Malaysia Kekal Rekod 10 Negara Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR antara bandar yang sering dikunjungi pelancong
Gambar: Google

Bangga menjadi rakyat Malaysia apabila negara dinobatkan antara 10 negara mempunyai destinasi pelancongan terbaik di dunia. Mengikut carta yang diberikan, Malaysia berada di kedudukan tangga yang ke 6!.. Syabass Malaysia!!..Satu pengiktirafan dunia yang amat dibanggakan apabila berjaya mengekalkan rekod dunia.

Sebuah agensi kajian pasaran global Euromonitor International beroperasi di London, United Kingdom melaporkan Malaysia kekal dalam rekod 10 kelompok Negara sebagai destinasi pelancongan terbaik dunia 2018. 

6 dari 10 ibu negara paling kerap dikunjungi tahun 2017 di Asia dan berada di kedudukan 10 teratas di peringkat global.

Hong Kong 
Bangkok
Singapura
Macau
Kuala Lumpur 
Shenzen 

Sementara itu, mengulas tentang pengumuman iniMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata negara ketika ini berada di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri yang mapan.

“Kementerian berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini dan seterusnya meningkatkan lagi skor di peringkat antarabangsa. Malah, kita juga mensasarkan untuk menarik 30 juta pengunjung dengan jumlah pendapatan RM100 bilion pada 2020.
“Pada tahun ini, kita mensasarkan sebanyak 26.4 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM84.9 bilion iaitu sejajar dengan pengumuman Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini,”

Pihak kementerian berusaha terus untuk mempertingkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara utama pelancong dunia dan mensasarkan sebanyak 26.4 juta pelancong dengan pendapatan RM84.9 bilion. Malaysia mempunyai pelbagai produk pelancngan seperti alam semula jadi, seni, budaya, kesihatan, makanan. Industri pelancongan juga adalah penyumbang utama kepada KDNK sebanyak RM201.40 bilion dan penyumbang ketiga terbesar Pendapatan Negara Kasar bernilai RM73.3 bilion.

Bandar Diraja Muar yang merupakan Bandar Pelancongan Paling Bersih di ASEAN selama lima tahun berturut-turut menerima pengiktirafan dunia iaitu Anugerah Brand Laurete Best Brand 2017-2018 bagi kategori Kecemerlangan Jenama Negara.

Sebagai rakyat Malaysia pastinya Bonda sangat berbangga dengan usaha Kementerian Pelancongan tanpa rasa jemu melakukan apa sahaja untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. 

Syabas Malaysia yang masih kekal dalam rekod antara 10 negara yang mempunyai Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia. Pengiktirafan ini sesuatu yang amat dibanggakan kerana Malaysia mampu mencapai tahap tertinggi sebaris dengan negara-negara besar. Tahniah Malaysia, tahniah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

Sumber: Utusan Online




26 Comments

  1. Wah! Bangganya jadi rakyat Malaysia! Tapi memang cx pon tak nafikan yang Malaysia memang best. Banyak betul tempat² menarik ntk pengunjung datang dan ziarah. Cx pon belum habis lagi jelajah negeri sendiri, inikan lagi 13negeri yg lain. Malaysiaku kebanggaanku. Hebat Malaysia! Tahniah Malaysia! I Love Malaysia! Wah! Tiba² semangat cintakan tanah air . Gittew! 😀

    ReplyDelete
  2. Malaysia kan memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. dengan pelbagai jenis makanan, pulau, bangsa dan budaya, memang sesuai pelancong nak datang sini.macam2 boleh terokai

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca tentang siaran akhbar ni. Memang kagum dan cukup membanggakan! Saya harap pengiktirafan ini akan lebih menggiatkan usaha para pemain industri, khususnya pihak berwajib untuk lebih aktif mempromosikan produk pelancongan dengan lebih efektif dan strategik terutama dari segi promosi digital. Apapun, syabas Malaysia! Woohoo!

    ReplyDelete
  4. indeed a great place to visit in Kuala Lumpur. I didn't like the jam in the city so seldom to that area. Malaysia has many beautiful places waiting us to explore. I am sure many places I have not been to. This school holidays we can plan on where to go before school open.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh bangga tu jadi Top 10 tu. Bangga jadi orang Malaysia. Orang Malaysia pula nak ke luar negara pula kan?. ye lah nak tukar2 budaya. Boleh tengok tempat orang pula tapi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi di negeri sendiri.

    ReplyDelete
  6. Terbaik Malaysia. Memang bangga bila baca berita macam ni..Terbaik dunia tu. Baru tempat ke-10, kalau tempat 1st, mesti lagi seronok kan

    ReplyDelete
  7. Malaysia banyak tempat menarik yang kita sendiri tak habis explore. No wonder ramai pelancong asing suka dtg ke negara kita ni. Siap duduk lama pula tu kan. Dan tahniah Muar atas anugerah bandar terbersih. Bangga sangat kita.

    ReplyDelete
  8. Betul tu..Malaysia memang banyak tempat2 yang menarik dan menjadi tarikan pelancong datang ke sini. Sis pun masih banyak tempat lagi yang sis tak berkesempatan untuk jelajah..kadang2 malu pelancong asing dah jejak tapi kita lom jejak lagi.
    Memang bangga dapat duduk di Malaysia. Walau banyak jalan ke tempat orang..rasanya hati tetap di Malaysia

    ReplyDelete
  9. Wah bangga betul bila malaysia tersenarai antara 10 negara destinasi perlancongan terbaik dunia..byk tmpt2 menarik utk dilawati dan tempat makan sedap di malaysia ni kan..kita sdiri sbg rakyat msia pn tk abis lg jelajah smua tmpt menarik di msia kn

    ReplyDelete
  10. Whoa!!! hebat...at last teriktiraf juga kita ye. Malaysia memang cantik dan banyak hidden gems yang belum di terokai. Makanan pun banyak dan pelbagai. Bangga jadi Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakyat Malaysia memang bangga dengan yang banyak tempat menarik ni kan? Hihi.. Tahniah juga bandar Muar dapat anugerah hebat tu,lama juga tak ke Johor. Teringin nak ke sana tengok tarikan terbaru seperti Desaru Waterpark dan pulau cantik tu.

    ReplyDelete
  12. Bangga menjadi anak Malaysia dengan membaca laporan macam ni. Moga Malaysia kembali dikenali dengan adat dan budaya di dalamnya, bukan kerana politik semata.

    Ehhh auni duduk Malaysia tak sempat lagi round 1 malaysia. Huhu

    ReplyDelete
  13. Yeah Malaysia boleh! Dalam senarai negara tu ada berapa je lg yang khai Tak pergi. Macau best gak tapi Malaysia lgi best hehehe

    ReplyDelete
  14. Yes kalau tidak tak adalah Malaysia ni banjir dengan pendatang asing jer wakakak gurau jer tapi betul kat Malaysia ni memang banyak tempat menarik untuk dilawati.. Mungkin Kuala Lumpur akan masuk rekod sebagai bandar paling banyak mall satu masa nanti percaya lah.. hehehehe...

    ReplyDelete
  15. tak sangka plak. tapi malaysia ni memang cantik pun sebenarnya.. macam langkawi, johor, dan penang tu memang best utk bercuti. elancong dari luar negara ramai sebab mereka nak tempat panas

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah...tq kawan2 yang berikan komen yang positif....betul....BC juga bangga menjadi anak Malaysia...kagum dengan kemajuan demi kemajuan yang Malaysia kecapi....sekurang-kurangnya Malaysia dikenali dimata dunia...jika dulu2 org luar hanya kenal penduduk Malaysia dia tinggal di atas pokok...kini, tanggapan itu hilang sama sekali dengan kemajuan adanya tempat pelancongan yang menarik...apatah lagi bila Malaysia disenaraikan antara 10 yang terbaik....Syabazzzz Malaysia!!!

    ReplyDelete
  17. bangga sangat jadi rakyat Malaysia, selain tu juga rakyat Malaysia ramai yang melancong ke luar negara, kira adil dan saksama...orang datang ke negara kita dan kita pula datang ke negara orang...barulah best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu...bangga sgt rasannya menjadi anak malaysia....diiktiraf dimata dunia...10 yang teratas...syabass malaysia

      Delete
  18. good for malaysia! i think on another perspective is that how we as malaysian can help to keep that status as top 10 travel destination.

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Henry for your support to our country....lets help Malaysia to keep this top 10 travel tourism destination

      Delete
  19. Sepakat dan sangat elok Kuala Lumpur masuk dalam daftar 10 pelancongan terbaik. Buktinya saya 5 kali berkunjung ke KL selama 2018 ini hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Abby....bagaimana Kuala Lumpur?...nice place kan...

      Delete
  20. Bangga duduk dekat Malaysia..heehe..femes juga Malaysia ni kan..Siap masuk rekod 10 negara destinasi pelancongan terbaik..memang banyak tempat menarik dekat kl ni..kena pandai cari..kat sini pun pemandangan dah cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nadia....BC amat bangga menjadi anak Malaysia....jika dulu pernah dgr komen warga luar yang bertemu rakyat Malaysia diluar negara yang xkenal n xtau Malaysia dimana...tp sekarang..Malaysia dh terkenal di serata dunia...Syabassss Malaysia!!

      Delete
  21. Bangga Malaysia the top 10 kini telah dikenali oleh negara Lugar,Germanys pelancobgan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Halimah....bangga sangat jadi anak Malaysia...

      Delete