MBH Medispa Lancarkan ‘Travel Kit Pack’ Untuk Kemudahan Pengguna




Ampang: Kulit wajah anda mengalami masaalah jeragat dan parut jerawat yang menjadikan anda hilang keyakinan di Hari Raya nanti? Mahukan wajah anda kelihatan cantik dan berseri di hari lebaran yang bakal menjelma? MBH Medispa ada penyelesaiannya. MBH Medispa sebuah pusat rawatan kecantikan yang terletak di Ampang baru-baru ini telah mengadakan "Soft Launching Facial Raya MBH" sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 


Bertemakan "PILIHanrayaMBH", MBH Medispa Ampang telah memperkenakan "Travel Kit Pack" bagi memudahkan untuk dibawa ketika perjalanan sempena Hari Raya nanti. Jika sebelum ini, produk MBH Medispa terdapat didalam bentuk yang lebih besar dan memerlukan ruang yang banyak jika hendak dibawa didalam bagasi, hari ini MBH Medispa mengambil inisiatif untuk membantu pengguna dengan menyediakan produk penjagaan wajah didalam bentuk yang lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana. 




Disediakan set MBH dermacare yang didatangkan didalam beg kecil 'Travel Kit Pack' yang disediakan khas begitu cantik dan comel untuk pengguna bawa bersama ketika perjalanan. Bersama-sama itu, terdapat juga produk Skin Hidrator dan Skin Explorator. Pek kecil ini direka khas bagi mengurangkan penggunaan ruang bagasi ketika pulang berhari raya kelak. Sudah pastinya, apabila pulang beraya nanti, set penjagaan wajah tidak akan ketinggalan untuk dibawa bersama. 


Jika membawa produk asal yang sedikit memakan ruang bagasi ataupun pengguna harus menyediakan beg khas untuk alatan penjagaan wajah, tetapi dengan 'Travel Kit Pack' ini, pengguna tidak memerlukan ruang yang banyak untuk membawa kemana-mana. 

Dimajlis pelancaran ini juga MBH Medispa mengambil kesempatan memperkenalkan dua lagi produk iaitu "Facial Launching Ceremony" dan "Haircare Launching Ceremony".


Antara rawatan terbaru yang diperkenakan oleh MBH Medispa ialah MBH Skin Growth Factor (SGF) iaitu rawatan terbaru dan paling berkesan dalam merawat parut, kerosakan kulit dan masalah rambut. Ianya memberi kesan 10 kali ganda berbanding rawatan parut yang ada dipasaran. Pengguna yang menggunakan rawatan ini boleh melihat kesannya seawal rawatan yang pertama. SGF berupaya membantu masalah parut berlubang, masalah parut jerawat, kulit kusam, menghilangkan kedutan dan garis halus, liang pori besar dan terbuka, anti penuaan, pigmentasi, dan masalah keguguran rambut. 



MBH Medispa telah melebarkan sayap perniagaannya dan kini telah mempunyai 14 cawangan seluruh Malaysia bagi memperkenalkan produk-produk penjagaan wajah. 

Terdapat banyak rawatan-rawatan penjagaan wajah dan keterampilan diri yang disediakan oleh pusat kecantikkan ini bagi membantu pengguna dalam menyelesaikan masalah berkaitan penjagaan wajah. 

Sebarang pertanyaan berkenaan rawatan penjagaan wajah boleh hubungi nombor dan alamat tertera dibawah:

MBH Medispa 
No: 21 Jalan Pandan Prima 1
Dataran Pandan Prima
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9205 5573 / 018-2999087
Email: mbhampang@gmail.com

Share this:

3 comments :

  1. Wahhh.. Menarik.. Memang mudah kan bila dah ada Travel Kit Pack ni. Nak pegi mana² senang nak bawa. Ringan dan makan ruang beg kita..

    ReplyDelete
  2. Betul tu...jimat ruang pakaian didalam bagasi

    ReplyDelete
  3. bestnya g spa.. trael kit tu memang membantu sbnrnya. tkde la beg toiletries tu jadi kembung bawak yg besau. huhu

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq