'HANTU KAK LIMAH' FILEM BOXOFFICE 2018 CATAT KUTIPAN TERTINGGI DALAM TEMPOH 15 HARI

August 24, 2018

CECAH RM27.5 JUTA "HANTU KAK LIMAH" FILEM BOXOFFICE TERTINGGI 2018

FILEM HANTU KAK LIMAH RAIH RM27.5 JUTA 15 HARI TAYANGAN

FILEM HANTU KAK LIMAH RAIH RM27.5 JUTA 15 HARI TAYANGAN


Filem terhangat dipasaran ketika ini sudah semestinya HANTU KAK LIMAH yang menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat tidak kira tua muda mahupun anak kecil. Mula ditayangkan pada 9 Ogos yang lalu, filem arahan Mamat Khalid ini berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 Juta berbanding filem-filem Melayu yang telah ditayangkan dipawagam. Ia sekali gus menjadikan filem ini sebagai filem Melayu No: 1 Malaysia dan muncul sebagai filem BOXOFFICE kerana berjaya mencapai kutipan tertinggi tahun 2018 dalam tempoh hanya 15 hari!!...

Berikut adalah kedudukan kutipan filem-filem tempatan dan Melayu yang pernah ditayangkan.

Hantu Kak Limah - RM27.5 Juta 
Abang Long Fadil 2 - RM18.15 Juta
Polis Evo - RM17.74 Juta
Munafik - RM17.04 Juta
The Journey - RM16.87 Juta
BoBoiBoy The Movie - RM16.77 Juta
Ola Bola - RM16.67 Juta
KL Special Force - RM12.1 Juta
KL Gangster - RM11.74 Juta
Ombak Rindu - RM10.90 Juta
Dukun - RM10.00 Juta



Pada sesiapa yang belum lagi menonton filem Hantu Kak Limah, sila pergi menonton dengan keluarga. Bonda jamin, tidak akan merasa rugi atau menyesal menonton filem ini. Bonda dan keluarga sudahpun menonton. Filem komedi hebat terselit maksud tersirat dan tersurat. Filem yang membuatkan kita berfikir apakah yang sebenarnya berlaku. Dari awal tayangan hingga keakhirnya, semua penonton didalam panggung wayang tidak kering gusi ketawa. Tidak ada satu 'scene' yang tidak membuatkan penonton ketawa. 

Jangan tunggu lagi!!!...Cepat pegi ke panggung-panggung wayang menonton filem ini sebelum terlambat!!..

Sinopsis Hantu Kak Limah

Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.
Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.
Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.

Selebihnya......anda kena tonton sendiri apa yang terjadi sebenarnya!!!


Initial release: 9 Ogos 2018
Pengarah: Mamat Khalid
Filem: Hantu Kak Limah
Produser: Gayatri Su-LIn Pilai
Pelakon: Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, 
Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Azi 
 Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.


DOA PADA HARI ARAFAH

August 20, 2018

DOA & ZIKIR PADA HARI ARAFAH




Hari Raya Aidil Adha bakal menjelma beberapa hari lagi. Sebagai tanda kemenangan umat Islam. Salah satu rukun Haji adalah Wukuf di Arafah. Berdoa pada hari Wukuf adalah yang paling dekat untuk Allah SWT makbulkan. Semoga perkongsian Doa Pada Hari Arafah ini memberi manfaat kepada kita semua. 

Doa Pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan walti berdpa yang paling mutajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu). (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.
Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)























Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Muhammad Hosnee Zainal Abidin al-Azhari
 

GOOBNE MALAYSIA: BUKA RESTORAN KOREA PERTAMA DI KUALA LUMPUR - "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"

August 15, 2018

"THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA" 

 Goobne Chicken membuka restoran Korea pertama dikenali sebagai  "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"  Goobne Malaysia buka restoran Korea pertama DI kUALA lUMPUR dikenali sebagai "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"
Goobne Malaysia buka restoran Korea pertama DI kUALA lUMPUR dikenali sebagai
"The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia" 

RESTORAN KOREA PERTAMA MENYAJIKAN AYAM PANGGANG

ANNYEONGHASEYO Malaysia!....yang membawa maksud 'ucap salam' kepada Malaysia didalam bahasa Korea. Haaa...pasti ramai yang meminati drama Korea yang menjadi kegilaan anak-anak muda zaman sekarang. Entry kali ini Bonda tidak bercerita tentang drama-drama Korea, sebaliknya akan bawa anda semua menikmati sajian ayam panggang yang dihidangkan di satu-satunya restoran Goobne Chicken di Malaysia!.

