Kembara Bonda Chanteq Ke Semporna Sabah

Kembara Semporna Sabah


Baru-baru ini Bonda berpeluang berkelana ke negeri di Bawah Bayu iaitu Sabah. Bonda berkesempatan menjejakkan kaki di Daerah Semporna, satu daerah yang masih jauh ketinggalan dari arus permodenan.

Bermula dengan pengamalan menganjurkan 'trip agro tourism', Bonda kini sudah boleh menerima keadaan kehidupan yang serba kekurangan di tempat-tempat terpencil. Jika sudah biasa dengan kehidupan di bandar,  semua kemudahan telah tersedia, maka Bonda cuba menyelami kehidupan di tempat yang jauh dengan arus permodenan dan serba kekurangan.

Semporna, siapa yang tidak mengenali daerah ini. Ramai ketahui daerah yang cukup merbahaya kepada para pelancong. Beberapa kes penculikan berlaku di kawasan ini yang melibatkan militan Abu Sayyaf. Malah Bonda juga di ingatkan agar berhati-hati dengan masyarakat disini kerana kebanyakkannya adalah rakyat Filipina yang tidak mempunyai kerakyatan Malaysia tetapi bebas di daerah ini.

Doa sepanjang perjalanan ini diselamatkan dari segala kejadian yang tidak diingini. Allhamdulillah syukur kepada Allah, pengembaraan selama 4 hari 3 malam ini banyak memberikan pengertian kepada Bonda tentang kehidupan masyarakat disini yang serba kekurangan.

Kuala Lumpur - Semporna



Perjalanan Bonda bermula dengan menaiki penerbangan MAS ke Daerah Tawau. Bonda memilih penerbangan MAS kerana ianya lebih 'convenience' kerana pembelian tiket disertakan sekali dengan makanan didalam penerbangan. Disamping itu, MAS juga menyertakan sekali 30kg untuk 'luggage' yang mana ianya memudahkan Bonda untuk membawa barangan tanpa membeli perkhidmatan tersebut seperti sesetengah syarikat penerbangan. Bonda tidak perlu khuatir untuk membawa pulang 'ole-ole'.

Setibanya di Lapangan Terbang Tawau Sabah, selepas mendaftar masuk di kaunter Imegresen, Bonda menyewa teksi airport (seperti teksi LIMO di KLIA) dengan kos RM95.00 untuk satu perjalanan ke Semporna.

Menginap di Marina Hotel, Semporna

Dari Airport Tawau ke Semporna, jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam bagi perjalanan sejauh 82km. Melalui jalanraya yang tidaklah secantik di Kuala Lumpur agak meletihkan. Setibanya di Semporna, Bonda 'check in' di Marina Hotel sebuah hotel bajet yang berada ditengah-tengah pekan Semporna. Hanya perlu berjalan kaki untuk membeli belah di pekan dan pasar. Bonda memilih Hotel ini kerana memudahkan perjalanan Bonda di sekitar Pekan Semporna dan juga pulau-pulau yang ingin Bonda lawati.

Pekan Semporna, Sabah

Sebuah pekan kecil, tidak banyak kemudahan awam yang boleh kita dapati disini. Berada disini seperti Bonda kembali dizaman Bonda dibesarkan sekitar tahun 80an. Jika kita di Kuala Lumpur mempunyai semua kelengkapan, tetapi disini ianya terlalu terhad. Ada beberapa buah bank yang menjadi tumpuan masyarakat. Ada sebuah KFC, untuk yang ingin menukar selera. Disini terdapat banyak kedai India Muslim menyediakan makanan sama seperti di Semenanjung. Jadi, dari sudut pemakanan tidaklah sukar seperti yang kita fikirkan. 

Dipekan kecil ini, berbagai ragam manusia yang kita akan jumpa. Terserlah, kedatangan kami disini menjadi perhatian sesiapa juga yang melihat. Mungkin dari cara pemakaian kami agak berbeza dan senang dikenali kami orang 'luar'. 'Dari mana?' 'Kuala Lumpur' Jawab Bonda. Ada yang bertanyakan bagaimana kehidupan di Kuala Lumpur dan berbagai-bagai lagi perkongsian kami bersama beberapa penduduk disini.

Selesai mendaftar masuk hotel, Bonda memulakan perjalanan disekitar pekan kecil ini. Berada disini adakalanya merasakan seperti berada di pekan kecil dan perkampungan Jakarta, Indonesia dengan suasana hampir serupa. Tinggal lagi kenderaannya berpendaftaran Malaysia. 

Kembara ke Kampung Egang-Egang


Hari kedua Bonda ke Kampung Egang-Egang yang terletak di sebuah pulau dimana perjalanan kesana memerlukan Bonda menaiki 'bot' yang disewa khas. Kos sebuah bot adalah sebanyak RM10.00. Bonda memilih menyewa sebuah bot untuk Bonda sahaja kerana tidak mahu menunggu lama pelanggan yang ingin keseberang. 

Bot adalah pengangkutan utama masyarakat disini untuk kepekan Semporna. Setelah sampai di seberang, kami turun di jeti Palembang. Disini umpama perhentian bas dan teksi ditanah besar. Cumanya terdapat van-van sebagai kenderaan pengangkutan ke kampung-kampung.


Perjalanan dari Palembang ke Kampung Egang-Egang memakan masa hampir 45 minit. Sekali lagi, berada disini seperti berada di sebuah tempat asing yang sungguh menyentuh hati.


Kehidupan penduduk disini yang senang dipanggil orang laut, amat dhaif. Tiada kemudahan asas yang sempurna. Jauh disudut hati, Bonda amat bersyukur kepada Allah yang memberikan kehidupan yang selesa kepada Bonda sekeluarga. Jika mahu dibandingkan dengan kehidupan penduduk disini, jauh perbezaannya.


Seusai tiba disini, melihat kedhaifan segelintir penduduk disini, hati meruntun sayu. Selesai tugasan, Bonda bergerak pulang ke tanah besar. Hari telah pun hampir senja. Bot keseberang pekan Semporna sudah hampir berakhir. Bergegas pulang ke hotel.


Malam harinya Bonda tidak berjalan jauh dari hotel. Hanya sekitar 100 meter membeli beberapa barangan untuk dibawa ke rumah yang bonda lawati tadi untuk keesokkan harinya menyambung kembali tugasan yang belum selesai.


Kembara hari ke 3




Harus menaiki kembali bot ke seberang. Satu pengalaman yang mungkin tidak akan bonda lupakan. Yang tidak pernah Bonda lalui. Jika selesa dengan kehidupan serba serbi lengkap, Bonda menyelemi kehidupan insan yang serba kekurangan. Subhanallah. Jauhnya rasa kehilangan diri. Jika kira merasakan kita susah, ada insan lain lagi yang lebih dhaif dan miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 


Tugasan pada hari ketiga telahpun selesai. Bonda membuat sedikit kajian berkenaan penempatan orang-orang laut di kepualauan ini. Bagaimana kehidupan mereka, tradisi. Terlalu banyak persoalan yang perlu diketengahkan disini. Mungkin satu waktu nanti, pihak berwajib mengambil langkah-langkah membantu masyarakat di pulau ini yang tinggal diatas laut dengan keadaan yang dhaif. 


Makcik Khalida tidak mempunyai kad pengelanan




Ketika temubual berasma Makcik Khalida yang tinggal di kampung laut atau lebih dikenali orang laut disini, beliau menyatakan tidak mempunyai kad pengenalan krana kad pengelanan lama beliau telahpun didaftarkan atas nama orang lain. 

Kami tidak sekolah, kami tidak tahu tentang cara bagaimana untuk pergi mendapatkan kad pengenalan itu. Saya pernah ke pejabat pendaftaran untuk membuat kad pengenalan baru, tetapi dimaklumkan nombor kad pengenalan saya telahpun didaftarkan atas nama orang lain.
Kerana itu, kesemua anak-anak makcik Khalida seramai 13 orang tidak mempunyai identiti dan ia amat sukar untuk mereka pergi ke sekolah. Sedih dan terharu mendengar rintihan dari masyarakat disini yang tidak mempunyai kad pengelanalan diri. 

Kehidupan mereka sekeluarga juga amat dhaif. Terlalu jauh dari pembangunan. Hidup didalam serba kekurangan. Bersyukurlah kita dilimpah kurnia rezeki yang tidak terhitung.


Semporna, semoga ada rezeki kita bertemu lagi. 

















Share this:

Post a Comment

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq