Gambar: Siakapkeli

Putrajaya: Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dimansuhkan serta merta. Segala tugas-tugas SPAD akan diambil alih dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) setelah kementerian itu bersetuju membubarkannya serta-merta. 

Kenyataan ini dipetik pada sidang media yang diadakan selepas Kabinet baru selesai mengadakan mesyuarat sebentar tadi. Selain itu, menyedari masalah kewangan yang dihadapi oleh negara ketika ini, Tun Mahathir juga mengumumkan bahawa gaji menteri-menteri akan dipotong sebanyak 10% manakala harga minyak tidak akan berubah walaupun harga minyak dunia didapati meningkat. 

Isu berkaitan GST, Perdana Menteri mengesahkan akan ditamatkan segera seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2018. Manakala isu berkaitan Toll, beliau menyatakan kerajan akan melaksanakannya mengikut manifesto kerajaan PH yang telah dijanjikan pad PRU14.

Sumber: http://www.siakapkeli.my