Beberapa hari yang lalu, Bonda telah dijemput untuk merasai kelazatan hidangan ayam panggang di Goobne Chicken ini. Pada awalnya, terlintas difikiran Bonda bahawa restoran Korea ini menyajikan sajian yang sama seperti restoran-restoran Korea yang lain. Mungkin sajian yang kurang menepati selera masyarakat Malaysia. Tetapi.....Goobne Chicken lain dari yang lain. Jom kita terjah pengalaman Bonda di Goobne Chicken.



Setelah tiba di restoran ini, Bonda sangat-sangat terkejut kerana restoran ini menyediakan sajian berasaskan 'ayam panggang' yang sihat untuk anda semua. Jom kita nikmati apa yang ada di restoran ini.

Sebelum Bonda bercerita lanjut, kita kenali dahulu latar belakang restoran Korea ini. Goobne Chicken satu-satunya restoran Korea yang dikenali sebagai  "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA" telahpun membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur dan satu-satunya cawangan Goobne Chicken yang bertapak di Malaysia pada 31 Julai 2018.

Goobne Chicken membawa konsep K-Food dengan menyajikan ayam panggang lebih lazat dan sihat tanpa menggunakan minyak apabila dihidangkan kepada pelanggan. Mempunyai 1000 kedai di serata Korea dan telah memenangi anugerah, Goobne Chicken kini melebarkan sayapnya ke Malaysia memperkenalkan 'signature dish' mereka iaitu "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA". 



GOOBNE CHICKEN RESTORAN KOREA

Goobne bermaksud 'ketuhar panggang' . Ayam yang disajikan disini akan dipanggang didalam ketuhan khas selama 13 minit pada 195 darjah celcius tanpa menggunakan titisan minyak bagi memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Ayam panggang Goobne kurang kalori, kolestrol, natrium dan trans lemak. Ianya rangup diluar, kenyal dan berair didalam. Menu yang dihidangkan mempunyai beberapa pilihan seperti 1/2 potongan ayam, 8 keping kepak atau 14 keping untuk memenuhi keinginan pelanggan yang datang. 



Bagi penggemar makanan pedas, Gooble Volcano memberikan ciratasa seperti gunung berapi. Bagi pencinta keju, pelanggan akan membakar sendiri cheesy dengan keju Goobne Deep. Begitu juga dengan Goobne Soy Bawag Putih yang dicurahkan sos soya bawang putih keatas ayam panggang yang rangup. 



Hidangan nasi dan mi termasuk nasi goreng ayam dengan gunung berapi dengan sos bawang putih, Jjamppong Seafood Ramen, sup ayam ginseng tradisional Korean dan Samgyetang beras Korea.


Cheese Fondue Chicken

Untuk hidangan sampingan, Bonda dihidangkan dengan salad, telur, sup, Volcano Cheese Tteok-Bokki, Japche dan Oven Potato disediakan. Para pengunjung boleh memesan hidangan mereka dengan berbagai pilihan  termasuk minuman RITA (Goobne Khas Mocktail Non-alcohol), minuman ringan, jus botol dan teh. Untuk mengakhiri hidangan pada nota manis, restoran boleh memilih dari hidangan pencuci mulut - Green Tea atau Chocolate Ice Cream. Bagaimana pula dengan harga setiap hidangan? Jangan risau, harga setiap hidangan amat berpatutan. Setiap hidangan boleh dimakan untuk 2-4 orang. Sangat berbaloi!



Sungguh berselera Bonda menikmati kesemua hidangan "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA".  Memang tidak rugi jika meluangkan masa menikmati hidangan di Goobne Chicken di MyTown Shopping Centre ini. Sehingga kini Bonda masih lagi tidak dapat melupakan keenakkan ayam panggang yang disajikan. Bonda pasti akan pergi semula untuk menikmati kelazatan hidangan ayam panggang Goobne Chicken bersama keluarga. 


Goobne Soy Garlic RM20.90 - RM54.90


Goobne Original RM16.90 - RM47.90

Goobne Deep Cheese RM20.90-RM54.90

Volcano Cheese Tteok-Bokki RM32.90

Goobne Head Quaters in Korea

Goobne MalaysiaLot L3-043A, Level 3,
MyTOWN Shopping Centre,
 Cheras, Maluri,
55100 Kuala Lumpur,  (Beside GSC) 

Isnin hingga Ahad 10:00 pagi hingga 10:00 malam.  

http://www.goobne.co.kr/

Facebook: https://www.facebook.com/goobnemalaysia/


















MAJLIS PRA-PELANCARAN MTC GOLD AWARD 2018

August 14, 2018

MTC GOLD AWARD 2018 

YBhg Dato' Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) merasmikan  Majlis Pra-Pelancaran MTC Gold Award 2018
YBhg Dato' Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) merasmikan
Majlis Pra-Pelancaran MTC Gold Award 2018


KUALA LUMPUR: MTC Gold Award 2018 adalah acara berprestij bagi Industri Pelancongan yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) buat kali kedua yang akan diadakan pada  10 Oktober 2018 bertempat di Palace of Golden Horses bagi meraikan kecemerlangan industri pelancongan kebangsaan dan antarabangsa.

MTC Gold Awards 2018 mengiktiraf dan mempromosikan kecemerlangan penggiat-penggiat dalam industri pelancongan negara. Anugerah ini merangkumi 27 kategori termasuk Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Perubatan, Pelancongan Seni dan Budaya dan Pelancongan Warisan.

MTC Gold Awards 2018 mengiktiraf dan mempromosikan kecemerlangan penggiat-penggiat dalam industri pelancongan negara.

MTC Gold Award 2018 adalah inisiatif MTC yang bertujuan memberi penghargaan kpada penggiat Industri Pelancongan yang telah mencapai prestasi cemerlang. Program ini dapat membantu sasaran pelancongan negara pada tahun 2020 untuk menarik 36 juta pelancong asing dengan sumbangan pendapatan pelancongan RM168 bilion kepada ekonomi negara. Menurut Dato' Haslina

Majlis Pra Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Turut hadir bersama En. Uzaidi Udanis, Presiden Malaysia Tourism Council dan Dato Noor Zahleha Baharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MTC Gold Award 2018.

Histrionic Personality Disorder (HPD) Dan Hubung Kait Dengan Attention Seeker

August 05, 2018

Histrionic Personality Disorder (HPD) Dan Hubung Kait Dengan Attention Seeker

Kenali dengan lebih dalam siapakah "Attention Seeker"
Kenali dengan lebih dalam siapakah "Attention Seeker"

Pernahkah anda mempunyai pengalaman berhadapan dengan seseorang "pencari perhatian" atau Attention Seeker? Ramai yang tidak mengetahui atau menyedari seseorang yang dikenali itu mempunyai ciri-ciri Attention Seeker sehingga tanda-tanda ketara kelihatan dalam diri seseorang.

Definisi Attention Seeker

"Attention Seeker adalah seseorang yang bertindak semata-mata dengan cara yang ditujukan untuk meraih perhatian orang lain".

Bagi seseorang "Attention Seeker", mendapatkan perhatian akan membuat mereka berasa lebih baik, dapat meningkatkan "Self-Esteem" tanpa mengambil kira baik atau buruk perhatian yang mereka dapati. Segelintir orang tidak membantu sebaliknya bertindak mencari perhatian dan mereka akan menggunakannya dalam mendapatkan penghormatan dari orang lain. Malah sesetengah "Attention Seeker" sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal hanya untuk mendapatkan perhatian. 


Histrionic personality disorder (HPD)

Menurut Persatuan Psikiatri Amerika, "Histrionic personality disorder (HPD)" ditakrifkan sebagai ganguan keperibadian yang dicirikan oleh corak emosi mencari "constant attention-seeking". Ianya termasuklah tingkah laku yang mengganggu dan memerlukan perhatian yang berlebihan. 

Seseorang yang mempunyai HPD ini cenderung kepada situasi yang lebih dramatis, yang mungkin menjejaskan hubungan dan membawa kepada kemurungan. HPD didiagnosis empat kali lebih kerap di kalangan wanita sebagai lelaki. Ia memberi kesan kepada 2-3% daripada penduduk umum dan 10-15% dalam institusi kesihatan mental pesakit dalam dan di luar pesakit. 

HPD terletak pada kumpulan dramatik gangguan keperibadian. Seseorang HPD mempunyai keperluan yang tinggi untuk perhatian, membuat penampilan yang kuat dan tidak sesuai, membesar-besarkan kelakuan dan emosi mereka, dan mengidamkan rangsangan. 

