Sumber Gambar: google

Putrajaya: Berita gembira buat Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji bawah RM4,000.00 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran balik pinjaman sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.
Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta bagi mereka yang belum mencapai gaji RM4,000.00 dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang meningkatWalaubagaimanpun, kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan
Ujar beliau, Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN, tetapi memberi keistimewaan kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman apabila mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Kenyataan itu dipetik pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Idris Jusoh kepada beliau di sini hari ini.

Sumber – malaysiagazette.com