Review Film: Surga Yang Tak Dirindukan Karya Asma Nadia, Filem Poligami Menyentuh Hati Penonton


Surga Yang Tak Dirindukan 


Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 baru ini, Astro Channel mempersembahkan Filem Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, sebuah filem yang menyentuh hati penonton tentang pengorbanan seorang suami, isteri dan madu. Filem ini amat menyentuh hati penonton dengan lakonan yang berkesan para pelakon handalan. 

Bonda pasti, ramai yang telah menonton filem yang mempunyai banyak pengajaran dan panduan untuk menyusuri kehidupan dimasa akan datang.

Filem ini pertama kali ditayangkan pada tahun 2015 telah dihasilkan oleh Manoj Punjabi dan dibintangi watak utama oleh Fedi Nuril sebagai Prasateya, Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini, Raline Shah sebagai Mei Rose.


Gambar: Google

Filem Penuh Pengajaran & Menyentuh Perasaan

Filem ini mengisahkan tentang Pras seorang graduan Arkitek bertemu dengan Arini ketika membuat kajian tahun akhir ditempat Arini dibesarkan. Cinta pandang pertama apabila Pras menyelamatkan anak kecil dirumah panti asuhan tempat Arini berkongsi ilmu.

Perkahwinan Arini dan Pras direstui keluarga Arini dan mereka sangat bahagia dengan kehadiran Nadia yang terkenal dengan kesah dongeng Putri Sabrina. Pras, seorang suami yang setia dan bapa yang penyanyang seringkali mengingatkan Arini isterinya supaya tidak 'husnuzon' terhadap kesetiaannya kerana dikelilingi sahabat yang mempunyai kisah perselingkuhan dan keruntuhan rumahtangga. Terkesan dengan cerita duka rakan-rakannya, Arina kadangkala menjadi takut jika suaminya Pras selingkuh dibelakangnya. Bagaimanapun Arini berusaha menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.

Namun, perjalanan takdir tiada siapa yang dapat menghalang. Rumahtangga Arini dan Pras dilanda ujian maha berat bagi seorang isteri. Ketika dalam perjalanan keluar daerah kerana tuntuan kerja, Pras bertemu dengan satu kecelakaan jalanraya dan berusaha membantu mangsa lebih-lebih lagi, mangsa adalah seorang wanita hamil dan berbaju pengantin. 

Gambar: Google

Mei Rose wanita hamil tujuh bulan yang dibantu didalam kemalangan itu berusaha membunuh diri kerana kecewa terhadap lelaki yang berjanji menikahinya tetapi telah menghilangkan diri dihari pernikahannya. Mei Rose berjaya diselamatkan dan menjalani pembedahan untuk menyelamatkan anaknya. Pras memberikan nama Akhbar Mohamad kepada bayi yang belum mengenal erti kehidupan itu. 

Semasa Mei Rose sedang dirawat, jururawat telah memberikan telefon bimbit Mei Rose kepada Pras dan disitulah segala rahsia Mei Rose diketahui. Pras dan Mei Rose mempunyai sejarah hitam yang sama. Sedari bangkit dari koma, Mei Rose nekad membunuh diri dengan ingin terjun dari atas bangunan hospital. Sekali lagi Pras berusaha menyelamatkan Mei Rose dari terjun membunuh diri. Pras tidak mahu bayi yang dilahirkan itu akan mengalami nasib sepertinya dan Mei Rose yang kematian ibu akibat membunuh diri. Tanpa berfikir panjang, Pras berjanji menikahi Mei Rose asalkan dapat menyelamatkan wanita malang itu. Mei Rose sangat bersyukur dinikahi seorang lelaki yang baik seperti Pras. Tanpa disedari, Pras telah melakukan poligami tanpa pengtahuan Arini.

Gambar: Google

Sekembali dari menjalankan tugas diluar daerah, Pras mendapat khabar bapa Arini telah meninggal dunia, lantas Pras menuju terus ke rumah Arini. Tanpa disangka, seorang wanita dan anak gadis telah datang ke upacara pengkebumian bapa Arini. Ketika itulah terbongkar rahsia yang disimpan selama lima belas tahun bahawa bapa Arini berpoligami tanpa pengetahunnya. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila Arini tidak dapat menerima berita bapanya berpoligami selama ini. Usaha Pras untuk menceritakan keadaan sebenar tidak kesampaian memandangkan Arini masih berduka atas kematian bapanya dan berita yang tidak disangkanya itu. Pras semakin hari semakin rasa bersalah kepada Arini. 

Gambar: Google

Semakin lama dirahsiakan tentang perkahwinan keduanya Pras bersama Mei Rose, akhirnya Arini mendapat tahu duduk perkara sebenar. Ini membuatkan hatinya hancur. Pertengkaran mula berlaku dan Arini tidak dapat menerima takdir bahawa dia telah dimadukan. 

Semakin hari, Arini menjadi sangat tertekan sehingga peristiwa Pras ditikam kerana ingin membantu seorang wanita dari dirompak. Arini begitu sedih dengan keadaan yang menimpanya. Bagaimana ibunya kuat menghadapi dugaan apabila mengetahui ayahnya berpoligami. 'Ikhlas' menjadi kunci kekuatan ibunya. Akhirnya Arini belajar menjadi 'ikhlas' menerima takdir hidupnya. 

Ketika Arini 'ihklas' menerima Mei Rose sebagai sebahgian kehidupannya, Mei Rose menghilangkan diri tanpa diketahui kemana dia pergi dengan meninggalkan Akbar Muhammad sebagai tanda kehadirannya didalam keluarga Pras, Arini dan Nadia.

Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan ulasan Bonda didalam Surga Yang Tak Dirindukan 2.

'Ikhlaskan hati menerima takdir'

Filem ini banyak memberi pengajaran kepada kita. Sungguhpun poligami itu dibenarkan Islam, tetapi tidak semudah yang kita perkatakan. Tidak ramai isteri yang boleh menerima berita poligami suami mereka dengan hati yang terbuka.

Sebagai seorang wanita dan isteri, pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila dikhianati. Tidak siapapun yang ingin melakukan sesuatu yang menyakitkan. Adakala, takdir Allah melebihi dari apa yang kita fikirkan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Maka, apapun keadaannya, berfikirlah secara rasional dan terimalah takdir dengan 'ikhlas' kerana apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah.

Filem Hebat & Terbaik 2015

Filem ini mendapat enam pencalonan anugerah dan memenangi tiga anugerah "Kebanyakan Celeb Indonesia Film" anugerah pada Anugerah Selebriti 2015, "Anugerah Terbaik Filem" dan anugerah "Grossing Film" di Anugerah Filem Pejabat Indonesia 2016. Menjadikan filem ini filem paling berjaya ditahun 2015.


Jika Diakhirnya Nanti, Semua Akan Tersakiti 

Aku Terlebih Dahulu Memilih Untuk Pergi


Credit: Filem Surga Yang Tak Dirindukan




Share this:

6 comments :

  1. hihi citer poligami hero dia memang kena yang sama eh.. CT tengok yang no 2 punya dulu baru lepas tu cari yang first. menarik jalan ceritanya.. kesetiaan hubungan suami isteri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Siti...Bonda pertama kali menonton di astro masatu terlepas ceritanya....
      sanggup tunggu ulangan...mulanya ingatkan yang jadi mei rose tu neelofa...tp salah orang...
      jalan cerita yang sangat menyentuh perasaan bagaimana ikhlasnya seorang isteri menerima takdir hidup..

      Delete
  2. ok la citer ni.
    aida da tgk 2-3 kali.
    pelakon perempuan nyer cantik-cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aida...jalan cerita nya penuh pengajaran pada Bonda...ramai yang tidak boleh menerima takdir bermadu...cerita ini sedikit sebanyak membuka mata hati wanita yang bermadu..semoga memberi ilmu yang bermanfaat..Bonda pun banyak kali dah tengok cerita ni...xjemu...mesej yang disampaikan sangat bernilai

      Delete
  3. dah pernah dgr byk kali citer ni. tpi tak pernah sempat nk tgok..


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari kt google aerill...cerita ni mmg best n banyak pengajaran....dari satu sudut poligami dilihat serong oleh masyarakat...tidak menyokong juga tidak menentang....apapun berbalik la kepada takdir..

      Delete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq