Kisah Benar: Tiga Tahun Di Abaikan, Azra Kini Pasrah



Azra (bukan nama sebenar) mengorbankan diri dan kehidupannya untuk seorang lelaki yang telah menikahinya kira-kira hampir 10 tahun yang lalu. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini Azra diabaikan oleh suaminya Mikhael (bukan nama sebenar).

Semasa pernikahan Azra sudah mengetahui bahawa Mikhael adalah suami orang dan mempunyai empat orang anak. Anak-anak Mikhael menerima Azra sebagai ibu tiri dengan baik. Malah mereka sangat rapat berbanding ibu sendiri. Azra menjaga anak-anak Mikhael seperti anak nya sendiri.

Isteri tua Mikhael yang tidak senang dengan kehadiran Azra madunya seboleh-boleh berusaha memisahkan Azra dan suaminya. Habis dipukul canang keliling kampung yang Mikhael sudah menceraikan Azra. Mikhael dilarang untuk pulang kerumah Azra. Tiga tahun Mikhael curi-curi pulang untuk bertemu Azra. Walaupun mereka sudah bernikah hampir sepuluh tahun dan semua saudara mara dan kenalan mengetahuinya. Saban hari Azra menunggu suaminya pulang tetapi hampa.

Berbagai-bagai ulah dan usaha isteri tua lakukan untuk mengusir Azra dari tempat tinggalnya. Bermula episod berbaik isteri tua dengan Azra, tetapi Mikhael tetap tidak mahu menceraikan Azra. Sehingglah Mikhael dihalang balik kerumah Azra, mereka tetap tidak bercerai.

Kebetulan rumah sewa yang didiami Azra telah dijual dan tuan rumah yang baru amat cerewet dan ingin menaikkan sewa. Azra, surirumahtangga yang tidak mempunyai pendapatan kusut memikirkan bagaimana ingin terus membayar sewa rumahnya.

Dikhabarkan kepada Mikhael, tiada jawapan pasti. Yang pasti Mikhael tidak mahu membayar sewa yang baru. Walhal gajinya sebulan mencecah sepuluh ribu ringgit. Mikhael banyak berubah. Menjadi seorang yang pemarah, tidak sefahaman dengan Azra. Padahal, Mikhael sangat-sangat mencintai dan menyayangi Azra kerana dialah satu-satunya wanita yang sanggup berkorban susah hidup bersama Mikhael ketika isteri tua menyakitinya dan anak-anak.  Ketika Mikhael hilang segalanya dalam hidup. Azra lah yang bersama-sama berkorban menyelamatkan kehidupan Mikhael. Namun kini, apa yang dilakukan Azra semuanya tidak kena dihati Mikhael. Ada saja salah yang dilakukan Azra hingga setiap percakapan Azra menjadi kemarahan Mikhael. 

Azra mengambil keputusan keluar dari rumah sewanya dan menumpangkan barangan rumahnya di rumah sahabatnya Laila. Azra akhirnya memberitahu Mikhael bahawa dia telahpun keluar dari rumah sewa mereka. Mikhael bertambah marah dengan keputusan itu.

Mikhael mengugut untuk bercerai. Azra hanya menurut apa sahaja keputusan suaminya. Kesabarannya memuncak. Tiga tahun dia diabaikan. Nafkah tidak mencukupi, hak gilirannya dinafikan, namanya dipadam dari sejarah kehidupan suaminya oleh isteri tua. Azra cukup menderita.

Dia seorang wanita yang kuat dan tabah dengan ujian yang Allah berikan kepadanya. Dia menjalani kehidupannya sendiri tanpa insan bernama suami.

Seringkali dia menangis dengan perbuatan suami dan madunya. Dulu, bertahun-tahun suaminya tidak bekerja, Azralah yang menanggung kehidupan mereka sekeluarga. Persekolahan anak suaminya ditanggung. Tidak sedikitpun dia rasa terbeban. Kerana ikhlas itu hadir dalam dirinya.

Tapi setelah suaminya mendapat kembali pekerjaan dan kehidupannya yang lalu, Azra diabaikan. Namun, Azra tetap setia kepada suaminya. 

Tapi kini semuanya telah musnah. Azra pasrah sesungguhnya.

Tidak salah untuk berpoligami, tetapi jadilah seorang suami yang adil dan jadi ketua rumahtangga yang baik agar tidak menzalimi seorang wanita yang telah meninggalkan keluarganya dan berkorban hidup untuk bernikah dan mengabdikan hidupnya kepada suami.

Diharap suami Azra mendapat hidayah.

Walluhalam...

Share this:

Post a Comment

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq