SIFAT-SIFAT MUNAFIK: HINDARI DARI MENJADI INSAN MUNAFIK

SIFAT-SIFAT MUNAFIK: HINDARI DARI MENJADI INSAN MUNAFIK


Kredit: Kun Anta

Sifat Orang Munafik


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.
Huraian Hadith :
  1. Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
  2. Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.




Bonda tertarik untuk menulis entry kali ini dengan tajuk 'SIFAT-SIFAT MUNAFIK'. Seperti yang kita faham dan diajar oleh ustaz & ustazah semasa sekolah dahulu tentang sifat munafik. 3 Tanda besar sifat Munafik  seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim:-

Apabila dia berbicara dia berdusta
Apabila dia berjanji dia memungkiri
Apabila dia diberi amanah dia khianati
Bonda pasti, ramai diantara kita pernah berdepan dengan insan seperti ini. Oleh itu, jadikanlah ianya iktibar agar kita tidak tergolong didalam golong orang-orang Munafik. Sifat ini wajib kita hindari agar kita jalani kehidupan yang sejahtera.


Semoga kita semua terhindar dari sifat munafik agar kehidupan kita akan lebih baik dan diberkati Allah s.w.t


Sumber : JAKIM

Share this:

4 comments :

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Belongs To Bonda Chanteq