Bicara Agama: Keajaiban Dan Kebesaran Kekuasaan Yang Maha Esa


Bicara Agama: Keajaiban Dan Kebesaran Kekuasaan Yang Maha Esa



Indah dan besarnya ciptaan Yang Maha Esa. Tidak terjangkau di fikiran manusia bagaimana ianya berlaku. Gambar dan coretan ini Bonda terima dalam Group Whatsapp dan terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog Bonda Chanteq tentang keajaiban kekuasan Allah s.w.t.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan kita sebagai hambanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua tentang keajaiban dan kebesaran kekuasaanya Allah pencipta seluruh alam.



Keajaiban Dan Kebesaran Kekuasaan Yang Maha Esa
Gambar - Ustaz Ridwan Beaufort, Sabah



Keajaiban Dan Kebesaran Kekuasaan Yang Maha Esa
Gambar - Ustaz Ridwan Beaufort, Sabah



Keajaiban Dan Kebesaran Kekuasaan Yang Maha Esa
Gambar - Ustaz Ridwan Beaufort, Sabah


Antara ulasan-ulasan berkenaan gambar yang diatas adalah:-

1- Awan yang terbentuk  adalah dari gerakan angin monson barat daya. Awan tersebut adalah gabungan 3 jenis awan dari 3 tahap ketinggian yang berbeza-beza. (kaedah Imam Shihabuddin: 733 H): 
  • Pada ketinggian 1000 hasta adalah awan al-Namru (awan harimau) dan bercantum dgn awan al-Soibu. 
  • Awan al-Soibu  yang mengandungi guruh dan petir berada pada ketinggian 10,000 hasta dan terus berhubung dgn awan al-Imayah. 
  • Awan Imayah berada pada ketinggian 30,000 hasta.
2- Limpahan Air Hujan: 
  • Lazimnya gabungan 3 awan diatas akan menghasilkan limpahan air hujan lebat sekitar 3 hingga 4 jam di sebelah pagi dan bersambung pula di sebelah petang sekitar hampir 2 jam. 
  • Ribut dan tiupan angin berselang-seli dengan limpahan air hujan. 
  • Guruh dan Petir dari arah tenggara pula  memeriahkan lagi suasana monson barat daya.
3- Monson Barat Daya agak lewat menjelmakan dirinya, hampir sebulan lewat daripada tarikh kelazimannya. 
  • Lokasi: Pantai Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor pada tarikh: 15 Mei 2018 besaman 29 Sya’ban 1439H, angin monson barat daya baru meninjau-ninjau pantai barat negeri johor dgn sesekali bertiup lemah di sebelah tengahari dan terus menyepi tak kunjung lagi di sebelah malamnya. 
  • Pada Tarikh: 15 Jun 2018, baru kelihatan arakan awan dari arah tenggara sedang menuju ke arah awan barat daya yang sedia menunggu kehadiran regunya itu. 
  • iPada tarikh 5 Julai 2018 keadaan tidak banyak berubah di negeri Johor menandakan awan barat daya kurang melimpahkan air hujan di negeri Johor malah bergerak terus ke arah timur dan akan melimpahkan di luar negeri johor menuju Sarawak, Brunei dan juga Sabah.
  • Setakat hari ini monson barat daya serba tak menjadi di Negeri Johor, mungkin utk memberi peluang buah kayu (durian/ rambutan dan sebagainya) ranum masak.
4- Di ramalkan kemuncak monson barat daya pada awal bulan zulkaedah 1439 H sehari dua ini disebut dgn istilah falak “al-Sarar” dan juga pertengahan bulan Zulkaedah 1439 H “al-Badar wa Istiqbal” iaitu pada detik gerhana bulan pada 28 Julai 2018.

Semoga Allah SWT memelihara hamba-hambanya dari perkara yang tak di ingini.

Credit: Gambar - Ustaz Ridwan Beaufort, Sabah
            Ulasan -  Hj Hanafiah bin Abdul Razak, Imam Masjid 
                          Kota Iskandar, Bandaraya Iskandar Puteri.
Share on Google Plus

About Bonda Chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

0 Comments :

Post a Comment