Sumber Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai pendapatan kurang dari RM4,000.00 sebulan dan berkemampuan, wajib bertanggungjawab melunaskan hutang pinjaman mereka. 

Tegasnya, peminjam yang berkemampuan menggunakan wang gaji bercuti keluar negara dan memiliki telefon bimbit mahal bertanggungjawab melunaskan semula pinjaman pembelajaran.
Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu. Kerajaan berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini.

Sumber-- BERNAMA