BR1M Diteruskan, Pembayaran Sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng


Sumber Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menetapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar pada Jun ini. Pembayaran sebelum Aidilfitri itu sebagai membantu sebahagian besar rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri.
Lim Guan Eng dalam akaun Twitter miliknya berkata, 'Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri'.
Akaun Twitter @guanenglim

Mengulas kenyataannya itu, BR1M akan ditukar kepada nama yang lain sepertimana arahan Perdana Menteri Tun M dan maklumat lanjut berkenaan bantuan itu akan diumumkan pada minggu hadapan.

BR1M yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan diteruskan sebagai membantu meringankan kos sara hidup golongan B40 yang bependapatan rendah. Seramai 7.2 juta isi rumah dan individu bujang layak menerima bantuan ini sejak awal tahun 2018. 

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji semula struktur bantuan BR1M agar tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan. 

Sumber: www.mstar.com.my




Share this:

5 comments :

  1. Bantuan kepada rakyat yg memerlukan memang perlu diberi. Syukur punya kerajaan yang mengambil berat terhadap rakyat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada juga bantuan utk rakyat.

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq