Lady's Choice Lancarkan Kempen Kesedaran 'Ibu Sejati' Sebagai Mengatasi Stereotaip 'Ibu Sempurna'



Ibu Ibu
Engkaulah Ratu Hatiku
Bilaku Berduka
Engkau Hiburkan Selalu
Ibu Ibu
Engkaulah Ratu Hatiku
Tempatku Menyerah Kasih
Wahai Ibu
Betapa Tidak Hanya Engkaulah
Yang Menyinari Hidupku
Sepanjang Masa Engkau Berkorban
Tidak Putusnya Bagai Air Lalu


Siapakah yang tidak kenal akan lagu istimewa utnuk seorang insan yang bernama 'IBU'. Pasti semua orang pernah mendengarkan bait-bait lagu yang disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini. Jika dihayati bait-bait kata ini, pasti airmata akan mengalir mengenangkan kasihnya seorang Ibu. 

"Tiada ibu yang sempurna, yang ada hanyalah ibu yang sejati". Itulah moto yang diketengahkan oleh Lady's Choice dalam majlis pelancaran kempen kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum ibu-ibu. Kempen 'Ibu Sejati' ini memandang tinggi peranan sebagai seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi menjadi seorang ibu sempurna kepada anak-anak dan keluarga. 

Ibu adalah insan penting dalam setiap keluarga. Kempen Ibu Sejati ini bukan diucap hanya dengan perkataan, Lady's Choice mengangkat kasihnya seorang ibu melebihi segala-galanya dan kasih ibu sejati adalah ibu penyanyang tanpa batasan.

Tanggungjawab seorang ibu adalah terlalu berat dan besar didalam sesebuah keluarga. Terutama pada ibu-ibu yang berkerjaya yang mana perlu memastikan keseimbangan antara tanggungjawab kerjaya, seorang isteri dan ibu dalam membesarkan anak-anak dan masa untuk diri sendiri. 



Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, "Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan daripada segi kreatif. Kempen 'Ibu Sejati' membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara. Kami bersama dengan Lady’s Choice sepenuhnya dalam usaha untuk membantu ibu-ibu dengan perjuangan mereka terutamanya pada waktu pagi.

Kempen 'Ibu Sejati' ini membawa kisah benar penuh inspirasi oleh tiga ibu sejati yang menjadi wira bagi yang tersayang. Mereka adalah Puan Wan Musfirah Aimi, Puan Natalie Hussin dan Puan Normani Isa. Mereka berkongsi kisah suka duka menjadi ibu sejati kepada anak-anak dan keluarga mereka.

Lady's Choice Berwajah Baru


Mengambil inisiatif melancarkan kempen 'Ibu Sejati',  Lady's Choice memperkenalkan pembungkusan baharu untuk produk Mayonis Lady's Choice dengan mengekalkan kebaikannya sebagai membantu ibu-ibu menyediakan sandwich yang enak untuk sarapan seisi keluarga. Diperbuat dengan 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3, iaitu asid lemak penting bagi perkembangan kanak-kanak, mayonis Lady'sChoice adalah teman yang paling baik untuk meringankan beban ibu semasa menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak mereka. 


Lady's Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018. 


Lady's Choice dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima menjalankan kempen 'Ibu Sejati' ini untuk  meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. 


Pengarah Pemasaran Makanan da Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, En Shiv Sahgal berkata, "Sebagai jenama Mayonis no 1 di Malaysia, kempen 'Ibu Sejati' ini adalah untuk menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna itu tidak wujud sama sekali. Ibu sejati adalah ibu yang sebenarnya dan menunjukkan kasih sayang mereka walaupun hanya dengan menyediakan sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat". Lady's Choice ingin memberikan inspirasi kepada ibu-ibu  hebat ini. 

