HINDRAF 2.0 TUNTUT KERAJAAN BUKA TANAH RANCANGAN, UiTM UNTUK KAUM INDIA




Photo: My Metro
KUALA LUMPUR: Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar berkata, HINDRAF 2.0 menuntut supaya Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu supaya dibuka untuk semua kaum terutama untuk kaum India dari golongan B75. Beliau juga menuntut Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuka tanah rancangan seperti tanah rancangan Felda kepada kaum india yang berpendapatan rendah.

Hindraf 2.0 menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Penasihat Kerajaandi Menara Ilham merangkumi 25 tuntutan  kepada kerajan antaranya:
Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap satu lot yang ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas.
Kami juga menuntut kerajaan PH memberikan hak milik 20,000 lot tanah seluas 0.8 hektar bagi tujuan ternakan lembu atau kambing berserta rumah dan kemudahan.
Ia termasuk peluang 15 peratus untuk golongan B75 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam, politeknik, UiTM dan Tadika Permata setiap tahun
Tuntutan lain HINDRAF 2.0 ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil, memberikan taraf warganegara kepada warga India tidak memiliki dokumen diri.
Ia termasuk menangani isu kemiskinan golongan B75, isu pengangguran, masalah jenayah, mengurangkan pengambilan pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepads kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.
Uthayakumar berkata, kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad wajar menimbang dan mengambil kira tuntutan HINDRAF 2.0 selepas 80 peratus pengundi India menyokong PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sumber - My Metro

Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

0 Comments :

Post a Comment