Fruiti King Perkenal Enam Jenis Ais Krim Buah-Buahan Dengan Rasa Sebenar


Seringkali Bonda berkongsi pengamalan keenakkan menu berbuka puasa, kali ini Bonda akan berkongsi bersama anda berkenaan menu "ais krim" yang boleh dijadikan sebagai juadah sampingan ketika berbuka puasa nanti. 

Mahu tahu apakah ais krim yang Bonda perkatakan? Fruiti King telah membuka Cawangan baru di Sunway Pyramid telah mengadakan majlis memperkenalkan produk "ais krim" terbaru mereka. Kali ini, Fruiti King memperkenalkan enam jenis ais krim berperisa asli yang menggunakan buah-buahan asli sebagai campuran ais krim agar rasa keasliannya dikekalkan. Produk baru ini menggunakan 100% bahan asli buah-buahan seperti seperti buah durian, durian musang king, jagung, mangga, cempedak dan durian belanda.

Berasaskan enam bahan asli ais krim ini, Bonda telah diberikan peluang untuk merasai empat dari lima jenis hidangan ais krim di Fruiti King antaranya Potong Premium, Fruiti Waffle, Fruiti Shake, Super Premium Bar.

6 Pilihan Ais Krim Perisa Asli 


Untuk hidangan pertama, Bonda dihidangkan dengan ais krim Potong Premium Soursop Sorbet. Pertama kali merasai ais krim ini membuatkan Bonda rasa sungguh teruja. Rasa keaslian buah durian belanda amat terserlah. Merasainya sama seperti Bonda merasai buah durian belanda asli dengan kemanisan yang 'original'


Bagi hidangan kedua pula, masih lagi dari hidangan Potong Premium, Bonda memilih Sweet Corn & Mango, ais krim dua perisa yang dicampurkan menjadi satu. Ternyata, rasa keaslian jagung dan mangga yang asli dan tidak sedikitpun kurang. Campuran bahan-bahannya sungguh banyak dan Bonda sangat berpuas hati dengan ais krim yang diperkenalkan ini. 


Hidangan ketiga pula, Bonda memilih ais krim berperisa cempedak dari hidangan Fruiti Waffle. Untuk menu ini, Bonda dihidangkan dengan satu skop  ais krim campuran cempedak bersama 'waffle'. Apakah yang Bonda dirasai? Rasanya sungguh enak dengan campuran cempedaknya yang banyak bersama ais krim vanila yang menjadi kegemaran Bonda. Tambahan dimakan bersama dengan waffle. Ianya satu gandingan yang secocok sebagai satu hidangan. Cukup membuatkan Bonda begitu khusyuk menikmati ais krim ini tanpa mengindahkan keadaan sekeliling.


Hidangan seterusnya, Bonda memilih Fruiti Shake berperisa durian yang sememangnya menjadi kegemaran Bonda. Apabila ternampak 'durian' tercatat di menu yang diberikan, tanpa berfikir panjang, bonda terus memilih Fruiti Shake berperisa durian kerana durian adalah kegemaran bonda.  Gandingan isi durian asli dicampur dengan 'milk shake' menjadikan ianya satu hidangan yang 'rare' dan belum pernah ada lagi di pasaran. Rasanya sungguh enak dan sedap dinikmati lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas. Bak kata orang, 'panas-panas ni pekena ais krim sedap juga basahkan tekak'



Hidangan terakhir, Bonda memilih sekali lagi perisa Durian Musang King dari hidangan Super Premium Bar. Jika dilihat dari gambar yang Bonda sertakan, jelas sekali isi durian asli yang banyak di bekukan bersama ais krim vanila menjadikan ais krim ini ais krim yang sungguh istimewa. Ini adalah antara pilihan Super Premium Bar. Terubat juga rindu dihati Bonda dah lama tidak dapat makan durian. 


Menurut pengasasnya En Max Teh, ais krim fruiti king dicipta khas dengan mengekalkan keaslian rasa buah yang sebenar. Ianya dibuat daripada buah-buahan asli tanpa menggunakan bahan pengawet, perasa dan warna tiruan seperti produk-produk ais krim yang ada di pasaran. Fruiti king hanya melakukan kaedah khas penyimpanan produk ais krim ini untuk mengekalkan kesegaran dan rasa keaslian buah-buahan yang digunakan. 

Mendapat ilham setelah merasai aiskrim potong yang dibuat dari resepi rahsia, Max merasakan dia telah makan buah yamg sebenar yang telah dibekukan.  Pencinta buah-buahan dan aiskrim ini, mengambil keputusan mencipta aiskrim dari buah-buahan tropika yang mudah didapati di Malaysia. Jika negara luar telah menghasilkan aiskrim daripada buah strawberry, mengapa kita tidak menghasilkan ais krim dari buah-buahan tempatan seperti Musang King, Durian dan Cempedak?

Dalam memperkembangkan jenama Fruiti King, sebanyak 30 cawangan akan dibuka diseluruh Malaysia pada penghujung tahun 2018 ini termasuk percangam untuk melebarkan sayap perniagaanya ke Singapura, Hong Kong dan China.

Keterangan lanjut :

www.fruitiking.com
Fb / insta: fruitiking



Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

7 Comments :

  1. Memang sedap dan LeYa suka nikmati aiskrim Fruiti King ni. Memang favourite LeYa kesemua buah-buahan yg ada tuh... Hehehe... Rasa nak repeat lagi lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom leya nanti kita pergi bersama-sama...memang sedap ais krim yang dihidangkan

      Delete
  2. Ah, I love ice cream and for them to be in my favourite fruits? Of course there is no saying no!! I want durian and cempedak, pleaseeeeeeeee!

    ReplyDelete
  3. Wowwww...nampak mengancam bila tebgok time-time cam gini..tergugat iman..hahaha.
    Serius nampak sedap, bolehlah nanti sis cuba

    ReplyDelete
  4. wah belum pernah rasa fruit king ni lagi..kena cuba ni..ada perisa durian tu..kene cek dia ada dekat mana je..

    ReplyDelete
  5. Cempedak and soursop for sure is a must buy. All local fruits and loved by all. Great stuff!

    ReplyDelete
  6. Am not so much into ice cream, but if its free its hard to resist :)
    Which are your favorite flavours?

    ReplyDelete