Lady's Choice akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu denagn memberikan baucer spa ekslusif pada bulan Mei 2018 bersempena Hari Ibu yang jatuh pada bulan Mei sebagai penghargaan buat ibu-ibu hebat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia

Mayonis Lady's Choice dalam bungkusan baru kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.
Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

24 Comments :

  1. Ungkapan Hari Ibu buat ibu tersayang memang menjadi rutin harian LeYa sebab saban tahun LeYa tak pernah lupa jasa ibu membesarkan dan mendidik LeYa sehingga tahap ini. Saya sayang ibu saya. Dan saya sayang juga penulis BondaChanteq ni. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anakanda leya yg syg bonda n ibu nya...sama-kita menyanyangi ibu kita

      Delete
  2. Jenama yang di yakini. Kak nina memang guna Ladys Choice. Suka rasa dia dan harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis..jenama yang diakui kehebatannya

      Delete
  3. Kita suka dgn lady choice.. Dan mmg ssuai dgt utk para ibu2.. Tiada siapa bole gntikn ibu2 yg boleh buat kerja semua dlm 1 masa... Hargailah ibu anda.. Brand lady choice mmg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis wawa....ibu hanya ada 1 dalam dunia ini...hargailah ibu selagi ada nyawa didunia ini..

      Delete
  4. yaaa.. betul juga tu.. tiada ibu yang sempurna.. hanya ibu yangs ejati.. sejati means sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan memberikan kasih sayang secukupnya agar anak membesar dengan penuh kasih sayang dan hidup harmoni.. cewah.. apa-apun lady choice ni memang pilihan ibubapa utnuk anak-anak diorang kan.. bukan anak-anak je.. ibu bapa pun turut menyukai jenama ladys choice ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis tenku....bonda pn berpendapat yang sama....mungkin tiada ibu yang sempurna kerana ibu juga adalah manusia yang seringkali ada kesilapan....ibu sejati ibu yang berkorban segalanya dalam hidup...jenama Lady's Choice memang tidak diragui...

      Delete
  5. Even with a new package, Lady's Choice is still my family's top choice. We go for the content, not the packing, though it looks fresh now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..agreed....they have the secret recipe and the taste so yummy..

      Delete
  6. Lady's choice sememangnya pilihan ibu- ibu di mana- mana jua kan..pelengkap juadah yang mudah dan memberikan keenakkan yang tidak terkata. SA sememangnya pilih Lady's Choice sebagai pilihan utama di dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul tu SA....kehebatan rasanya memamg tidak di nafikan

      Delete
  7. Pada Rawlins, ibu adalah makhluk ciptaan Allah swt yang paling kuat, terutama sekali selepas melihat pengorbanan adik saya, seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya dan juga kekuatan ibu saya membesarkan kami adik-beradik. Thank you Lady's Choice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu rawlins....walaupun tiada ibu sempurna didunia ini....bg bonda, seorg ibu itu tetap sempurna sebagai ibu sejati..

      Delete
  8. As a mom myself, memang I totally agreed and really loveee with their motto tu. Betul, takde ibu yang sempurna, but only ibu yang sejati. Not perfect, but must be the best in each own way to their own kids, and family, kan. Great campaign jugak tu, good job Lady’s Choice! πŸ‘πŸΏπŸ˜

    ReplyDelete
  9. ahak,haritu beli ladys choice memang packaging baru..like their motto, ibu memang insan yang luar biasa..dia yang melahirkan, sakit perit da je yang tau, dia juga yang banyak menjaga dan membesarkan kita

    ReplyDelete
  10. Wah Lady's Choice dah bertukar packaging. Brand nih memang pilihan para ibu yang ada macam tu juga dengan saya. Pengorbanan ibu memang besar tiada tandingan

    ReplyDelete
  11. Lady's choice has been around for decades. The new packaging looks good and its about time for a new era and change for a newer market of younger generation Malaysians

    ReplyDelete
  12. It is our homegrown sandwich spread, and i usee to collect the empty bottles and make it as candle holders. Good for diy-ing too!

    ReplyDelete
  13. memang ladys choice ni antara brand yang jadi feveret. mayonies ke, yang peanut butter tu ke memang sedap semuanya.

    ReplyDelete
  14. Truly a lady's choice... many lady choose this.. the branding really a great one and i love to cook using this brand!!! stereotype awareness.. this is one great event as well for us to aware about!

    ReplyDelete
  15. Memang kak pun suka dgn Lady's choice ni sbb sedap dan selalu makan dgn roti

    ReplyDelete
  16. Lady Choice is always my first choice when it comes to bread spread! They have a lot of great range of bread spread that I really enjoy!

    ReplyDelete
  17. I love to eat Lady Choice when I was a kid. Guess I should check them out real soon.

    ReplyDelete