SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE MEMBANTU ANDA MENJAGA KESIHATAN KAKI UNTUK KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN

 Sunfeet International Rehabilitation Centre


Pentingnya menjaga kesihatan kedua belah kaki. Setiap individu normal mempunyai sepasang kaki kiri dan kanan. Mengapakah perlu dan pentingnya kita menjaga kesihatan kaki? Mungkin ramai yang tidak tahu, kerana pengabaian penjagaan kaki menyebabkan ramai masyarakat Malaysia mengalami masalah kesihatan. Ramai yang mengalami masalah sakit kaki dan tulang belakang seterusnya mengalami masalah kesihatan yang lain tanpa mengetahui apakah puncanya. 

Hari ini Bonda diundang ke Sunfeet International Rehabilitation Centre untuk mendengar penerangan didalam Talk Show berkenaan penjagaan ‘Kesihatan Kaki Anda’ oleh pakar Ortotik & Prostetik ternama di Asia iaitiu Dato Dr Edmund Lee bersama rakan pakar perubatan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin.
  

Dato Dr Edmund Lee bersama & Dr Liyana Dhamirah Aminuddin.


Contoh tapak kaki Gambar : Google

Apakah perbezaan tapak kaki rata dan lengkung?

Individu yang memiliki tapak kaki yang rata adalah individu yang mempunyai masalah kaki. Ianya juga tergolong dalam golongan individu yang mempunyai kecacatan kaki. Tetapi, usahlah gusar jika anak anda mempunyai tapak kaki yang rata kerana ianya boleh diubati dengan menggunakan sokongan kaki dari usia kanak-kanak masih kecil. Jika ibu bapa tidak menitik beratkan penjagaan kaki dari anak-anak kecil, ianya akan menyebabkan kecacatan kekal akan berlaku seterusnya masalah kesihatan akan timbul. Walaubagaimanapun, individu yang mempunyai tapak kaki yang melengkung tidak perlu risau kerana anda mempunyai kaki yang normal.

Apakah kesan jika mempunyai tapak kaki yang rata?

Salah satu punca masalah kesihatan adalah disebabkan keadaan kaki yang tidak normal. Bagaimanakah yang dikatakan kaki yang tidak normal? Menurut Dato Dr. Edmund Lee, manusia mempunyai dua jenis tapak kaki iaitu satu tapak kaki yang rata dan satu lagi tapak kaki yang mempunyai lengkungkan seakan-akan lekukkan berbentuk gua ditepi kaki.

Menurut pakar perubatan ortotik & prostestik, individu yang mempunyai tapak kaki yang rata akan mengalami masalah kesihatan jika tidak mengambil langkah pencegahan. Tahukah anda, memiliki tapak kaki yang rata akan menyebabkan individu mengalami sakit lutut, sakit pinggang dan sakit belakang kerana kaki tidak dapat menyeimbangkan dengan berat badan. Antara ayam dan itik, itik mempunyai tapak kaki yang rata manakala ayam mempunyai tapak kaki yang memlengkung. Antara haiwan ini, itik bergerak perlahan berbanding ayam. Begitu jugalah manusia yang mempunai tapak kaki yang rata akan sukar untuk berjalan dengan sempurna berbanding tapak kaki yang melengkung.


Insole yang digunakan untuk sokongan kaki bagi membantu bentuk lengkungan tapak kaki
(Gambar: Google)


Kakitangan Sunfeet memberi penerangan setealah imbasan dilakukan

Bagaimana kecacatan ini boleh berlaku?

Kecacatan ini boleh berlaku apabila dari usia kanak-kanak kecil, tidak dipakaikan kasut yang mempunyai sokongan ‘insole’ bagi menyokong pembentukan tapak kaki berkenaan. Antara faktor terjadinya tapak kaki rata ini adalah faktor keturunan dan juga sering berkaki ayam.

Tetapi, kecacatan ini masih boleh diselamatkan dengan memakai ‘insole’ bermula dari kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 14 tahun. Ini kerana, diusia ini, tulang kaki kanak-kanak masih lembut dan boleh dibentuk. Tanpa disedari, ramai rakyat malaysia tidak pernah tahu berkenaan kesan mempunyai tapak kaki yang rata ini. Manakala jika ibu bapa tidak mengambil tindakan awal, dan membiarkan anak-anak membesar dengan kaki yang rata, ianya tidak akan boleh diselamatkan jika telah beransur dewasa.


Antara produk-produk sokongan kaki yang dijual


Pelanggan menjalani pemeriksaan kaki secara percuma di Talk Show ini


Pada yang mempunyai masalah kaki rata, Sunfeet International Rehabilitation Centre ada penyelesaiannya. Dato Dr Edmund Lee menyambung legasi penubuhan pusat pemulihan ini dari datuknya kemudian bapanya. Penubuhan pusat pemulihan ini oleh datuknya adalah kerana tidak ramai pakar Ortotik & Prostetik di Malaysia. Dr Edmund mendapat pendidikan tertinggi di United Kingdom, England untuk membantu rakyat Malaysia menyelesaikan masalah kesihatan. Pusat pemulihan ini ditubuhkan sejak dari 1978 sehingga kini menjadi penyelesaian masalah berkaitan kaki. Bagi inidividu yang mempunyai masalah kaki, boleh datang ke pusat pemulihan ini untuk mendapatkan nasihat dan pandangan pakar serta mencari solusi. Kebiasaannya, untuk mengatasi masalah tapak kaki rata, anda dinasihatkan untuk memakai ‘insole’ bagi menjaga kesihatan kaki agar tidak menjadi penyebab masalah kesihatan lain.

Disini, pesakit akan menjalini pemeriksaan kaki secara terperinci bermula dengan 'scan' kedua-dua belah kaki. Setelah imbasan dilakukan, Dr akan menerangkan apakah struktur kaki anda. Sekiranya kaki anda mempunyai masalah tapak kaki rata, Dr akan menyarankan untuk anda menggunakan penyokong 'insole'. Insole ini mempunyai beberapa jenis. Jika masalah kaki rata anda tidak serius, anda boleh menggunakan 'insole' 'readymade' yang telah sedia ada jual disini. Tetapi, andaikata masalah kaki rata anda di tahap yang serius, anda harus menjalani rawatan susulan dan menempah khas 'insole' bagi memberi keselesaan kepada kaki anda.

Mengapa masyarakat Eropah jika dilihat memakai kasut hampir 24 jam walaupun dirumah. Salah satu sebabnya adalah kerana menjaga kesihatan kaki dengan menggunakan 'insole'. Dengan pemakaian kasut yang mempunyai 'insole' lengkungan kaki dapat dijaga dengan baik termasuk menjaga kesihatan kaki dan juga mengelakkan masalah kesihatan dikemudian hari.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama Sunfeet International Rehabilitation Centre membantu masyarakat dengan memberikan maklumat dan panduan berkenaan penjagaan kesihatan kaki untuk kesejahteraan kehidupan kita. 


Pelanggan menerima hadiah cabutan beruah



Jika anda mempunyai pertanyataan berkenaan kesihatan kaki, boleh hubungi alamat dan nombor dibwah:

SUNFEET INTERNATIONAL SDN BHD
Blk C, 18 JALAN 19/1, Seyksen 19, 
Petaling Jaya, 
46300 Petaling Jaya, Selangor
013-528 3939


Share this:

22 comments :

  1. Kesihatan kaki eloklah dijaga sedari awal kerana ia merupakan tunjang kepada semua saraf saat kita berjalan, berlaru dan berdiri. Tanpa kaki yg sihat, mungkin kita boleh jatuh atau tidak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu illya..selama ini bonda tidak pernah tahu mengapa tapak kaki seseorang rata...rupa-rupanya, ada cerita disebalik itu

      Delete
  2. I find that a lot of Malaysians suffer from flat feet. Maybe it is because of cheap shoes that we wear. It is great that health for feet is brought to our attention through these awareness programmes. I too should also visit Sunfeet one day to scan my feet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess...this is a good program to educate Malaysia for their health

      Delete
  3. sweet. It's very helpful to have centres like these to help those in need. Very comprehensive foot and leg related services offered.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definitely Isaac...Thanks to Dato Dr Edmund for his initiative to open this rehab centre

      Delete
  4. wahh tak tahu pula kalau tapak kaki lurus rata ada masalah ye..kami dulu mmg suka berkaki ayam hihi..baguslah sunfeet ni boleh tahu kaki kita ada masalah atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu EL...sebenarnya Bondapun tidak pernah tahu ada perbezaan tapak kaki rata dan melengkung...rupa-rupanya, bertapak kaki rata punya masalah yang serius jika tidak dicegah dari awal

      Delete
  5. Free feet check up? Near my place, would be great to have a run by the place. I don't have flat feet but no harm going for a check

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yss..we had free feet check up for this program.

      Delete
  6. bagusla ada ni..kaki pun kena jaga. Nak jalan biar selesa..takdalah sakit sana sini. Pakai kasut pun kena pilih yang selesa dan tidak menyakitkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kesihatan kaki kena jaga dari awal...bagus ada tempat pemulihan mcm ni...selama ni kita tak tahu bahawa menjaga kaki tu amat penting

      Delete
  7. This is an awesome footwear for long walks, and even for hiking. Do they ship outside Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe you can contact the number provided for further information

      Delete
  8. Omg. This is so good especially for those with 'flat feet'.

    ReplyDelete
  9. Omg. This is just perfect for my hubby. Just thinking to find out more

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please go and get the consultation for feet health

      Delete
  10. mine is flat arch and never a good one. perhaps i should go here and try this check up and see what should i do with my flat arch

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes my dear...same with me...always sakit kaki sakit lutut n sakit belakang...rupanya....ada masalah kaki

      Delete
  11. Bila dah datang kat sini, baru sis tahu kenapa sis kerap terseliuh kaki dan bila jalan elok-elok terjatuh..kisahnya kaki tak betoi..hahaha. Nampak gaya kena buat sesuatu kat tapak kaki ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha...sama laa kita....asyik terpelecok, terseliuh..

      Delete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq