BAHAYA PENYAKIT KEMURUNGAN - SEDANG MENULAR DIKALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

BAHAYA PENYAKIT KEMURUNGAN

Bahaya Penyakit Kemurungan
BAHAYA KEMURUNGAN
Baru-baru ini negara digemparkan dengan kes seorang ibu muda mengelar bayinya yang berusia setahun kerana disebabkan kemurungan.

Diikuti pula kisah seorang ibu yang mengalami kemurungan mengambil keputusan untuk terjun jambatan di Batu Pahat dengan dua orang anaknya sebagai jalan penyelesaian menamatkan kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah kehidupan. 

Ini antara kes kemurungan yang berlaku didalam masyarakat kita hari ini. Malah banyak lagi kes yang melibatkan kemurungan ataupun "depression".

Apakah Itu Kemurungan?


Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan "membunuh diri".

Mengapa seseorang mengalami kemurungan?

Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:

Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga, Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan seperti: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.


Penyakit kronik seperti: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser


Ciri-ciri peribadi seperti penyalahgunaan dadah

Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti Steroid, ubat cegah kanser
Bagaimana Kemurungan Dirawat?


Kemurungan adalah antara penyakit mental yang paling tinggi dirawat. Antara 80 peratus dan 90 peratus orang yang mengalami kemurungan akhirnya bertindak balas dengan baik. Hampir semua pesakit mendapat bantuan daripada gejala mereka.

Sebelum diagnosis atau rawatan, seorang profesional kesihatan harus melakukan penilaian diagnostik menyeluruh, termasuk wawancara dan kemungkinan pemeriksaan fizikal. 

Ubat: Kimia otak boleh menyumbang kepada kemurungan individu dan boleh menyebabkan rawatan mereka. Atas sebab ini, antidepresan mungkin ditetapkan untuk membantu mengubah suai kimia otak seseorang. Ubat-ubat ini tidak sedatif, "uppers" atau penenang. Mereka tidak membentuk tabiat. Secara umumnya ubat antidepresan tidak memberi kesan merangsang kepada orang yang tidak mengalami kemurungan.

Antidepresan mungkin menghasilkan beberapa peningkatan dalam minggu pertama atau dua penggunaan. Faedah penuh mungkin tidak dapat dilihat selama dua hingga tiga bulan. Sekiranya pesakit berasa sedikit atau tidak mengalami peningkatan selepas beberapa minggu, pesakit psikiatrinya boleh mengubah dos ubat tersebut atau menambah atau menggantikan antidepresan lain. Dalam sesetengah keadaan ubat psikotropik lain boleh membantu. Adalah penting untuk memberitahu doktor anda jika ubat tidak berfungsi atau jika anda mengalami kesan sampingan.

Psikiatri biasanya mengesyorkan bahawa pesakit terus mengambil ubat selama enam atau lebih bulan selepas gejala telah bertambah baik. Rawatan penyelenggaraan jangka panjang mungkin dicadangkan untuk mengurangkan risiko episod masa depan bagi sesetengah orang berisiko tinggi.

Psikoterapi: Psikoterapi, atau "terapi bercakap," kadang-kadang digunakan bersendirian untuk rawatan kemurungan yang ringan; untuk kemurungan yang sederhana dan teruk, psikoterapi sering digunakan bersama dengan ubat-ubatan antidepresan. Terapi perilaku kognitif (CBT) telah didapati berkesan dalam merawat kemurungan. CBT adalah satu bentuk terapi yang memberi tumpuan kepada penyelesaian masa kini dan masalah. CBT membantu seseorang untuk mengenali pemikiran yang menyimpang dan kemudian mengubah tingkah laku dan pemikiran.

Psikoterapi mungkin hanya melibatkan individu, tetapi ia boleh merangkumi orang lain. Sebagai contoh, terapi keluarga atau pasangan boleh membantu menangani isu-isu dalam hubungan rapat ini. Terapi kumpulan melibatkan orang yang mempunyai penyakit yang sama.

Bergantung kepada keparahan kemurungan, rawatan boleh mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama. Dalam banyak kes, penambahbaikan yang ketara boleh dibuat dalam 10 hingga 15 sesi.

"BEFRIENDER" Sedia Membantu anda



Sindrom Kemurungan ini kebanyakkan berlaku kepada ibu-ibu atau wanita. Ianya adalah kerana cabaran kehidupan untuk seseorang wanita selepas berkahwing adalah tinggi. Bermula dari soal rumahtangga, soal ekonomi dan anak-anak, kesemua faktor ini menyumbang kepada tekanan hidup apabila keadaan tidak terkawal.

Tekanan kehidupan akan menjadi lebih parah apabila pasangan lari dari tanggungjawab ditambah dengan faktor luaran dari masyarakat keliling yang sering membuat penilaian negative yang tidak enak didengar.

Seorang "Depression Survivor" yang dikenali sebagai Amalina Mohd Daud menyatakan golongan wanita ini memerlukan sokongan moral dari orang lain untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Beliau berkongsi pengalaman berdepan dengan kemurungan dengan berkongsi permasalahan bersama "BEFRIENDER"

Befrienders ini adalah "sukarelawan" yang bersedia mendengar masalah pengadu tanpa perlu memberitahu siapa kita sebenarnya. Menurut beliau,
Befrienders adalah volunteer yang sanggup mendengar masalah kita tanpa kita perlu dedahkan siapa identiti kita dan semua perbualan dengan befrienders adalah rahsia. Saya faham ada masalah yang kita takleh nak cerita pada keluarga, rakan dan suami. Dan kalau rasa terlalu membebankan tolong call BEFRIENDERS.
Depression ni perlu orang untuk mendengar tanpa ada judgement dari si pendengar. InsyaAllah try call BEFRIENDERS. Mereka sedia membantu. 


Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa jua diluar sana dalam menangani sindrom "kemurungan". Sekiranya anda mempunyai masalah Kemurungan, untuk membuat temujanji boleh menghubungi: 

Hotline   : 03-7956 8145 (available 24 jam)

Credit: FB Amalina Mohd Daud & http://www.myhealth.gov.my
Share on Google Plus

About Bonda Chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

0 Comments :

Post a Comment