Nasi Daun Pisang Hidangan Istimewa Di Bananabro Time Square


 

Bila sebut sahaja Nasi Daun Pisang, pasti ramai yang berfikir ianya dihidangkan di restoren-restoren mamak. Mengapakah ianya terjadi begitu? Mungkin kerana Nasi Daun Pisang begitu sinonim dengan kedai mamak atau India Muslim yang menjadi ‘signature dish’ iaitu ianya adalah hasil resepi yang diperkenalkan oleh sesuatu restoren itu. Ianya selalunya resepi yang unik yang mempamerkan gaya tersendiri sesebuah restoren atau kedai makan.

Kali ini Bonda  ingin membawa anda semua untuk menjelajah ke Time Square menikmati dan merasai keenakkan Nasi Daun Pisang di Restoren Bananabro. Pertama kali melihat papan tanda restoren ini akal mula mentafsir apakah yang dimaksudkan dengan ‘Bananabro’. Melihat juga daun pisang menjadi tanda utama papan tanda dipintu masuk ini, hati semakin ingin mengetahui apakah sebenarnya menu yang dihidangkan disini. Bonda diundang untuk merasai dan menikmati menu baru yang diperkenalkan di restoren ini iaitu Nasi Daun Pisang. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Bananabro yang sudi mengundang bonda untuk merasai menu istimewa ini.



Sementelah mengambil tempat didalam restoren ini, Bonda dihidangkan menu pertama iaitu Nasi Lemak Daun Pisang bersama teh ais yang diberi nama Teh Lawa. Hati sungguh teruja melihat nasi lemak yang dihidangkan di atas daun pisang. Tidak terjangkau difikiran, bertapa kreatifnya pemilik restoren ini menghidangkan nasi lemak menggunakan daun pisang di bandar kosmopolitan ini untuk menjadikan hidangannya sebagai hidangan yang ‘rare’ dan jarang sekali didapati ditengah kota besar ini memandangkan kos untuk menyediakan daun pisang ini amat tinggi. Tetapi, pemilik restoren ini berani memberikan kelainan direstoren beliau untuk menarik pelanggan mencuba menu istimewa ini. Disamping mengimbau kenangan menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, Bonda menikmati nasi lemak di Bananabro ini dengan sepenuh hati. 

Dengan ‘portion’ nasi lemak yang banyak dihidangkan, bersama sambal tumis, ikan bilis rangup, telur rebus, kacang tanah goreng bersama ayam goreng berempah dan acar, menjadikan menu nasi lemak daun pisang ini sangat-sangat istimewa disamping rasanya yang enak. Bonda sangat-sangat berpuas hati dengan nasi lemak yang dihidangkan kerana rasanya saling tidak ubah nasi lemak yang dimasak dirumah sendri. Rasa santannya yang cukup dengan campuran halia menjadikan ianya begitu enak sekali.




Untuk hidangan kedua, bonda dihidangkan dengan satu set Nasi Daun Pisang bersama air Lassi berserta pelbagai lauk pauk yang dikombinasikan menjadikan hidangan ini terlalu enak. Set nasi ini sesuai untuk menu makan tengahari bersama-sama lauk pauk seperti acar timun, kuah rasem, Mutton Of The Day, Chicken Of The Day, timun goreng, ayam rempah, sotong goreng dan juga taugeh goreng. Set makan tengahari ini hanya bernilai RM12.90. Harganya sangat-sangat murah dihidangkan satu hidangan dengan pelbagai lauk pauk. Pasti berbaloi-baloi. 


Bananabro sebuah restoren moden berkonsepkan nasi daun pisang tetapi masih mengekalkan elemen-elemen tradisional yang tidak dilupakan. Restoren keluarga ini sedia menerima pelanggan bila-bila masa. 

Menurut pengurusnya, Bananabro mengambil inspirasi dari seni budaya India dengan memberikan sentuhan moden dan kontemporari dalam hidangan dan minuman. Bananabro telah memenuhi keperluan mereka yang suka makanan.

Pelbagai pilihan menu disini dengan harga berpatutan yang patut anda cuba antaranya Mutton Of The Day, Chicken Of The Day, Chicken 65, Fried Squid, Nasi Lemak Ayam With Acar dan pilihan minuman Teh Lawa dan Lassi terdapat dalam perisa asli, masam manis, mangga dan strawberry. 








Bonda sangat-sangat cadangkan kepada anda yang menginginkan merasai kelainan menu masakan India, bolehlah datang ke Restoren Bananabro Time Squre atau hubungi nombor di bawah.


Address: LG-59B (LOWER GROUND EAST ENTRANCE)


Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm

Banana Leaf served : 11am - 9.30pm

(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)



Contact Number : +60327324605






Share this:

41 comments :

  1. Makan dan makan lagi... Hidangan unik dan rare ini memang mengenyangkan dan yang penting sedap hingga menjilat jari.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sampai kenyang...lps tu sambung makan lg...mmg sedap...terlupa kejap itu menu mamak...hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. yaa...meriah smpai xtau mcm mana nk habiskan...harga pn murah sgt2 utuk set set lengkap hidangan ni...mmg berbaloi-baloi

      Delete
  3. Yes. Kena terjah sebelum bulan puasa menjelma! Boleh bawa rakan-rakan antarabangsa datang makan kat sini juga. TQ share info

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Glam...makanannya sedap..paling penting elemen tradisional tidak dilupakan...kalo bwk rakan antarabangsa mesti mereka teruja

      Delete
  4. wahhhh,memang menarik sangat hidangan kat sini. Banyak yer pilihan..sangat meriah

    ReplyDelete
  5. woww.. tengok daun pisang pun dah boleh agak rasa dia sedap macam mana.. ala..teringinnya nak makan kat sini. nampak sedap menu-menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali datang, mesti nk dtg makan lg....mmg sedap...harga pn murah...

      Delete
  6. Banana leaf rice likes so delicious. Definitely have to head down to KL some day to try it out

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess...so yummy....come to kl and taste it

      Delete
  7. kena pergi ni. Seronok pulak nengok makan dekat daun pisang. Lauk dia, masyallah, memang nampak sedap. Memang sedap makan dekt daun pisang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis...bonda pn rasa teruj sgt...kalo ikutkan bonda kurang sgt makan makanan mamak ni...tp bila makan kt bananabro ni, terlupa plak ini masakan mamak....maknanya makan dgn khusyuk nya...

      Delete
  8. I love indian banana leaf food...this is something different...ala malay style..for sure gonna try it!!!-kev-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kavitha....this indan contemporary dishes...so love it..

      Delete
  9. mmg menarik kat sini,, sbb sy dah mkn kat sini...suggest everyone should try for the food so yummy..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nurulhuda....makanannya sedap-sedap belaka

      Delete
  10. Haaa...bila tgk zani mkn dgn daun pisang, kak teringat masa kat office dulu nak mkn nasi lemak xda pinggan, last kami libas pokok pisang kipas, amik daun dia buat pinggan lagipun daun dia tebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha....kenangan mengusik jiwa tu kak limah....mahal kenangam tu...capai apa yg ada je buat alas makan...

      Delete
  11. Pergh, bukan senang nak cari restoran banana leaf ni kan bonda. Especially pula yang dalam shopping mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu zayani....mmg susah nak cari restoren yang menghidangkan nasi daun pisang didalam mall...kebanyakkan nya ada di restoren-restoren mamak dia luar...bonda pun tidak menyangka didalam times square ada restoren hebat sebegini dengna keadaan yang sangat selesa..

      Delete
  12. I like the concept of Bananabro, using banana leaves as plates. It is eco-friendly and safe. Plus, it is a unique experience for customers. Foods looks more delicious!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed with you Blair... The concept of Bananabro used to present their products was so unique. With not leave the traditional Indian culture, make it's something special.

      Delete
  13. Sedapp ! Mek masa mengandungkan anak sulung mengidam nk makan nasi atas daun pisang. Naseb baek kat kelantan ni ad jugak kedai yg hidang nasi atas daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee...nasib ada yang boleh memenuhi mengidam yaa...bonda pula, sebenarnya tidak berapa gemarkan masakan mamak ni...tetapi, bila nasi atas daun pisang di Bananabro ni, bonda terlupa yang bonda sebenarnya tak gemarkan makanan seperti ini...kerana apa?..kerana terlalu sedappp!!!

      Delete
  14. Makan atas daun pisang kita tak pernah cuba memang teringin nak rasa sangat sedapnya nampak semua menu situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara maha, cuba sekali sekala...memang sangat-sangat sedap menu hidangan di bananabro

      Delete
  15. Replies
    1. Betul tu kak su...rasanya sangat tradisional....

      Delete
  16. memang sedap la kalau nasi lemak dibungkus dlm daun pisang mcm ni. aroma tu menyerlah. blog bonda nampak simple tapi cantik n awesome. terus abam kie folo sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abam Kie kerana follow bondachanteq...simple je mudah...bab makan nasi beralaskan daun pisang ni....memang sangat-sangat bonda suka...ada kesempatan jemput singga di restoren bananabro abam kie...

      Delete
  17. Looks so delicious, even though I can't take food that is too spicy. The price is really pocket-friendly. Would love to give Bananabro a try soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Too yummy Em...the food not too spicy actually...and the price very affordable...recomended to try..

      Delete
  18. Awesome write up! photos are super amazing too! I've ate at this banana leaf shop before and i would definitely recommend this to other people as well. Mmmm, terasa nk makan sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear Aliza...jom kita pegi lagi...bonda suka sangat dengan air lassi yg ada 4 perisa tu...

      Delete
  19. I miss their food, been there again today too! I love that their price is so affordable and comes with a lot of food varieties.

    ReplyDelete
  20. menarik sungguh hidangannya.teringat saya pernah makan nasi beralaskan daun pisang dengan kawan saya dulu.kalau alas daun pisang harga lain, mahal sikit dari pakai pinggan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu sis mar....makan nasi alas daun pisang ni susah nk jumpa zaman makin maju ni....

      Delete
  21. Sedapnya... Especially nasik lemak tu by the way done follow your blog & like your fb page.

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq