Buffet Selera Ramadhan Di PWTC Berkonsepkan Pasar Malam Menarik Minat Pengunjung




Ramadhan bakal menjelang. Ramai sekarang ini sudah mula mencari-cari tempat untuk berbuka puasa akan datang. Tidak tahu mahu berbuka dimana nanti? Bonda ada tempat istimewa yang ingin Bonda cadangkan pada anda yang masih tercari-cari tempat berbuka yang sesuai citarasa. Mari kita berbuka puasa di PWTC. 

Baru-baru ini Bonda telah diundang oleh pihak PWTC untuk menyertai 'Ramadhan Preview' sebagai mempromosikan pakej buffet ramadhan yang berkonsepkan 'Pasar Malam'. PWTC memperkenalkan 'buffet Selera Ramadhan' yang  menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan dipamerkan di 24 buah gerai makanan. Terdapat banyak pilihan juadah makanan yang dihidangkan, menjadikan Bonda benar-benar teruja untuk mencuba hampir kesemua yang ada. Ternyata, semua makanan yang dihidangkan benar-benar menambat selera Bonda. Bonda juga dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Pncha-Picha Featuring Linda Eva yang menjadi halua telinga sambil menikmati juadah yang disediakan.



Terlintas di fikiran, mengapakah konsep 'pasar malam' menjadi pilihan dan tema PWTC tahun ini? Mengapa tidak memilih konsep lain seperti moden kontemparori? Seperti yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan PWTC, pemilihan konsep 'pasar malam' ini adalah bertepatan dengan suasana berbuka puasa dimana kaum muslimin muslimat akan berpusu-pusu pergi ke bazar ramadhan bagi membeli juadah berbuka puasa.  



Justeru itu, PWTC menawarkan juadah yang sama seperti di bazar ramadhan dengan keselesaan didalam ruangan berhawa dingin, pengunjung tidak perlu lagi bersesak-sesak dan berpanas untuk mendapatkan menu yang diingini seperti dibazar ramadhan. Antara menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan termasuk apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing. 


Menu-menu yang dihidangkan ini adalah hasil sentuhan Cef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih bersama pasukannya memberikan yang teristimewa buat pengunjung. Pelbagai menu masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari bagi memenuhi citarasa pengunjung. 


Hidangan selera kampung ini pasti memukau sesiapa sahaja yang datang berbuka puasa kelak. Buffet ramadhan ini akan mula ditawarkan dari 17 Mei hingga 13 June bertempat di Legar Putra PWTC dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Para pengunjung juga tidak perlu risau berkenaan solat Magrib, Isyak dan Tarawih kerana PWTC menyediakan sebuah surau iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 di PWTC.


Disamping itu, Bonda dimaklumkan bahawa PWTC menganjurkan program 'Mari Beramal di Bulan Ramadhan' dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan  yang berupakan bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 



Berkaitan itu, PWTC juga menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. PWTC juga mengambil inisiatif bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid menganjurkan Program Sentuhan Kasih Ramadhan Siri ke-4 dengan mengedarkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa kepada fakir miskin. Sungguh mulia hati pengurusan PWTC yang tidak melupakan golongan yang tidak berkemampuan. Bonda percaya, sebahgian dari hasil jualan buffet ramadhan ini akan dikongsikan dengan golongan yang tidak berkemampuan ini. Marilah kita sama-sama membantu golongan ini dengan membeli pakej buffet ramadhan yang ditawarkan. 



Berbagai pilihan ulaman-ulaman disediakan


Berbagai pilihan lauk-pauk kampung tersedia yang menepati citarasa pengunjung


Kambing bakar memang tidak akan ketinggalan didalam apa jua hidangan kerana ianya menjadi 'singature dish' sesebuah restoren

Harga yang ditawarkan seperti dibawah ini:-

Dewasa: RM88.00 nett seorang
Warga Emas: RM75.00 nett seorang
Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun : RM 45.00 nett seorang

(Bagi tempahan awal 'early bird' sebelum 16 Mei 2018 harga ditawrkan adalah sebanyak RM75.00) 

Pakej Berbuka Puasa Korporat & Persendirian

Tempat: Dewan Bankuasi
Harga : RM98.00 nett seorang / 100 pax keatas
            RM115.00 nett seorang  / 50 pax

(Termasuk hindangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruangan khas solat, bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk bermula jam 6pm)

Untuk tempahan sila hubungi:

Restoren Riverside
Tel : 03-26146701 / 6702, 03-2614 6262














Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

1 Comments :

  1. Menarik konsep "Pasar Malam" yang ditampilkan ini. Menjadikan ia unik dan disukai ramai pengunjung untuk datang dan berbuka puasa di situ. LeYa pun macam dah tersuka dengan sengaja untuk merasai makanan yang dihidangkan nanti. Pasti membuatkan hati tak keruan bila dah makan. Hehehe..

    ReplyDelete