Review Film: PASKAL Filem Aksi Ketenteraan Malaysia Terbaik 2018 Setanding Filem Antarabangsa

January 28, 2019

PASKAL Filem Aksi Ketenteraan Malaysia Terbaik 2018



PASKAL...Filem ketenteraan Malaysia terbaik abad ini. Bonda pasti, ramai yang telah menonton filem ini dan sangat-sangat berpuas hati dengan jalan penceritaannya. Bonda adalah antara orang-orang terakhir yang pergi menonton filem ini. 

Dek kerana kesibukan sampai tidak punya waktu untuk menonton lebih awal. Teruja dengan komen dan review teman-teman yang telah pergi menonton lebih awal. Walaupun terlambat, Bonda dapat juga menonton filem ini. Walaupun terlewat untuk mengulas tentang kehebatan filem ini, Bonda tetap ingin melakukannya. 




10 Bintang Untuk PASKAL

Rating? Bonda bagi 10 Bintang!!...Tidak banyak filem ketenteraan Malaysia yang di tayangkan. JIka anda dibesarkan di era tahun 80an, pasti sinonim dengan filem Prebet Lapok filem ketenteraan komedi. Filem yang menarik dizaman era 80an.

2018 menyaksikan filem ketenteraan terbaik pada hemat Bonda. Jarang sekali Bonda menonton genre filem sebegini kerana tidak mampu melihat aksi ganas. Tetapi kali ini Bonda amat teruja dan seronok dengan jalan penceritaannya.

Setaraf Filem Antarabangsa

Filem aksi yang mempamerkan keberanian dan semangat kenegaraan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Filem ini bagi Bonda setaraf filem Antarabangsa! Babak-babak yang dilakonkan adalah penuh dengan aksi cemas, sedih, gembira yang dilakonkan dengan baik sekali oleh pelakon-pelakon hebat.

Filem ini memperlihatkan bagaimana pengorbanan seorang anggota tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga memberikan penonton satu pengajaran berkenaan semangat berpasukan dan juga pengkhianatan terhadap pasukan yang berlaku dikalangan anggota terlibat apabila matlamat tidak tercapai. 

Filem yang berdurasi selama 1 jam 55 minit ini penuh dengan aksi-aksi yang tidak seminitpun Bonda tertingal plot jalan ceritanya. Ini kerana garapan penceritaan terlalu mendalam dan bermakna. Penjiwaan watak-watak yang dilakonkan juga amat berkesan. Setiap pelakon hebat ini berjaya membawakan watak mereka dengan baik.




Berdasarkan Kisah Benar

Jika selama ini kita tidak pernah tahu siapakah tulang belakang didalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyelesaikan kes-kes jenayah lanun yang berlaku dilautan, Pasukan Khas Laut atau dikenali sebagai PASKAL adalah pasukannya. Kini kita amat berbangga dengan kejayaan dan pencaian kumpulan ini menjaga perairan Malaysia. Sudah pasti filem ini diinspirasikan dari kisah benar kejayaan pasukan ini dalam mempertahankan perairan negara kita. 

Filem yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit muda Andrian Teh dibintangi oleh pelakon hebat Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Gambit Saifullah, Taufik Hanafi, Hafizul Kamal dan ramai lagi bakat besar yang berjaya membawakan watak dengan baik. Filem ini telah diinspirasikan dari kisah sebenar sepasukan anggota unit elit PASKAL dalam misi merampas semula kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.



Raih RM2juga Kutipan Hari Pembukaan

Hari pembukaan sahaja menyaksikan filem ini meraih pendapatan sebanyak RM2juta!  Filem yang telah ditayangkan pada 27 September 2018 ini, hanya 18 hari tayangan, filem ini berjaya meraih RM22juta turut ditayangkan di Singapura, Turki dan Brunei. Filem ini menjadi filem ketiga tertinggi jumlah kutipannya sebanyak RM30juta.



Menonton Lebih Dari Sekali

Menerusi posting rakan-rakan di media sosial, ramai yang mengakui menonton filem ini lebih dari sekali. Termasuk juga ahli keluarga Bonda. Dek kerana ingin menemankan Bonda yang ketinggalan ini, maka ahli keluarga Bonda bersedia menonton untuk kali kedua kerana mereka berkata "inilah filem ketenteraan terbaik Malaysia. Ianya lain dari filem-filem yang ada di pawagam!"

Filem ini memperlihatkan latihan ketenteraan yang sebenar yang kita semua tidak ketahui. Malah tidak terjangkau difikiran kita kemampuan dan semangat anggota PASKAL ini menyertai latihan ketenteraan yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.



Sinopsis

Filem ini mengisahkan Left Komander Arman anggota pasukan PASKAL (TLDM) berniat untuk berhenti kerja kerana rakannya telah terkorban dan diberhentikan. Arman bagaimanapun terhimpit dengan misi terakhir yang perlu dilaksanakan iaitu misi merampas kembali kapal Dagang MV Bunga Laurel yang telah dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden. Disamping itu, ibunya juga tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya telah terkorban ketika menjadi anggota PASKAL. 

Tajuk: PASKAL THE MOVIE
Genre: Aksi
Pengarah: Andrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo




Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah dan team produksi yang berjaya membawakan sebuah filem ketenteraan bertaraf antarabangsa. Filem yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Filem yang meninggalkan memori yang mendalam pada yang menontonnya. 

SYABASS PASKAL!!



7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan Penjawat Awam Perlu Di Ketahui

January 27, 2019

"PENCEN" Terbitan Penjawat Awam



Sebelum pergi lebih jauh lagi, Bonda pasti ramai yang tidak mengetahui tetang Pencen Terbitan bagi Penjawat Awam. Mungkin hanya yang bekerja dengan kerajaan atau sektor awam sahaja tahu dan faham tentang ini. Untuk yang bukan bekerja dengan kerajaan, janganlah anggap ianya tidak penting pada anda untuk anda ambil tahu. Ianya mungkin bukan anda yang bekerja dengan kerajaan, mungkin adik beradik anda, ibu bapa anda, rakan-rakan anda atau juga pasangan anda. 

Jom kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Terbitan. Mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pencen Terbitan adalah tertakluk kepada KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN:

Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:
  • Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan 

Soalan 1
1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

Soalan 2
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan
Ganjaran – tidak dicukaikan 
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

Soalan 3
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Jawapan
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 4
4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan
Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan 
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 5
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

Soalan 6
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 7
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Bagi yang ada ahli keluarga, pasangan yang bekerja dengan kerajaan, ambillah tahu serba sedikit tentang Pencen Terbitan ini. Ianya untuk mengelakkan pertikaian berlaku dikemudian hari apabila penerima pencen tersebut meninggal dunia. 

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan bagi yang tidak mengetahuinya. 

Sumber: Perkongsian dari Group Whatsapp & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Sambutan Hari Lahir Bonda Chanteq ke 42 Tahun

January 23, 2019

ULANGTAHUN BONDA CHANTEQ KE 42 TAHUN



Hai...Assalammualaikum dan salam sejahtera dari Bonda Chanteq untuk pembaca semua. Entry kali ini agak santai sahaja Bonda coretkan buat tatapan anda semua. Tahun 2019 ini telah menambah setahun usia Bonda. Januari ini adalah bulan ulang tahun kelahiran Bonda. Yang keberapa?...Yang ke 42 tahun...dah meningkat usia Bonda tahun ini. Alhamdulillah, dipanjatkat syukur kepada Allah yang telah memberi peluang menghirup nafas segar selama 42 tahun dimuka bumi ini.

Sambuatan ulangtahun kali ini simple saja. Kalau nak tahu, anak bujang Bonda plan semua ni. Kebetulan pula Bonda waktu ini telah mengalami sakit gigi yang sangat-sangat teruk. Tapi kerana anak Bonda dah plan nak bawa keluarga keluar makan jadi Bonda gagahkan juga.


Inilah sebahgian keluarga besar Bonda. Bonda mempunyai 4 orang anak saudara

Sambutan ulangtahun ni Bonda sambut sekali bersama-sama kakak sulung Bonda yang juga lahir pada bulan January tetapi berbeza tahun. Setiap tahun kebiasaannya memang kami akan sambut bersama-sama jika berada ditempat yang sama. Sambutan kali ini walaupun tak cukup korum, Ahlamdulillah meriah dan berjalan lancar. Walaupun suami bonda tidak dapat hadir bersama kerana bertugas diluar daerah, ketiadaan adik bongsu, abang dan kakak ipar yang last minit ada kecemasan, tetap meriah.

Sambutan ulangtahun kali ini anak bujang Bonda bawak kami sekeluarga menjamu selera di K-Fry One Utama. Sambutan kali ini tidak ada kek hari jadi. Jemu kiranya setiap kali sambut birthday potong kek. Jadi, jamu selera memadai. Sudah tentulah ianya sejenis makanan Korea. Errrmmm....entah manalah darah Korea ada mengalir yang minat sangat dengan makanan Korea tu. Walaupun Bonda bukanlah penggemar makanan Korea, pertama kali kesini dan menikmati kesemua menunya sedap-sedap belaka. 

Tambahan pula anak-anak saudara Bonda memang sukakan makanan Korea. Maklumlah...sekarang inikan anak-anak kecil memang terpengaruh dengan K-Pop...Mereka apa lagi....Bila abang besar nak belanja, terus bersiap tanpa berlengah. 

Menu Pilihan Anak Bonda


Kalau nak tahu apa menu pilihan anak Bonda, boleh tengok gambar-gambar dibawah. Semuanya sedap-sedap belaka. Walaupun bukan penggemar makanan Korea, Bonda tersuka pula makanan disini. Bonda serahkan keputusan memilih menu makanan kepada anak bujang sorang ni..Maklumlah...Anak tunggal...Intan payung buah hati pengarang jantung Bonda...Jadi, biarkan dia yang memilih untuk mamanya. Syaratnya...mama tidak boleh cerewet!!...(Walaupun dia sedia tahu yang mamanya seorang yang OCD tinggi)...Birthday girl tidak boleh banyak 'songeh' katanya.














Minuman Pilihan

Minuman pilihan kali ini, Bonda memilih Lychee Rita yang mengandungi Apple Barbican Soda bersama Blanded Lychee Flavor dan Strawberry Rita mengandungi Apple Barbican Soda bersama Blanded Strawberry Flavor. Uniknya air ni boleh diminum untuk 3 - 4 orang. Jadi, jimat lah sedikitkan. Minuman lain pula, kami pilih air tembikai. 




"Mango Bingsoo"
Pencuci Mulut yang diberi nama "Mango Bingsoo"

Pencuci Mulut 

Pencuci mulut atau dessert ni terdiri daripada potongan buang mangga dan juga pati manggo yang di curahkan didalam mangkok. Apa sebenarnya "Mangao Bingsoo" ni? Mango Bingsoo ni samalah macam ABC kita kt Malaysia ni. Lapisan bawah sekali diletakkan Mangga yang dah dikisar jadi macam pati pekat dan juga air batu yang dikisar halus sehalusnya macam ABC. Sekali pandang nampak macam aiskrim, tetapi sebenarnya adalah kisaran air batu yang betul-betul halus. Macam serbuk dan debu. Dilapis semula dengan Mango yang dikisar diselang seli dengan air baru kisar. Dibahagian atasnya airbatu kisar tadi dilitupi dengan potongan buah mangga. Dan diatas sekali diletakkan sebuku aiskrim vanilla yang dituangkan dengan pati mangga tadi. Rasanya?....Perrrhh!!...sedappp sangat!!...semangkok boleh makan 5 orang. Berbaloikan!!





Jumlah Bill?
Nak tahu berapa jumlah Bill makan malam tu?...Total Bill lebih kurang RM300.00++....nampak macam mahal...tapi Bonda rasa harganya berpatutan dengan kuantiti yang disediakan...berbanding jumlah orang yang didalam group kami yang makan disana. Sebenarnya banyak lagi kuantitinya...cuma gambar yang diambil tidak menyeluruh...nak buat macammana...penulisnya tengah sakit gigi... mengharapkan orang lain ambilkan gambar, agak mengecewakan....hahahahhaha.... Memang sedap makanan disini..Mesti anda semuapun teringin nak merasai menu di K-Fry ini kan?...Bolehlah mencuba makanan Korea ini.

Bonda nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga Bonda teruma ibu Bonda yang dah melahirkan Bonda dan membesarkan dengan penuh kesabaran. Sentiasa bersama dengan Bonda di setiap waktu susah dan senang. Terima kasih untuk anak Bonda yang berusaha plan raikan sambutan hari lahir Bonda tahun ini. Terima kasih juga kepada adik beradik Bonda yang selalu ada bersama-sama Bonda walau dalam keadaan apa jua. Daannnnnnnn....terima kasih untuk sahabat-sabahat yang mengenali Bonda yang telah memberi ucapan Hari Lahir buat Bonda.




Bonda sayang kamu semua!!


Audience "UNKNOWN REGION" Antara Pembaca Blog Bonda Chanteq?

January 23, 2019

"Unknown Region" Audience di Statistic Blog Bonda Chanteq




Terkejut dengan kewujudan "UNKNOWN REGION"

Kisah hari ni kisah agak mengejutkan apabila Bonda membuka ruangan Stats di Blog Bonda Chanteq. Agak terkejut hari ni kerana senarai audience yang membaca entry di blog Bonda terdapat "Unknown Region" iaitu sebanyak 15 pageviews atau pembaca.

Bondapun kurang arif tentang ini. Adakah ianya keadaan yang biasa bagi penulis-penulis online seperti bonda atau sebaliknya. Tapi bagi Bonda ianya sesuatu yang agak asing dimana sepanjang dalam pengetahuan Bonda belum pernah lagi ada negara yang dicatatkan sebagai "Unknown Region" ataupun negara yang tidak diketahui/dikenali.

Dari pagi hingga kemalam, tidak habis fikiran memikirkan apakah yang berlaku pada blog Bonda ini. Bagaimana "Unknown Region" boleh tersenarai didalam Statistic pembaca didalam blog Bonda Chanteq ini. Adakah blog ini dilayari dari angkasa lepas? Atau dilayari dari negara yang masih belum lagi mempunyai nama? Atau dilayari dari planet lain? Adakah ianya cubaan untuk memanipulasi blog yang ditulis? Jika benar, apakah kesan "Unknown Region" kepada blog stats?

Mungkin pembaca akan merasa sedikit tidak logik dengan entry kali ini, tetapi Bonda ingin berkongsi pengalaman yang belum lagi Bonda lalui sebelum ini. Pada mana-mana online writer yang pernah alami perkara yang sama dengan Bonda, boleh juga berkongsi pendapat.

Statistik Audience ini dari 16 Januari 2019 hingga 23 Januari 2019.


Jika dilihat senarai pembaca / pageviews terdiri daripada beberapa buah negara seperti:

United States
Netherlands
Malaysia
India
Russia
France
Poland
Romania
United Arab Emirates

Bagi nama-nama negara ini tidak asing lagi bagi Bonda di blog ini. Cuma kali ini terdapat didalam senarai "Unknown Region" yang menjadi pembaca Blog Bonda Chanteq. Sesuatu yang agak muskhil belaku ketika ini. Diharapkan ianya tidak memberi kesan  kepada Blog ini. Walaubagaimanapun, Bonda mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca  setia sekalian yang sudi melayari Blog Bonda Chanteq.





PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI (PAPUH) ANJUR PAMERAN UMRAH DAN PELANCONGAN ISLAM - ZON UTARA

January 23, 2019

PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI (PAPUH) ANJUR PAMERAN UMRAH & PELANCONGAN ISLAM KALI KE 2 - ZON UTARA

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Bumiputra Malaysia (PPBM) mengambil langkah untuk menyokong usaha kerajaan dalam mempromosi dan memperkenalkan pelbagai produk pelancongan termasuk pekej-pakej umrah dan Pelancongan Islam dalam memperkasakan Industri Pelancongan Islam di Malaysia dan diluar negara.

Oleh yang demikian, PAPUH & PPBM mengambil peluang untuk mengadakan PAMERAN UMRAH & PELANCONGAN ISLAM seperti butiran dibawah:-


Tarikh
:
17 Februari - 19 Februari 2019
Masa
:
10:00 Pagi - 09:00Malam
Tempat    :
RUANG LEGAR


WISMA PKNK, JALAN SULTAN BADLISHAH


05000 ALOR STAR, KEDAH

Objektif penganjuran Pameran Umrah & Pelancongan Islam ini diadakan adalah sebagai salah satu langkah memperkenalkan produk-produk pelancongan Islam kepada orang ramai disamping menjalani Ibadah Umrah di Makkah Al-Mukarramah.

Justeru itu, Penganjur amat berbesar hati untuk menjemput Tuan/Puan menyertai  pameran ini bagi bersama-sama menjayakan promosi produk Pelancongan Islam di Malaysia. Pihak  Penganjur menawarkan kiosk dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM500.00 setiap kiosk kepada syarikat-syarikat yang berminat menyertai pameran ini. Penyertaan ini terbuka kepada semua Agensi Pelancongan dan Hotel. Sekiranya pihak Tuan / Puan telah mempunyai kiosk sendiri, pihak Penganjur berbesar hati memberikan diskaun sebanyak RM30.00.




Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dato’ Haji Jeffri Sulaiman 019-215 7116. Sekiranya Tuan / Puan berminat untuk mengambil bahagian dalam pameran ini, sila kembalikan borang penyertaan berserta slip bayaran kepada kami. Pembayaran hendaklah dibayar kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH) pada atau sebelum 11 Februari 2018. Kerjasama dan sokongan Tuan amatlah dihargai.


Tentang PAPUH



Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH) telah ditubuhkan pada 18hb Jun 2015. PAPUH telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-18062015.

PAPUH telah pun mempunyai lebih dari 200 ahli yang terdiri dari agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Ahli-ahli PAPUH adalah terdiri dari agensi pelancongan seluruh Malaysia yang menjalankan perniagaan Haji  & Umrah dan mempunyai LESEN KHAS UMRAH (LKU). PAPUH merupakan badan wakil kebangsaan bagi keseluruhan industri pelancongan UMRAH DAN HAJI di negara ini.

Objektif PAPUH adalah untuk mempromosikan kepentingan industri pelancongan UMRAH & HAJI. PAPUH berperanan membantu ahli-ahli untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli didalam industri UMRAH & HAJI. PAPUH bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, membantu menganjurkan pameran, seminar, konvensyen dan bengkel untuk mewujudkan kesedaran awam mengenai industri pelancongan serta memberi manfaat kepada anggotanya.

OBJEKTIF

1. Menyatupadukan, menyelia dan menyelaras aktiviti ahli-ahli.
2. Untuk membuat publisiti, mempromosi, menggalakkan industri UMRAH & HAJI

3. Untuk membuat pertimbangan atau keputusan rasmi mengenai masalah yang dipertikaikan dan menyelesaikan sebarang perbezaan yang mungkin timbul antara ahli

4. Untuk membangunkan persahabatan dan tujuan bersama di antara ahli-ahli

5. Menjadi wakil bagi pihak ahli kepada Kerajaan dan semua organisasi yang mana Persatuan mempunyai kepentingan bersama.

6. Untuk menggalakkan piawaian etika tertinggi dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

7. Untuk mengkaji dan mempromosikan industri UMRAH & HAJI

8. Untuk mendidik orang ramai mengenai fungsi pelancongan dan ejen pelancongan UMRAH & HAJI.

9. Untuk tidak menggalakkan persaingan yang tidak sihat tanpa mengganggu inisiatif dan menjalankan perniagaan berdasarkan persaingan adil.

PERSATUAN AGENSI UMRAH & HAJI (PAPUH)

NO 25A, JALAN PINANG E, 18/E
SEKSYEN 18
50200 SHAH ALAM
SELANGOR
03-5549 3188
fb: Papuh Msia


" Jom sama-sama meriahkan Pameran UMRAH & PELANCONGAN ISLAM"






Sandwich Cheese Hidangan Istimewa Sarapan Pagi Bonda Chanteq

January 20, 2019

SANWICH CHEESE SAJIAN SARAPAN PAGI DARI DAPUR BONDA CHANTEQ



Entry kali ini Bonda bawakan sajian ringkas sarapan pagi Bonda sekeluarga sementelah cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Thaipusam. Sesekali Bonda ubah pula citarasa untuk menikmati sajian lain dari yang lain. Jika selalunya sarapan pagi Mee Goreng, Mee Hoon Goreng, Nasi Lemak, kali ini Bonda tukar selera pula.



Sandwich Cheese, resepi yang Bonda olah untuk menepati selera dan citarasa. Asalnya adalah Sandwich biasa tetapi Bonda jadikan ianya resepi isteimewa Bonda sekeluarga. Bosan juga jikalau makan Sandwich yang sama sahaja. Alhamdulillah, Sandwich Cheese ini disukai oleh semua ahli keluarga Bonda.


Dari mana Bonda mendapatkan idea baru ini? Bila selalu makan sandwich yang sama saja, terfikir juga apakah yang boleh diolah menjadikan ianya menu istimewa untuk sarapan pagi dihari cuti ini. Maka terhasillah Sandwich versi Bonda Chanteq.


Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Job baca cara-cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sardin
Roti
Bawang
Cili Hijau
Marjerin
Chedar Cheese



Sapu marjerin pada roti
Masak sardin bersama hisisan bawang merah dan cili hijau
Setelah siap dimasak, belah sardin dan keluarkan tulang ikan tersebut
Kemudian lecek dan hancurkan ikan sardin 
Potong Cheese dan letakkan pada roti yang telah disapu marjerin
Sapukan sadin yang dihancurkan pada roti yang telah diletakkan cheese
Lekatkan kepingan roti dan bakar atas kuali non stick
 Guna api kecil bakar perlahan hingga cheese cair dan roti garing




Tadaaaaaaa....dah siap...resepi Bonda....
Selamat mencuba...

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN DATO' SRI SITI NURHALIZA!

January 11, 2019

 DATO' SRI SITI NURHALIZA SAMBUT ULANG TAHUN KE 40




Hari ini 11 Janyari 2019 adalah ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor Malaysia Dato' Sri Siti Nurhaliza Taruddin. Siapa yang tidak mengenali beliau? Antara artis tanahair yang berjaya mencipta nama bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Sebut sahaja Siti Nurhaliza, pasti tidak ada yang tidak megenali beliau.




Beliau adalah artis yang Bonda minati sejak kemunculan beliau dari tahun 1996 lagi. Banyak lagu-lagu beliau ditahun itu menjadi kegemaran Bonda. Suaranya yang lunak memang tiada tandingan. Beliau memang layak diberi pengiktirafan dan icon kepada masyarakat. Mempunyai budi pekerti yang luhur, lemah lembut menjadikan beliau diminati semua golongan masyarakat. 



Antara lagu-lagu beliau yang bonda suka sangat adalah Wajah Kekasih, Kesilapanku Keegoaanmu, Azimat Cinta, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Aku Cinta Padamu dan banyak lagi. Pendek kata semua lagu-lagu beliau Bonda suka. Macam-macam kenangan mengusik jiwa jika mendengar lagu beliau. 

Hari ini hampir semua stesen radio membuat liputan khas bersempena hari kelahiran diva kesayangan kita ini. SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 40 DATO' SRI SITI NURHALIZA!!. Semoga dirahmati dan berjaya.


 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq