Kuala Lumpur: Kerana Cintakan Negara anak muda ini berusaha menganjurkan kempen kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantu negara melangsaikan hutang sebagaimana yang telah Perdana Menteri Tun M umumkan tempohari iaitu 1Trillion. 

Maka Nazri Arshad atau dikenali sebagai Moji seorang anak muda yang terkenal suka mengembara keserata dunia dengan mengibarkan bendera Malaysia apabila menjejakkan kaki di negara asing telah mencipta formula mudah bagaimana dia dan rakyat Malaysia dapat membantu negara melunas kan hutang negara yang ada.

RM100.00 X 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA
= RM1,000,000,000.00 (1 BILLION)

Formula ini sungguh mudah bagaimana rakyat yang cintakan negara ini mahu membantu meringankan bebanan kerajaan dalam menyelesaikan hutang negara bernilai RM1 Trillion.







Hari ini, dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat ilahi, Nazri Arshad @Moji berasa bangga apabila 'idea gila' yang dikempenkan telah menjadi kenyataan. Hanya sebuah idea yang kecil, beliau tidak menyangka idea kecilnya untuk menubuhkan satu tabung membantu kerajaan membayar hutang negara menjadi sebuah idea yang bernas dan telah mendapat perhatian Perdana Menteri Tun M dan ianya telah direalisasikan oleh Tun M dengan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia.

Walaupun 'idea gila' itu amat kecil dan pernah disuarakan kepada YB Azmin Ali melalui rakannya, dia langsung tidak menyangka akhirnya kerajaan menerima ideanya itu bersama-sama dengan idea beberapa lagi rakyat yang prihatin yang mempunyai hasrat yang sama sepertinya untuk membantu negara Malaysia bangun semula.

Apabila ditanya apakah matlamat atau objektif kempen ini dilakukan beliau berkata;
Saya mahu supaya rakyat bersama-sama dengan rela hati ingin bantu negara untuk memulihkan ekonomi.
Mungkin ekonomi negara masih lagi elok atau stabil, tetapi dengan isu hutang negara yang terlalu tinggi membuatkan saya sebagai rakyat Malaysia sangat risau dan prihatin terhadap pihak kerajaan baru  yang terpaksa menanggung bebanan yang tinggi dalam melangsaikan hutang negara.
RM1 Billion yang terkumpul memang tidak memadai untuk membayar hutang tersebut mahupun memulihkan ekonomi kita, TETAPI setidak-tidaknya ia dapat membantu sedikit sebanyak.
Memang usaha 1Billion ini tidak mungkin dapat menyelesaikan semua hutang tersebut, setidak-tidaknya derma ikhlas ini menunjukkan ada lagi rakyat yang SAYANGKAN NEGARA 
Dengan mewujudkan 'tabung khas' untuk misi 'idea gila' ini, pihak kerajaan atau Bank Negara Malaysia (BNM) dapat melaksanakan sistem pengurusan kewangan dengan telus TANPA perlu melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskannya kerana dikhuatri tidak telus atau berlaku penyelewengan dan menyebabkan kehilangan kepercayaan rakyat.
Kerana itulah 'idea gila' ini perlu mendapatkan perhatian menteri atasan dan dilaksanakan dengan betul. Risau jikalau banyak peringkat atau badan-badan yang menguruskan proses keluar masuk duit tu boleh menyebabkan wang tu 'lebur' atau 'lesap' dan akan menguburkan impian semua rakyat yangg ikhlas tadi.

Apabila ditanya dari manakah datangnya 'idea gila' ini, Nazri @Moji mengatakan dia mengambil sikap prihatin untuk membantu negara. Katanya, dia tidak peduli berapa ramai yang memberikan idea yang sama dengannya, tetapi 'it just WE NEED TO FIGURE OUT the EXACT mekanisme untuk SATUKAN idea tu jadi real! Jadi betul terlaksana cuma ada 1 tabung'. Ketika Bonda menemuramah beliau di telefon selepas membaca status beliau di akaun Facebook miliknya Sabtu lalu (26 Mei 2017).



Seorang anak muda yang Bonda kenali ketika bersama-sama menjayakan program anjuran badan NGO satu ketika dahulu. Bonda terpanggil untuk menulis sebuah entry khas ini bagi bersama-sama menjayakan kempen ini.

Ditanya apakah harapan anak muda berusia 33 tahun ini, beliau meletakkan harapan tinggi kepada semua rakyat Malaysia agar lebih ramai yang ikhlas ingin 'MEMBANTU MASA DEPAN NEGARA & GENERASI KITA'.

Hari ini, anak muda ini boleh tidur lena apabila Kerajaan Parti Harapan (PH) telah menubuhkan satu tabung khas bagi rakyat Malaysia yang prihatin untuk menderma bagi membantu memulihkan ekonomi negara.


Status yang dimuat naik pada 23 Mei 2018 yang lalu memdapat perhatian netizen terhadap kempen yang di war-warkan

Terdahulu, Akbar Sinar Online melaporkan Perdana Menteri Tun M menyatakan kerajaan akan menubuhkan satu Tabung Harapan Malaysia bagi menerima derma rakyat Malaysia bagi membantu kedudukan kewangan kerajaan. Kenyataan tersebut dipetik ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet tengahari tadi (30 Mei 2018).

Terdapat ramai rakyat apabila mengetahui bahawa kedudukan kewangan negara sudah jadi buruk mereka sanggup untuk memberi derma kepada kerajaan. Kita alu-alukan sikap patriotik mereka dan kita ucap terima kasih kepada mereka.
Untuk menentukan supaya derma-derma ini akan sampai ke pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan, oleh itu, kerajaan menentukan semua derma ini akan diberi kepada Kementerian Kewangan, nombor akaun sumbangan akan diumumkan sedikit masa lagi.


Petang tadi, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan bahawa satu tabung khas telah diwujudkan dan diberi nama sebagai Tabung Harapan Malays (THM) yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan untuk menerima sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin


Harian Metro juga tidak ketinggalan bersama-sama merealisasikan 'idea gila' Moji dengan mewar-warkan kepada rakyat malaysia yang ingin menderma dengan ikhlas bagi membantu negara membayara hutang 

Anak muda ini menggunakan Slogan sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkempen membantu negara yang dicintai.

"Sayangi Malaysia Untuk Generasi Akan Datang"


Pada yang ingin mengenali anak muda bernama
 NAZRI MOHD ARSHAD @MOJ
boleh ke akaun facebook miliknya
https://www.facebook.com/NazriMoji






Pada rakyat Malaysia yang ingin menderma secara ikhlas kepada Negara Malaysia boleh bank in ke akaun 
Tabung Harapan Malaysia
Maybank : 5660 1062 6452