Pertama kali diundang oleh pemilik BBQ LAMB KEMENSAH iaitu En Zainuddin dan Isteri Puan Mimie, membuatkan Bonda rasa terharu menerima undangan ini untuk merasai pakej berbuka puasa yang ditawarkan disini. Acara bermula jam 7.30 malam seusai waktu berbuka. Tetapi sengaja Bonda datang awal untuk menikmati pemandangan sekitar BBQ Lamb Kemensah ini.


Set BBQ Lamb Kemensah yang dihidangkan kepada bonda.


Meat Set yang terdiri dari daging kambinng dan lembu yang di panggang didalam dandang yang dibuat khas


Seafood Set terdiri dari potongan ikan - Grilled Salmon, sotong - Grilled Squid, udang -Cheesy Lobster dan Ketam Lembut goreng tepung -  Shell Crab yang dipanggang dengan bara didapur khas


Bird Set terdiri dari burung puyuh, ayam dan itik yang dipanggang menggunakan api bara didapur khas


Nasi kuning istimewa dan sayuran segar dihidangkan bersama setiap set yang ditempah.


Pencuci mulut yang dihidangkan bersama set menu. Terdiri dari 'fruit cocktail' dan juga 'Puding Jagung'

PAKEJ YANG DISEDIAKAN DI BBQ LAMB KEMENSAH

Setelah menunggu dengan sabarnya, Bonda dihidangkan dengan menu yang menjadi “signature dish” disini. Bonda dihidangkan dengan menu :- 

‘Bird Set’,      : berharga RM 168.00 
‘Meat Set’      : berharga RM 188.00 
‘Seafood Set’ : berharga RM 168.00

Kesemua set ini adalah untuk hidangan 4-6 orang makan. Setiap set ini juga disertakan dengan 2 jug air jus minuman, kurma berserta 2 jenis pencuci mulut sepertia puding dan koktail buah-buahan.

Untuk meraikan bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini, pemilik  BBQ Lamb Kemensah menawarkan potongan harga sebanyak 5% bagi minggu pertama ramadhan bagi setiap set hidangan. Mari kita beramai-ramai berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah untuk merasai keenakkan hidangan ini. 

Dengan kos serendah RM31.00 seorang, Bonda dapat menikmati hidangan yang sungguh enak. Bahan-bahan yang digunakan oleh En. Zainudin terdiri dari bahan yang berkualiti terutama daging kambing yang import khas dari luar negara. Mengapakah bahan yang digunakan diimport khas? Menurut En. Zainudin, ianya bagi memastikan kualiti dan rasa yang berlainan dari kambing tempatan kerana kambing yang diberi makan secara semula jadi mempunyai sturktur daging yang baik, lembut, sedap dan enak apabila dibakar dan dimakan berbanding kambing yang diberi makanan secara komersial. 

Tambahan pula, hidangan ini dibakar didalam rumah pemanggang yang direka khas menjadikan hidangan ini sungguh istimewa. Rempah ratus yang diperap terasa hingga kedalam daging. Berbeza sungguh dengan kambing-kambing bakar yang ada dipasaran.


En. Zainuddin pemilik BBQ Lamb Kemensah memasang lilin bagi menjadikan suasana lebih romantis apabila malam menjelang


 Pengunjung dari Shah Alam yang sempat Bonda temubual


Pengunjung memilih untuk menikmati hidangan diatas darat

ISTIMEWANYA BBQ LAMB KEMENSAH

Dianggarkan ribuan pengunjung datang setiap bulan terutama pada musim cuti persekolahan dan juga cuti hujung minggu. Menurut En. Zainudin, jika satu-satu keadaan tertentu seperti cuti-cuti umum, cuti hujung minggu dan cuti persekolah, BBQ Lamb Kemensah mampu menampung sehingga dua ratus pengunjung dalam satu-satu masa.

Begitu hebatnya keenakkan BBQ Lamb Kemensah ini sehingga dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat jauh dan dekat. Ketika Bonda berada disini, Bonda berkesempatan beramah mesra dengan beberapa pengunjung yang datang dari Shah Alam semata-mata untuk merasai dan menikmati keenakkan BBQ Lamb Kemensah ini.

Terdapat juga pasangan yang meraikan hari bahgia mereka dengan sinaran cahaya lilin 'candle light dinner' disini. Pendek kata, BBQ Lamb Kemensah ini lokasi yang strategik bagi yang mencari-cari tempat berbuka puasa dalam suasana kampung. 


Pengunjung diberi pilihan untuk menikmati hidangan didalam sungai

Disini, tetamu juga diberi pilihan untuk makan didalam sungai ataupun diatas darat. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu makan didalam sungai? Pemilik restoran ini menyediakan set kerusi dan meja yang diletakkan didalam anak sungai Kemensah yang semulajadi mengalir disini. Sambil menikmati keindahan alam semulajadi, pelanggan dihidangkan dengan menu masakan yang enak. 


Kolam renang yang dibuat khas untuk pengunjung yang ingin melapangkan fikiran dengan bermandi manda bersama-sama rakan dan ahli keluarga

LOKASI

Tahukah anda dimana lokasi BBQ LAMB KEMENSAH ini? Ianya terletak di dalam perkampungan KEMENSAH, Ulu Klang. Untuk sampai ke lokasi ini, Bonda harus melalui jalan di sebelah Zoo Negara. Terletak di tengah-tengah kampung Kemensah, lokasinya amat menarik. Kedengaran deruan air anak sungai yang mengalir menjadikan hati sungguh terpaku melihat keindahan alam ciptaan yang maha Esa. Di BBQ LAMB KEMENSAH terdapat sebuah kolam renang yang disediakan untuk tetamu yang ingin menyejukkan badan selepas penat bekerja.



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari:-

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Telefon: 
012-211 4100

Google Map: 

Facebook: 

Waktu Operasi: 
Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)

[Setiap Hari Isnin Tutup]