GOOBNE MALAYSIA: BUKA RESTORAN KOREA PERTAMA DI KUALA LUMPUR - "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"

"THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA" 

 Goobne Chicken membuka restoran Korea pertama dikenali sebagai  "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"  Goobne Malaysia buka restoran Korea pertama DI kUALA lUMPUR dikenali sebagai "The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia"
Goobne Malaysia buka restoran Korea pertama DI kUALA lUMPUR dikenali sebagai
"The Korea No.1 Oven Roasted Chicken In Malaysia" 

RESTORAN KOREA PERTAMA MENYAJIKAN AYAM PANGGANG

ANNYEONGHASEYO Malaysia!....yang membawa maksud 'ucap salam' kepada Malaysia didalam bahasa Korea. Haaa...pasti ramai yang meminati drama Korea yang menjadi kegilaan anak-anak muda zaman sekarang. Entry kali ini Bonda tidak bercerita tentang drama-drama Korea, sebaliknya akan bawa anda semua menikmati sajian ayam panggang yang dihidangkan di satu-satunya restoran Goobne Chicken di Malaysia!.

Beberapa hari yang lalu, Bonda telah dijemput untuk merasai kelazatan hidangan ayam panggang di Goobne Chicken ini. Pada awalnya, terlintas difikiran Bonda bahawa restoran Korea ini menyajikan sajian yang sama seperti restoran-restoran Korea yang lain. Mungkin sajian yang kurang menepati selera masyarakat Malaysia. Tetapi.....Goobne Chicken lain dari yang lain. Jom kita terjah pengalaman Bonda di Goobne Chicken.



Setelah tiba di restoran ini, Bonda sangat-sangat terkejut kerana restoran ini menyediakan sajian berasaskan 'ayam panggang' yang sihat untuk anda semua. Jom kita nikmati apa yang ada di restoran ini.

Sebelum Bonda bercerita lanjut, kita kenali dahulu latar belakang restoran Korea ini. Goobne Chicken satu-satunya restoran Korea yang dikenali sebagai  "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA" telahpun membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur dan satu-satunya cawangan Goobne Chicken yang bertapak di Malaysia pada 31 Julai 2018.

Goobne Chicken membawa konsep K-Food dengan menyajikan ayam panggang lebih lazat dan sihat tanpa menggunakan minyak apabila dihidangkan kepada pelanggan. Mempunyai 1000 kedai di serata Korea dan telah memenangi anugerah, Goobne Chicken kini melebarkan sayapnya ke Malaysia memperkenalkan 'signature dish' mereka iaitu "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA". 



GOOBNE CHICKEN RESTORAN KOREA

Goobne bermaksud 'ketuhar panggang' . Ayam yang disajikan disini akan dipanggang didalam ketuhan khas selama 13 minit pada 195 darjah celcius tanpa menggunakan titisan minyak bagi memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Ayam panggang Goobne kurang kalori, kolestrol, natrium dan trans lemak. Ianya rangup diluar, kenyal dan berair didalam. Menu yang dihidangkan mempunyai beberapa pilihan seperti 1/2 potongan ayam, 8 keping kepak atau 14 keping untuk memenuhi keinginan pelanggan yang datang. 



Bagi penggemar makanan pedas, Gooble Volcano memberikan ciratasa seperti gunung berapi. Bagi pencinta keju, pelanggan akan membakar sendiri cheesy dengan keju Goobne Deep. Begitu juga dengan Goobne Soy Bawag Putih yang dicurahkan sos soya bawang putih keatas ayam panggang yang rangup. 



Hidangan nasi dan mi termasuk nasi goreng ayam dengan gunung berapi dengan sos bawang putih, Jjamppong Seafood Ramen, sup ayam ginseng tradisional Korean dan Samgyetang beras Korea.


