THE FUTURE OF BLOCKCHAIN FORUM OLEH LEDGIT



THE FUTURE OF BLOCKCHAIN FORUM memberi pendedahan tentang kepentingan "crypto money" dan banyak syarikat sudah mula membuat penyelidikan yang mendalam tentang teknologi blockchain beserta dengan penggunaannya dalam semua aspek yang sangat meluas. 

Bitcoin dan matawang kripto secara perlahan-lahan telah mula menembusi pasaran Malaysia. Hampir 80% penduduk dunia sudahpun mendengar tentang Bitcoin ataupun matawang kripto.


Sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit telah mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital dengan menganjurkan satu program "The Future of Blockchain Industry Forum" yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Objektif forum ini diadakan adalah untuk memberitahu kepada rakyat malaysia manfaat teknologi 'blockchain' dan 'cryptocurrency'. Forum ini dihadiri lebih dari 1,000 peserta memandangkan matawang kripto dan Blockchain masih baru dan perkembanganan agak perlahan di Malaysia.
"Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan", kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.

Teknologi 'blockchain' juga sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terutamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi 'blockchain' dan aplikasi pintar.


Ledgit adalah gabungan 'Lejar' dan 'Legit' yang membawa maksud buku lejar yang merangkumi pelbagai maklumat di samping mengekalkan legitimasi. Ledgit menggunakan teknologi "Smart Contracts" dan mengintegrasikan "Aplikasi Pintar" untuk menyediakan platform yang telus, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.

Kita tahu hampir seluruh dunia sudah tahu akan Bitcoin, matawang kripto dan Blockchain. Ia mungkin baik kerana dengan menyertai dunia matawang kripto, kita sedar akan potensi dan risiko dalam dunia matawang kripto ini.









Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

5 Comments :

  1. Matawang digital ini masih baru dalam kalangan rakyat Malaysia. Perlukan sedikit pendedahan tentangnya seperti ini. Syabas! Kerana berjaya merebut peluang menambah pengetahuan dalam global matawang digital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tu...masih ramai yang belum faham tentang matawang digital ni

      Delete
  2. Blockchain gives space to decentralized system and innovation that guarantees to store, handle and recover data from its billions of associated gadgets. This framework needs to give intensely defended arrange that is both scrambled and simple to utilize. Blockchain Video

    ReplyDelete
  3. Cryptocurrency is only advanced money, which has been intended to force security and obscurity in online fiscal exchanges. It utilizes cryptographic encryption to both create money and confirm exchanges. ICO Marketing Agency

    ReplyDelete
  4. Space Mining they furnish you with the best nature of administration conceivable with the least expensive conceivable costs and with our 0.0015 BTC least store constrain, you can store what you like, up to 15BTC! Source ICO Pulse: https://icopulse.com/ico-list/casino-gambling

    ReplyDelete