Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Didakwa



Photo : Astro Awani

KUALA LUMPUR: Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila pertama kalinya bekas Perdana Menteri ditahan dan dituduh di mahkamah. Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa dimahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tiba diperkarangan mahkamah dengan kenderaan Inspira berwarna merah milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 8.25 pagi tadi kelihatan tenang memasuki kandang tertuduh dan dikawal ketat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebanyak tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di  bacakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes pecah amanah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) iaitu SRC International.

Senarai Pertuduhan Dibacakan dihadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin - Hakim paling Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Pertuduhan pertama:-
Pada 17 Ogos 2011 & 8 Februari 2012 bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, bekas Perdana Menteri itu, didapati menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd. 
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pertuduhan Kedua:-
Pada 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 bertempat di AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Najib sebagai penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia serta Advisor Emeritus SRC International, dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion didapati melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.
Oleh itu, beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda.
Pertuduhan Ketiga:-
Pada 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 bertempat di AmIslamic Bank, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur beliau sebagai penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia serta Advisor Emeritus SRC International, dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda.
Pertuduhan Keempat:-
10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 bertempat di AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Najib dalam kapasiti sebagai penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia serta Advisor Emeritus SRC International, diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion didapati melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta.
Berikutan itu, beliau didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Photo: id.vltrends.com

Mengaku 'TIDAK Bersalah dan Mohon Dibicarakan'
Tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan sejumlah wang RM42 juta juga dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri ketika prosiding pertuduhan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejurus Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
TIDAK bersalah dan mohon dibicarakan, kata Datuk Seri Najib Razak selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebnyak RM1 juta dengan dua penjamin dan memerintahkan dua pasport milik Datuk Seri Najib diserahkan kepada mahkamah. 
Senarai Penuh Peguambela dan Pendakwaraya bagi kes berprofile tinggi ini. 

Seramai tujuh orang peguam bela yang diketuali oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Datuk Seri Najib Razak pada prosiding hari ini.

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhammad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Negara Tommy Thomas pada prosiding pendakwaan hari ini.

1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Josept Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan

Kes akan dibicarakan pada 18 Februari 2019

Sumber: My Metro & says.com

Share this:

2 comments :

  1. Semoga negara Malaysia semakin aman dan dijauhkan segala anasir rasuah.

    ReplyDelete
  2. kalau salah, dihukum.
    kalau tidak, dibebaskan.
    pe pun, biarlah perbicaraan dibuat dgn aman.

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq