Gambar : Berita Harian

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan pertemuan bersama CEO KWSP pada minggu hadapan bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan caruman KWSP kepada suri rumah.
Satu mekanisme perlu ditentukan seperti siapa yang layak dan bagaimana diberikan sebab caruman dua peratus adalah daripada gaji suami dan kita ada pengiraan kalau (suami ada) isteri satu, dua atau tiga bagi yang beragama Islam. Mekanisme akan dikaji secara mendalam kerana ini membabitkan dana RM50 daripada kerajaan kepada sesiapa yang layak menerima. 
Mengulas berkenaan akta yang akan menjadikan jawatan pekerja sosial sebagai kerjaya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, beliau akan mempercepatkan usul ke Parlimen disamping berkata berkenaan undang-undang sedia ada dalam melindungi hak wanita dan kanak-kanak serta undang-undang kesaksamaan gender yang perlu dikaji dengan lebih terperinci dan pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri itu juga akan menemui pihak pengurusan program Permata Negara bagi membincangkan secara menyeluruh dan akan mengekalkan dasar yang baik dan jika perlu menambah baik program itu.

Dr. Wan Azizah yang memulakan tugas hari pertama (semalam) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri di Kementerian itu Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 


Sumber- BH Online