DOA PADA HARI ARAFAH


DOA & ZIKIR PADA HARI ARAFAH




Hari Raya Aidil Adha bakal menjelma beberapa hari lagi. Sebagai tanda kemenangan umat Islam. Salah satu rukun Haji adalah Wukuf di Arafah. Berdoa pada hari Wukuf adalah yang paling dekat untuk Allah SWT makbulkan. Semoga perkongsian Doa Pada Hari Arafah ini memberi manfaat kepada kita semua. 

Doa Pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan walti berdpa yang paling mutajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu). (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.
Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)























Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Muhammad Hosnee Zainal Abidin al-Azhari
 

Share this:

2 comments :

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Belongs To Bonda Chanteq