Buffet Ramadhan Murah Sajian Azam Pandan Di Kajang Perdana Avenue




Bulan Ramadhan sudah hampir tiba. Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubaraq. Seperti kebiasaan menjelang ramadhan yang bakal tiba, hampir semua hotel-hotel, restoran-restoran ternama mengadakan 'buffet ramadhan review' bagi memperkenalkan juadah buffet berbuka puasa kepada orang ramai dengan hasil sentuhan cef-cef berkaliber.

Justeru itu, Bonda akan membawa anda keluar dari kesibukan bandar Kuala Lumpur untuk merasai kenikmatan berbuka puasa bersama Azam Pandan Sdn Bhd. Ingin lari dari hiruk pikuk dan kesesakan bandar Kuala Lumpur dan mencari tempat berbuka puasa di luar bandar kosmopolitan ini? Dimanakah lokasi yang akan bonda kongsi bersama anda? Lokasinya tidak lain tidak bukan adalah di Kajang Perdana Avenue. Pasti ramai yang telah tahu lokasi ini. Kali ini Azam Pandan Sdn Bhd memperkenalkan menu berbuka puasa ditempat baru. 

F&B kreatif AZAM PANDAN Menawarkan Pilihan Yang Hebat 


Bonda telah diundang untuk merasai keenakkan masakan dari pasukan Chef Hafid, Chef Azim & Chef Mila yang sememangnya berpengalaman dalam menyediakan masakan melayu dan juga pencuci mulut yang menjadi kegemaran Bonda.

Azam Pandan Sdn Bhd menyediakan hidangan masakan Melayu tradisional merangkumi masakan dari negeri-negeri di Malaysia termasuk juga hidangan masakan Barat, Cina, India dan Arab. Gabungan masakan ini sudah pastinya memberikan rasa yang lazat dan unik dengan pilihan yang istimewa buat pengunjung dengan harga yang sangat-sangat murah malah berpatutan dan harga mampu milik oleh semua golongan masyarakat. 


Antara menu yang dihidangkan seperti Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin masak Tempoyak, Pucuk Manis Lemak Keledek. Kesemua menu hidangan ini adalah menu kegemaran Bonda. Sungguh Bonda tidak menyangka begitu banyak pilihan masakan di Kajang Perdana Avenue dengan sentuhan Azam Pandan Sdn BhdPada ramadhan nanti, lebih dari 150 menu masakan akan dihidang.


Hampir kesemua masakan ini telah bonda nikmati dengan enak sekali. Bonda pasti, jika anda berkunjung ke sana nanti, pasti anda sangat-sangat berpuas hati. Anda juga pasti merasai keenakkan masakan-masakan ini. Keenakkan masakan ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak Bonda ketika berbuka puasa di kampung halaman ibu Bonda di Alor Gajah Melaka. Rasa, keenakkannya tidak ubah sama seperti lauk pauk yang dihidangkan oleh arwah nenda Bonda. 


Disajikan juga pelbagai pilihan ulam-ulaman sebagai pelengkap kepada menu tradisional yang dihidangkan seperti daun ulam raja segar, daun selom, pucuk pegaga, petai dan salad, sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan jangan lupa kerabu, acar , telur asin, dan juga pelbagai jenis ikan kering.



Hidangan nasi putih yang diletakkan didalam bekas kayu ini beralaskan daun pisang mengekalkan rasa tradisional dan unik dinikmati ketika berbuka puasa. 




Disamping itu, Bonda juga menikmati hidangan yang dihidangkan di gerai-gerai seperti Roti Domba Besar, Masakan Arab Nasi Mandy dan Lamb, Ketam Grilled, Satay, Kambing Golek Madu, Ikan Bakar dengan Air Assam, Nasi Ayam Hainanese, Cucur Udang, Apom, Apam Balik dan 'goreng-goreng' yang menyediakan goreng pisang panas untuk dinikmati dan juga Penang Char Kuey Teow. Kesemua masakan ini menjadikan Bonda kekenyangan dan merasai kepuasan yang tidak dapat digambarkan. 





Untuk hidangan pencuci mulut pula, Bonda sungguh terpesona dengan pelbagai hidangan tempatan dan barat seperti Cake Cheese American, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Manggo Pudding, Chocolate brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan Serawa Durian dengan Pulut. Untuk bahagian pencuci mulut yang menjadi kegemaran Bonda ini, pasti Bonda tidak ketinggalan untuk merasai setiap menu yang ada. 








Lebih dari  10 jenis minuman yang pastinya akan memberi kepuasan ketika seharian berpuasa termasuk Teh Tarik yang menjadi pilihan utama pengunjung. 