Mereka mungkin menunjukkan tingkah laku provokatif seksual, mengekspresikan emosi yang kuat dengan gaya impresionistik, dan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Ciri bersekutu termasuk egosentrisme, kepuasan diri, kerinduan berterusan untuk penghargaan, dan kelakuan manipulatif berterusan untuk mencapai keperluan mereka sendiri.

Dalam bahasa lebih mudah, "Attention Seeker"  bukanlah bermulada dari masalah "Depressi" atau kemurungan. Mereka adalah manusia yang normal dan waras pada asalanya tetapi mempunyai gangguan peribadi untuk mencari perhatian yang tinggi dari orang lain menyebabkan keadaan bertambah parah dan membawa kepada kemurungan apabila tindakan mereka melakukan sesuatu yang ekstreem tidak diendahkan oleh orang yang disasarkan.

Berhadapan dengan seseorang "Attention Seeker", ia boleh meletihkan. Ini kerana anda harus sentiasa perlu memenuhi keperluan seseorang "Attention Seeker" yang dahagakan perhatian yang banyak daripada anda. 


[Baca] : Kenali Ciri-Ciri Attention Seeker


"Attention Seeker" mungkin tidak selalu bertindak dalam semua cara di atas, dan sesetengahnya amat melampau, tetapi mereka pandai menggunakan peluang untuk anda menggunakan kesemua masa dan usaha anda untuk memberi perhatian kepada mereka. Anda seharusnya bijak memerhatikan beberapa tingkahlaku mereka untuk menyelamatkan diri dan masa anda pada masa akan datang.


Memaparkan dramatik yang kerap, cerita-cerita yang dibesar-besarkan, dan konflik merupakan tanda-tanda pencari perhatian. Jika seseorang mengganggu anda dengan tingkah laku ini, perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengabaikan kecurigaan mereka.

Batasan peribadi yang kuat dapat membantu anda tetap tenang dan terkendali. Sekiranya pencari perhatian adalah orang yang dikasihi, bagaimanapun, anda mungkin mahu melihat sama ada anda boleh membantu mereka mengatasi tingkah laku mereka dengan bantuan seorang profesional kesihatan mental.

Cara Menangani Attention Seeker

1. Bertindak Balas Terhadap Tingkah Laku Mereka

Abaikan mereka jika mereka melakukan sesuatu yang mengganggu anda. Mengabaikan tingkah laku adalah cara terbaik untuk menunjukkan bahawa ia tidak akan mendapat perhatian daripada anda. Jangan melihat pencari perhatian atau meminta mereka berhenti. Hanya berpura-pura seolah-olah mereka tidak melakukannya.

Kekalkan tenang semasa tingkalaku bodoh mereka. Jika anda tidak boleh mengabaikan orang itu, cuba untuk tidak menunjukkan emosi semasa berinteraksi dengan mereka. Jangan mengungkapkan kemarahan, kekecewaan, atau keseronokan. Jangan berpura-pura berminat dengan apa yang diperkatankannya. Hanya tenang sahaja.

Minta fakta jika mereka cuba memainkan mangsa. Mengenakan mangsa adalah cara biasa bagi pencari perhatian untuk mendapatkan simpati dan pujian. Mereka mungkin menceritakan kisah dramatik di mana mereka menjadi sasaran dan dihina. Sebagai tindak balas, tanya soalan objektif tentang fakta-fakta cerita, bukan tentang emosi atau perspektif tukang cerita.

Belajar untuk menjauhkan diri semasa situasi berbahaya atau melampau. Pencari perhatian akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan reaksi dari anda. Sesetengah mungkin terlibat dalam paparan yang lebih dramatik untuk perhatian. Jika keadaan terlalu sukar untuk ditangani, terus tinggalkan si pelaku. Ini akan memberitahu mereka bahawa perlakuan mereka tidak akan memberi reaksi seperti yang mereka mahu.

2. Membina Sempadan

Beritahu mereka apakah tingkah laku mereka yang anda akan dan tidak akan bertolak ansur. Pastikan pencari perhatian memahami bahawa anda tidak akan berurusan dengan tingkah laku tertentu. Jika mereka tahu bahawa aktiviti tertentu tidak akan mendapat perhatian daripada anda, mereka mungkin berhenti melakukannya pada masa akan datang.