Cheese Fondue Chicken

Untuk hidangan sampingan, Bonda dihidangkan dengan salad, telur, sup, Volcano Cheese Tteok-Bokki, Japche dan Oven Potato disediakan. Para pengunjung boleh memesan hidangan mereka dengan berbagai pilihan  termasuk minuman RITA (Goobne Khas Mocktail Non-alcohol), minuman ringan, jus botol dan teh. Untuk mengakhiri hidangan pada nota manis, restoran boleh memilih dari hidangan pencuci mulut - Green Tea atau Chocolate Ice Cream. Bagaimana pula dengan harga setiap hidangan? Jangan risau, harga setiap hidangan amat berpatutan. Setiap hidangan boleh dimakan untuk 2-4 orang. Sangat berbaloi!



Sungguh berselera Bonda menikmati kesemua hidangan "THE KOREA NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN MALAYSIA".  Memang tidak rugi jika meluangkan masa menikmati hidangan di Goobne Chicken di MyTown Shopping Centre ini. Sehingga kini Bonda masih lagi tidak dapat melupakan keenakkan ayam panggang yang disajikan. Bonda pasti akan pergi semula untuk menikmati kelazatan hidangan ayam panggang Goobne Chicken bersama keluarga. 


Goobne Soy Garlic RM20.90 - RM54.90


Goobne Original RM16.90 - RM47.90

Goobne Deep Cheese RM20.90-RM54.90

Volcano Cheese Tteok-Bokki RM32.90

Goobne Head Quaters in Korea

Goobne MalaysiaLot L3-043A, Level 3,
MyTOWN Shopping Centre,
 Cheras, Maluri,
55100 Kuala Lumpur,  (Beside GSC) 

Isnin hingga Ahad 10:00 pagi hingga 10:00 malam.  

http://www.goobne.co.kr/

Facebook: https://www.facebook.com/goobnemalaysia/


















Share on Google Plus

About Bonda Chanteq

Bonda Chanteq yang telah lama meminati bidang penulisan mencuba bakat menulis dan mencurahkan segala idea penuisan di blogg ini dengan harapan dapat bersama-sama pembaca berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu dihari kemudian kelak.

16 Comments :

  1. aduhhhh terliur betul tengok menu2 bbq nya >___<

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius mmg sedap zhariff....rasa mcm xpuas makan...hahahaha....ni mesti plan nk p makan lagi kt sana..hargapn affordable...ada pilihan kita nk whole chicken or partly...cuba lah...mmg sedap...xdinafikan...

      Delete
  2. I do love spicy food, will go for Gooble Volcano. The price looks affordable. Looking forward to try it out

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi jack...the price very affordable...i also will bring my family there

      Delete
  3. Wow...kalau macam ni nak try lar. :) Tanpa menggunakan setitis minyak? Goobne Deep Cheese nampak memang sedap lar terutama sekali bagi mereka yang gemar keju kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..tekkaus..bkn sahaja nampak sedap...tapi memang sedap sangat2...sekali rasa mesti nak pergi lagi..

      Delete
  4. Talking about Korean food.. I'm always taking only BBQ Korean. Never try all this before... Perhaps is time for me to grab all this delicious food!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama ini kan, bonda hanya fikir makanan korea itu tidak sedap...susah mahu kena citarasa...tetapi, di Goobne ni, semua makanannya sedap dan bonda boleh makan tanpa rasa jemu.

      Delete
  5. I suka Korean food. A must visit restaurant with my children this weekend.

    ReplyDelete
  6. I have not tried oven roasted chicken Korean-style before. Wonder what's the difference with Kenny Rogers. Makes me so curious to try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berbeza dengan kenny rogers emily...honestly, roasted chicken kt sini memang sangat-sangat sedap...try semua menu...

      Delete
  7. Those with cheese looks so yummyyyyy!! I love fried chicken so much, especially from Korea XD They have the best fried chicken!

    ReplyDelete
  8. OMG these are all mouth-watering! Now am feeling super hungry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lets try and feel the deliciousness...

      Delete