Tawaran Berbuka Puasa ini adalah:-

Tarikh: 17 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018
Masa: 6.30pm - 10.00 pm
Harga: RM 55.00 nett / dewasa
           RM 27.50 nett / kanak-kanak

Tawaran istimewa untuk dewasa pada MINGGU PERTAMA & KEEMPAT Ramadhan 
hanya RM49.90

Tempahan Awal akan mendapat 2 pax percuma bagi setiap 10 tempahan berbayar.

Untuk tempahan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah:-

03 7840 0516 / 03 7843 0617 
www.azampandan.net







Share this:

27 comments :

  1. Rasa yang menepati citarasa ramai, ia merupakan lokasi yang wajib singgah kepada semua yang ingin berbuka puasa dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Menu yang dihidang juga sangat banyak dan bolh dikatakan lebih dari 200 hidangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....dicadangkan pada semua pembaca untuk berbuka puasa disini bkn hanya kerana lauk pauk nya yang banyak, pilihan yang berbgai-bagai, tetapi juga harganya sangat-sangat murah

      Delete
  2. Macam2 hidangan ada dan paling penting semua nampak menarik. Paling suka dengan tetel asam pedas... dah lama x makan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Ayu...Bonda memang cadangkan kepada semua pembaca blog bonda untuk berbuka puasa bersama Azam Pandan....masakan nya memang sedap disamping harga yang sangat murah..

      Delete
  3. Semua nampak menarik tu ha..kalau SA memang akan pilih grill macam ketam tu...sedapnya ketam.,.lama tak makan ketam..hehhe...tetel asam pedas tu pun nampak sedap la...eh...kena pi sini nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena pergi berbuka puasa disini AS..Bonda cadangkan sangat-sangat...memang termbaik makananya....juga harga yang murah..

      Delete
  4. Azam pandan really good and highly recommend as they provide varieties choice of foods. Not only many choices but also delicious one. I'm impressed with their arrangement and presentation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed with you Dr life....please bring your friends to be there and taste all the foods

      Delete
  5. Pilihan menu yang terbaik dan sedap-sedap. Sebab byk pilihan sampai tak dapat rasa semua. Terasa nak repeat ke sana lagi, nak rasa apa yg tak dapat rasa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis hanny...bonda pun rasa kena berbuka disini repeat semula....sipot sedut masak cili api azam pandan memang terbaik...

      Delete
  6. Aduiii..banyaknya menu...rugilah tak ikut...tgk air dia tu macam sedap jer bercolor-color..macam2 ada, larat ke makan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...sampai x larat nak makan kak halimah...tp gagah juga rasa semua yang ada...menu yang banyak....semua nya sedap-sedap belaka..

      Delete
  7. What a delicious buffet spread! Ramadan is tomorrow already, it's time for us to savour all the ramadan menus that you have been sharing, Bonda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess!!...definitely EM!!...lets go to kajang perdana avenue to taste all the menus provide by azam pandan sdn bhd!!..

      Delete
  8. my favourite dish is anything masak lemak! lolx... because it is the best! every Ramadhan and Raya also i will look out for this

    ReplyDelete
    Replies
    1. The best dish is sipot sedut masak lemak!!...also telur itik masak lemak...

      Delete
  9. With such affordable price and such sumptous meal definitely worth the money! The fish and crab serving looks delicious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess Sharon...affordable price for the best dish!

      Delete
    2. I can't believe how affordable the fish menu! This is perfect for dining with a group :)

      Delete
  10. lots of choices of food and most of all, it comes with super affordable price.. worth to dine here and great for berbuka puasa...

    ReplyDelete
  11. I see ikan patin and ikan keli sambal. Both are my favourite fishes. Price seems very reasonable especially for the variety of kampung food to be had.

    ReplyDelete
  12. ya ampun dah dekat dengan rumah ni kenapalah tak perasan kan... stall goreng-goreng tuh kak lily memang suke sungguh

    ReplyDelete
  13. Harga berbaloi sangat , lagipula memang suka makanan-makanan tradisional .. semua sedap2 nampaknya

    ReplyDelete
  14. Rm55 untuk dewasa tu consider affordable tau. Harga berbaloi la org kata. Lagipun seleksi makanan yang ada pun nampak variety sangat, macam2 ada.

    ReplyDelete
  15. Wow, look at the generous buffet spread to break fast over. I am salivating just looking at the dishes! The friendly price is definitely another plus point!

    ReplyDelete
  16. Eyes on those kuih muih. Sudah lapar lah

    ReplyDelete
  17. The buffet is so affordable and with so many food varieties to choose! Memang worth la ni!

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq