Sumber Gambar: google

Putrajaya: Mesyuarat  Pertama Kabinet hari ini mencapai keputusan untuk membubarkan beberapa agensi dan badan kerajaan termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sebagai usaha kerajaan mengurangkan perbelanjaan kewangan negara.  

Menurut Perdana Menteri, MPN dipergunakan oleh kerajaan terdahulu untuk kepentingan politik yang pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperolehi maklumat dari intelektual berpengetahuan tinggi. Manakala JKKKP tidak diperlukan lagi kerana sudah mempunyai pegawai kerajaan yang menjalankan tugas. Perlantikkan JKKKP hanya berunsurkan politik berbanding menjalankan tugas pentadbiran dan ianya seoalah-olah mempunyai kerjaan tambahan didalam pentadbiran sedia ada.

Sumber: Sinar Harian