Sumber Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang. 
Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.
Mengulas berkenaan jumlah bonus yang akan diberikan kepada kakitangan awam, Tun M belum menyatakan berapa jumlah bayaran yang akan diberikan. 

Pengerusi PPBM itu menyatakan sambutan Aidilfitri, parti PPBM akan diadakan di Perak dan lokasinya akan ditetapkan kemudian. 


Terdahulu, dalam Bajet 2018 yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500.00 kepada 1.6 juta penjawat awam. Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri. 

Sumber - BERNAMA