Aiman Tino Lancar JUS MANNO Minuman Kesihatan Berasaskan "Sumber Botanikal Semulaji"


Kuala Lumpur: Kejayaan Aiman Tino semakin menyerlah dengan penubuhan Manno Resources Sdn Bhd memasarkan JUS MANNO iaitu minuman kesihatan berasakan "sumber botanikal semulajadi". Apakah yang menyebabkan Aiman mengambil langkah membina empayar perniagaan ini? 

Menurut Aiman, beliau mengambil keputusan untuk membina perniagaan ini kerana permintaan kepada produk kesihatan dan kecantikan ini mendapat perhatian dan permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia terutama produk yang mempunyai kualiti dan standard melalui pensijilan HALAL. 



Bermula dengan perniagaan membuat sambal nasi lemak dan char kue teow, Aiman melebarkan sayap perniagaannya dengan membina Manno Resources Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 19 Disember 2017 sempena nama panggilan adik Aiman kepadanya. Ianya adalah singkatan nama 'Aiman Tino' kepada Manno.  Bersempena panggil Manno oleh adiknya, maka Aiman mengambil keputusan untuk menggunakan nama tersebut sebagai nama syarikat yang ditubuhkan.

Produk Manno Resources Sdn Bhd ini mempunyai dua jenis produk iaitu Jus Manno dan Jus Manno Junior. Menggunakan tag line "Teman Sihat Anda" adalah menjadi produk pertama Aiman yang telahpun berada dipasaran semenjak Februari 2018. 



Aiman yakin Jus Manno dan Jus Manno Junior ini akan berkembang lebih luas dan dapat memberi manfaat kepada kesihatan orang ramai disamping memberi peluang kepada orang ramai menambah pendapatan dengan menyertai "team keluarga MANNO".  

Berkongsi kebaikan dan manfaat Jus Manno, En. Muhamad Nadzri Farid berkata, selepas mengambil Jus Manno selama sebulan, masalah resdung yang dialami beliau berkurangan. Produk ini juga memberikan kesan yang positif kepada tahap kesihatan dan kecergasan kami sekeluarga, menurut Puan Khuslina Abu Bakar pengguna produk Manno Resources.


Menurut Aiman, Manno Resources akan terus berkembang dan mengorak langkah bersama kakaknya Fara Hazel dengan membangunkan produk baru yang akan dilancarkan pada Ramadhan nanti dan berharap agar banyak lagi peluang-peluang perniagaan dan produk yang baik dapat dipasarkan. Aiman bercita-cita untuk bergandingan dengan nama-nama besar yang telah mencipta nama didalam industri ini. 


Aiman juga mewujudkan "Program Jalinan Kasih" iaitu setiap RM1.00 akan disumbangkan kepada badan-badan amal dan kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Perniagaan ini bukan sahaja memberi peluang perniagaan tetapi ianya juga dapat bersama-sama membantu beramal jariah untuk keperluan dunia dan akhirat. 




Untuk tempahan produk Jus Manno boleh hubungi alamat dan nombor tertera dibawah:

MANNO RESOURCES SDN BHD
B-26-02 MERCU SUMMER SUITES
8, JALAN CENDANA OFF JALAN SULTAN ISMAIL
50250 KUALA LUMPUR 

E-mail: mannoresources@gmail.com
Tel: 019-7275990, Insta: manno.malaysia
FB : Jus Manno & Manno Junior

Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

3 Comments :

  1. Tahniah Aiman Tino! LeYa memang kagum dengan semangat yg ada pada beliau. Rasa Jus Manno keluaran Manni Resources juga memang menepati ramai. Manis² gula, memang sedap. Dan badan rasa lebih sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu leya..bonda kagum dengan semangat yang di tunjukkan oleh aiman tino..diusia yang muda sudah membina tapak kejayaan

      Delete
  2. waa gitu aiman tino. bukan dia dah ada jenama baju skolah ke? bagus untuk perkembangan business.

    ReplyDelete