Tetapkan had masa untuk perbualan dan perbincangan. Seorang pencari perhatian dengan cepat mengambil masa dan hari anda dengan cerita dan keperluan mereka. Untuk membantu anda melepaskan diri, beritahu mereka berapa lama masa yang anda ada untuk bercakap dengan mereka.

Berhenti mengikuti akaun media sosial mereka. Sesetengah orang mungkin menyebarkan atau menyiarkan terlalu banyak di media sosial, seperti Facebook, Instagram, atau Twitter. Jika kenyataan ini menjengkelkan anda, hanya buang mereka dari senarai rakan anda atau hapuskan kenyataan mereka dari fikiran anda.

Kurangkan hubungan dengan mereka jika menyebabkan tekanan, kebimbangan, atau gangguan. Jika pencari perhatian mencipta terlalu banyak beban dalam hidup anda, berhentilah berhubung dengan mereka jika boleh. Jika ini tidak mungkin, kurangkan interaksi anda dengan mereka sebanyak mungkin.

Sumber: www.wikihow.com & www.psychologytoday.com

Kenali Ciri-Ciri Atention Seeker

August 05, 2018

Ciri-Ciri Attention Seeker

Kenali Ciri-Ciri Attention Seeker
Kenali Ciri-Ciri Attention Seeker

Beberapa ciri Attention Seeker dikenal pasti bagi seseorang yang mencari perhatian berlebihan dalam keadaan sekeliling.


1. Berjuang secara berterusan (Persistensly Bragging)

Attention Seeker sangat baik untuk mempamerkan pencapaian mereka, walaupun apa yang mereka ceritakan tentang mereka bukanlah satu pencapaian sama sekali. Memanipulasai cerita-cerita yang dibesar-besarkan yang mungkin berdasarkan setengah kebenaran, kerana pencari perhatian adalah beberapa pengulas cerita yang paling  baik, mengagumkan dan dengan gembira akan menghiasi semua cerita yang mereka perlu sampaikan.

2. Memancing untuk Pujian

Attention Seeker sentiasa mencari penegasan siapa mereka, atau siapa yang mereka anggap menjadi diri mereka. Mereka bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada anda jika mereka kelihatan baik atau memberitahu anda mereka fikir mereka kelihatan buruk maka menunggu untuk anda memberikan pujian kepada mereka adalah langkah mencari perhatian klasik. Mereka tidak menuntut dihormati di sini, mereka hanya mencari rangsangan ego dan pujian adalah cara mudah untuk mendapatkannya.

3. Mangsa Profesional

Attention Seeker sangat baik untuk memainkan mangsa. Pencari perihatin tidak sepatutnya salah tetapi selalu nampak salah. Ianya hanya satu perbuatan untuk meraih simpati. Apabila simpati yang anda berikan kepada mereka akan menjadikan anda memberi perhatian yang mereka perlukan. Ini membuatkan mereka merasa istimewa dimata anda untuk sedikit masa sehinggakan mereka mahukan perhatianyang lebih banyak.

4. Pengadu yang berterusan

Attention Seeker akan merasakan tidak ada yang cukup baik untuknya. Malah menemui yang terbaik juga tidak cukup baik bagi mereka. Selalunya masalah teman lelaki, masalah ibu bapa atau masalah rakan-rakan akan menjadi sebab pada mereka. Mereka akan mengeluh apabila gagal didalam sesuatu perhubungan dengan rakan sekerja. Sinisme ini adalah satu cara mudah untuk menarik orang kepada mereka dan menuai simpati mereka.

5. Sentiasa Menyebabkan Masalah

Attention Seeker akan sentiasa mecipta masalah dengan orang yang dirasakan dapat memberi perhatian kepadanya daripada berdamai. Menjadikan masalah masa lalu adalah salah satu sebab dan punca untuk mereka perbesarkan dalam meraih simpati. 

6. Merasa Tidak Pernah Membosankan Kepada Rakan

Kehidupan Attention Seeker adalah lebih kedepan daripada anda tanpa keraguan. Mereka tidak akan menjawab soalan dengan jawapan yang mudah kerana kehidupan mereka begitu penuh dengan kegirangan bahawa mereka hanya perlu memberitahu anda tentang apa-apa peluang. Mereka akan memberi anda kesan kehidupan mereka begitu hebat sehingga anda harus merasa bertuah untuk menjadi kenalan mereka.

7. Dramatik Pada Media Sosial

Anda tahu orang-orang yang menghantar status utama tetapi tidak pernah menjelaskan masalahnya? Ini adalah sikap mencari perhatian biasa. Mereka memancing untuk orang ramai untuk memberi mereka mesej dan bertanya apa perkara itu, kerana melihat bahawa orang yang peduli hanya membuat mereka berasa lebih baik.

8. Mereka Seolah-Olah Mengenali Semua Orang

Attention Seeker seolah-olah mengenali semua orang. Tidak kira apa yang anda katakan, walaupun mereka tidak pernah bertemu, Attention Seeker akan berlagak seolah-olah mengenali mereka. 

9. Mereka Boleh Mengubah Arah Perbualan Dengan Mudah

Attention Seeker akan membawa anda kedalam dunia mereka sendiri. Tidak kira apa perbualan itu, ia mungkin mengenai band kegemaran anda dan mereka akan melihat mereka tampil di sesuatu majlis. Sungguh mengagumkan bagaimana mereka dapat mengubah perbualan sekitar untuk mengenainya sebelum anda melihat bahawa mereka telah melakukannya.

10. Melakukan Perkara Dangkal

Tingkahlaku Attention Seeker seringkali diragui dan kesahihan cerita kehidupannya juga seringkali berubah-ubah.

11. Berpura-pura Dalam Mencari Perhatian 

Attention Seeker seringkali mengada-adakan cerita yang tidak benar sekadar ingin mencari perhatian daripada seseorang yang difikirkan dapat memberi dia perhatian yang tinggi. Sikap berpura-pura Attention Seeker akhirnya diketahui dan memakan diri sendiri.

12. Tidak Dapat Menjelaskan Kejengkelan Tindakannya

Attention Seeker tidakan sama sekali mengakui kesilapannya untuk mencari perhatian memandangkan ianya telah menjadi tabiat hidup yang tidak boleh dibendung walau berkali-kali sikap jengkelnya terbongkar.

13. Bertindak Kurang Bijak Dengan Konsisten

Attention Seeker akan mengunlangi perbuatan mencari perhatian dengan konsisten. Ianya akan mengulangi sesuatu perkara tanpa merasa menyesal. Setiap hari Attention Seeker akan sahaja menimbulkan perkara rekaan dengan tujuan menarik perhatian. 

14. Senantiasa Merancang Untuk Meraih Simpati 

Attention Seeker akan meraih simpati atas kejadian yang menimpa dirinya. Meraih simpati seperti menangis yang dibuat-buat semata-mata untuk meraih simpati.

15. Tidak Perduli Terhadap Teguran 

Attention Seeker mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mempengaruhi orang lain dalam meraih simpati. Ianya juga sukar untuk orang lain menasihatinya sehingga mereka sedar sendirinya tiada orang yang senang dengan tingkah lakunya. 

Mungkin sedikit sebanyak ciri-ciri Attention Seeker ini dapat membantu anda dalam berhadapan dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri ini. Bertindaklah dengan bijak jika anda tidak mahu hidup anda terbeban dengan tingkah laku Attention Seeker ini.

Sumber: www.wikihow.com & http://www.bilalelakiberbicara.com



Pengacara Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

August 03, 2018

Datuk Mahadzir Lokman Dalam Kenangan

Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel diKota Kinabalu, Sabah

Hari ini Malaysia kehilangan permata yang sangat-sangat bernilai dalam dunia penyiaran. Datuk Mahadzir Lokman yang dikenali ramai didapati meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Perkara ini disahkan oleh ahli keluarganya sebentar tadi. Adik kepada Allahyarham berkata,
Saya baru hendak berangkat ke Sabah bersama dengan kakak. Apa yang dimaklumkan kepada saya, abang meninggal dunia selepas solat Subuh.
Allahyarham yang memulakan kerjaya di TV3 pada tahun 1984 sebagai penyampai berita dwi bahasa pertama dirangkaian stesen televisyen itu. Beliau disahkan mengidap diabetis dan darah tinggi pernah dilaporkan koma selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Pengacara versatile itu seringkali mendapat undangan untuk mengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa kerana kebolehan beliau bertutur lebih dari tujuh bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis. Beliau juga pernah di anugerahkan Orde Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada tahun 2006 kerana mempromosikan bahasa dan budaya Perancis.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. 
Al-Fatehah.

Sumber : Berita Harian



 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq