Kari Kepala Ikan Tenggiri Masakan Kegemaran Bonda Chanteq



Bonda pasti ramai yang gemarkan masakan kari kepala ikan ala mamak. Dalam kebanyakkan menu makanan India Muslim, masakan kari kepala ikan adalah menu masakan kegemaran Bonda. Sesekali Bonda pasti akan memasak kari kepala ikan untuk keluarga tersayang.

Anak bujang Bonda pasti akan bertambah nasi bila setiap kali Bonda masak lauk kegemarannya. Bila ditanya 'sedapkah masakan Bonda'. Pasti anak Bonda memberikan jawapan 'masakan paling sedap dalam dunia'. Alhamdulillah. Tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu melainkan dapat menyediakan masakan paling sedap untuk anak tersayang.

Entry kali ini, Bonda ingin kongsikan masakan kegemaran Bonda dan keluarga. Semoga ianya juga dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk mencuba resepi ini.


Bahan-Bahannya

Alba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri


Cara-cara masakan

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati. Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak. Untuk masakan kari ini, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.



Jemput makan semua!!


Share on Google Plus

About bonda chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

10 Comments :

  1. Alaa...bonda ni... Memang sengaja ni... Bile nak masak untuk anakanda di sini pula... Oh Bonda... Kami lapar... Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha....nanti bonda masak yaa...

      Delete
  2. senang je nak masak rupanya, boleh cuba nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang je farhanna....xsusah mana pn...janji bahan cukup...yg susah bila bonda nk pakai santan fresh....leceh sikit nk memerahnya....kalo pakai santan segera tu jimat masa..

      Delete
  3. Memang sedap kari kepala ikan tenggiri ni. Ken pulak dengan sambal belacan dan timun. Boleh buat bertambah nasi tanpa sedar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Suzaini...kalo masak kepala ikan tenggiri ni, memang bertambah nasi...bonda memang suka kepala ikan...boleh nanti cuba yaa

      Delete
  4. assalamualaikum Bonda. just followed blog Bonda dari blog Ejulz.
    alamak aiiii... kepala tenggiri. feveret.
    ari ni pun masak sambal ikan tenggiri, tapi without its kepala la :) hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Aida...Terima kasih followed blog Bonda...
      Hehehehe...sedap kepala tenggiri masak kari mamak ni...nanti boleh cuba resepinya yaa..

      Delete
  5. Sedapnya, kalau makan dengan nasi panas mau menambah nasi j

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nia...boleh cuba resepi yang bonda sertakan...mudah saja...

      Delete