kuala Lumpur


Antara produk penjagaan kenderaan keluaran syarikat WD-40



Untuk keterangan lanjut:

GreatWorks Marketing
Tel: +6012 362 7205
Email: chan@greatwaorksmarketing.com