PROJEK MEGA MRT 3 DIBATALKAN, RON 97 DIAPUNG, BR1M & BONUS PENJAWAT AWAM DIBAYAR



Photo: Google

PUTRAJAYA: Dalam sidang media yang diadakan tengahari tadi, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa keputusan yang telah dicapai dan Menteri Kabinet  telah bersetuju antaranya ialah:-

1. Pembatalan Projek Mega Mass Rapid Transit 3 MRT 3 selepas sehari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur melibatkan kos yang tinggi.

2. Harga petrol RON95 dan diesel akan dikekalkan, RON 97 tidak akan dikekalkan sebaliknya akan diapungkan mengikut harga pasaran global.

3. Bonus kakitangan awam akan dibayar sebanyak RM400.00 kepada kakitangan awam bergrade 41 kebawah dan RM200.00 kepada pesara kerajaan.  

4. Sementara itu, Mahathir turut menyatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar bermula pada 1 Jun 2018. GST akan dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai September 2018.

5. BR1M akan ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup yang akan di bayar pada 6 Jun 2018.

Sumber - Berita Sinar Radio







Share this:

1 comment :

  1. Alhamdulillah... Terima kasih kerajaan. Semoga semuanya dipermudahkan demi negara yang kita cintai ini

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq