Photo: Google

HULU SELANGOR: Minggu lalu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah. 

Walaubagaimanapun, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak melibatkan caruman tambahan dipotong dari gaji suami. Beliau mengulas hanya 2% daripada 11% gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadangkan dipotong untuk tujuan itu. 
Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita.
Dr Wan Azizah berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Khamis bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman tersebut.

Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah soal suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu.

Caruman KWSP kepada golongan suri rumah merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu. Dr Wan Azizah merupakan Presiden.

Selain caruman daripada pendapatan suami, cadangan itu turut melibatkan RM50 daripada kerajaan.


Sumber - BERNAMA