Cabut Gigi? Antara Trauma, Takut Atau Berani? Jom Ikuti Kisah Bonda Chanteq Cabut Gigi Di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh




Cabut Gigi? Antara Trauma, Takut Atau Berani? Jom Ikuti Kisah Bonda Chanteq Cabut Gigi Di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh | Penjagaan gigi adalah temasuk didalam salah satu gaya hidup manusia dimana ianya adalah penting bagi setiap individu. Bila terasa sakit gigi terutamanya jika disebabkan gigi berlubang apa yang terfikir didalam kotak fikiran kita adalah "cabut gigi". Sebelum itu, ramaikah diantara kita yang akan ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian bagi menjaga gigi kita? Bonda pasti, ramai dikalangan kita jika tidak benar-benar sakit gigi, kita tidak akan ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan penjagaan awal seperti 'scalling'. Kita akan biarkan sahaja 'karies' beranak pinak di gigi kita. 

Jika diimbas kembali, semasa kita di sekolah rendah setiap beberapa bulan akan ada 'misi' datang ke sekolah untuk check gigi kita. Ketika itu, hampir kesemua kita ketakutan bila 'misi' sampai bersama alatan-alatan pergigian. Betulkan? Bukan kita sahaja yang macam tu, anak-anak kecil kita yang bersekolah juga melalui fasa yang sama seperti kita. Masa inilah kita akan memujuk anak kecil kita supaya jangan takut. (Walhal sebenarnya mak masa kecilpun sama penakut bila misi datang sekolah).

Entry kali Bonda bawakan anda pengalaman cabut gigi yang sudah berbulan-bulan bermasalah kiranya. Pengalaman Cabut Gigi Bersama Dr Fais Di Klinik Pakar Pergigian Komprehensif UiTM Sg Buloh. Nak tahu klinik mana yang menjadi pilihan hati Bonda untuk cabut gigi? Sudah pastinya Klinik / Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh. Kenapa pilih UiTM? Sebab "UiTM Dihatiku"...hahahha...

Jom ikuti prosedur yang perlu Bonda jalani sebelum cabutan dibuat. Sebelum prosedur dijalankan, alatan-alatan mestilah dipastikan telah di 'sterilize' terlebih dahulu dan bebas kuman. Gambar dibawah adalah alatan-alatan untuk mencabut gigi yang akan digunakan. Takutkan?...hahahaha...Seram bila tengok alatan ni...macam-macam saiz ada. Sebelum itu Bonda nak kenalkan doktor yang merawat Bonda iaitu Dr Fais Nasaruddin. 



Sebelum doktor nak cabut gigi graham yang berlubang dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi, maka Dr Fais memberi penerangan cabutan perlu dibuat kerana jika tidak dicabut, Bonda akan menanggung kesakitan. Berbulan-bulan Bonda merana menanggung kesakitan yang amat sangat. Menurut Dr Fais, gigi graham Bonda sudah dijangkiti kuman dan telah bernanah. Sebelum mendapatkan rawatan ini, Bonda terlebih dahulu ke klinik biasa mengambil antibiotik bagi membunuh kuman dan menghilangkan nanah berkenaan. Sekarang, nanah itu telahpun hilang. Jadi cabutan boleh dibuat. 


Menurut Doktor lagi, ketika sakit dan kita tengah makan antibiotik, cabutan tidak akan dibuat ini kerana, ubat pelali tidak akan berfungsi. Jika cabutan dibuat juga ianya seperti mencabut gigi hidup-hidup tanpa 'bius'. Jadi, jika anda mengalami masalah gigi berlubang dan hukumnya untuk dicabut dan ketika itu anda sedang kesakitan akibat 'infection', perlu dirawat jangkitan kuman terlebih dahulu. Setelah benar-benar baik, barulah cabutan akan dibuat. Ok lets forward to the procedure.


1. Suntikan Ubat Pelali / Bius

Nak cerita pasal ubat pelali atau bius yang disuntik kepada Bonda. Bahagian ini adalah yang paling penting. Jika bius yang digunakan tidak sesuai, kemungkinan cabutan ini tidak dapat diteruskan. Kerana Ubat pelali yang digunakan adalah jenis 'high dose'. Kenapa 'high dose?' Kisahnya begini. Bonda mempunyai masalah saraf yang sangat sensitif kepada kesakitan. Ianya juga memberi kesan kepada saraf yang membuatkan menjadi gusi kebas yang lambat befungsi. Kenapa begitu? Tiada jawapan. Dalam sejuta manusia, kes seperti bonda hanya 1%-2%. 

Jika manusia normal selepas disuntik hanya mengambil masa seminit untuk kebas, tetapi tidak Bonda. Jika manusia biasa hanya dengan 1/2 tube sahaja gusi telah kebas tetapi tidak Bonda. Bonda memerlukan lebih kurang 2-3 tube bius "high dose" untuk memerlukan gusi Bonda benar-benar kebas dan mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk ubat bius berkenaan bertindak balas. Scarrykan?

Tetapi kali ini alhamdulillah Doktor hanya menggunakan 1 tube penuh + 1/2 tube ubat bius untuk suntikan ini. Doktor dah standby 3 tube "high dose" ubat bius. Syukur juga cabutan kali ini tidak mempunyai masalah seperti cabutan yang lepas-lepas. Selepas 5-10 minit, Gusi sudahpun mula kebas. Sakitkah masa injection? Of course sakit. Sebabnya saraf bonda amat sensitif. 

Jikalau manusia biasa mendapat luka atau cedera, mereka akan merasa sakit, kesakitan itu Bonda akan rasai 3-4 kali ganda. Bonda mengalami sakit yang teramat sangat. Sebab itulah, untuk perkhidmatan cabutan gigi ni, seorang Doktor pakar dari Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh yang juga seorang Pensyarah Pergigian iaitu Doktor Fais yang merawat Bonda sejak hampir 10 tahun yang lepas bersedia mengambil kes Bonda ini. Bonda juga memilih untuk tidak menukar Doktor kerana beliau telah begitu memahami masalah saraf yang Bonda alami. 




2. Proses Melonggarkan Gigi

Setelah ubat bius sudah menjalankan peranannya untuk kebaskan gusi setelah mengambil masa lebih kurang 5-10 minit, Proses "melonggarkan" gigi tersebut daripada gusi. Seperti yang kita sedia maklum, gigi punyai akar dan kedudukannya dialam gusi yang mempunyai berbagai-bagai saraf yang mengikat gigi tersebut. Maka gigi tersebut perlu dilonggarkan sebelum cabutan dibuat.


Proses melonggarkan gigi berkenaan mengambil masa dalam 10-15 minit. Setelah betul-betul "longgar", barulah proses cabutan dilakukan. Rasanyaa?...hahahhaa...takut, seram semua ada. Namapun cabut gigikan. Tapi sebenarnya kita tidak perlu takutpun untuk cabut gigi. Yang kita takutkan adalah kesakitan yang akan kita alami. Itu sahaja.





Prosess melonggarkan gigi dari gusi ni menggunakan "tools" khas seperti pencangkuk. Ada 5 Saiz alatan yang digunakan untuk melonggarkan gigi Bonda (tools diluar tray) . Masa ni tak adalah rasa apa sebab ubat bius masih lagi berfungsi.




3. Proses Cabutan 

Setelah gigi graham yang nk dicabut sudahpun "longgar", maka Doktor memulakan proses cabutan. Oleh kerana graham ini telah hilang separuh dari struktur giginya, maka ianya sedikit sukar untuk proses cabutan dilakukan.

Setelah hampir 15 minit usaha menanggalkan gigi berkenaan akhirnya menemui kejayaan!!...haaa masa ni Bonda rasa hilang semua azab dan kesakitan yang berbulan-bulan ditanggung. Rasa dapat kehidupan semula yang berbulan dah hilang....hahahhaha..

Jka disebut bab sakit gigi ni, memang tiada siapapun yang "willing" ke klinik gigi untuk rawatan penjagaa jika tidak mengalami sakit yang tidak boleh ditahan. Kerana itulah, Bonda telah berikan pendedahan kepada anak dan anak-anak saudara berkenaan membuat rawatan pergigian dan penjagaan gigi. Kerana kita memang dari kecil "diomokkan" dan "ditakutkan" berkenaan cabut gigi.

Jika kita perhatikan, tidak ramai dalam masyarakat kita yang prihatin terhadap penjagaan gigi. Ianya adalah salah satu "lifestyle" kita sebenarnya. Lebih kepada kesedaran bertapa pentingnya penjagaan gigi didalam kehidupan.


Untuk cabutan kali ini, Doktor Fais dibantu oleh Doktor Hafiza pelajar postgradnya yang telah menamatkan pengajian MASTER Pergigian. Ianya juga sebagai salah satu latihan kepada beliau untuk kes-kes terpencil seperti Bonda. Memang sangat jarang kes seperti Bonda ini berlaku. Maka, cara pengendaliannya juga berbeza sedikit dari kes biasa. 





Inilah gigi graham Bonda yang berjaya dicabut. Hahahaha...Teruk sungguh keadaannya.
Menurut Dr Fais, ianya sudah tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu dicabut.

Berakhirlah penderitaan Bonda selama beberapa bulan ini

4. Penjagaan Selepas Cabutan

Memandangkan proses penyembuhan bagi Bonda tidak seperti orang lain, maka Bonda haruslah lebih berhati-hati. Jika tidak, proses penyembuhan akan melalui saat yang sukar, Maka Bonda memilih untuk menu bubur dan juga ikan bilis goreng yang ditumbuk halus. 

Alhamdulillah cabutan kali ini tidak memerlukan jahitan. Walaupun kesakitannya selepas habis ubat bius agak terasa, tetapi Bonda telah bersedia dengan ubat tahan sakit agar sakitnya tidak berpanjangan. 

Untuk beberapa hari selepas cabutan dibuat, Bonda hanya makan bubur sahaja. Tips untuk yang mencabut gigi elakkan makan ayam atau daging semasa dalam "pantang" kerana ianya mengangkut "bisa". Pada sesetengah orang yang "alah" ayam dan daging seperti Bonda pasti akan merana kesakitaan. 

Atas nasihat Doktor Fais, paling mudah untuk merawat kesat cabutan gigi adalah dengan makan "aiskrim". Ianya akan mengecutkan saraf dan memberhentikan darah. Maka, ianya adalah rawatan "rumah" yang terbaik.







Klinik Pakar Rawatan Komprehensif UiTM Sg Buloh

Tempat Menunggun yang selesa


8 Sebab Bonda pilih UiTM dan tidak klinik lain. 

1. Bonda adalah anak didik UiTM, mestilah pilih yang terbaik...hahahha..
2. Mesra pelanggan
3. Kakitangan yang baik-baik, comel-comel, handsome-handsome belaka
4. Consultancy yang jelas dan puas hati
5. Rawatan yang komprehensif
6. Caj rawatan yang sangat minima dan berpatutan
7. Pelanggan diberi pilihan samada untuk mendapatkan rawatan berbayar atau percuma (yang ini Bonda akan ceritakan didalam Entry Pengalaman Pemakaian Braces Bersama Luqman Hakeem)
8. Layanan Ekslusif




Dr Mohd Fais bin Nasruddin

Jom kenali siapakah Doktor Fais yang merawat Bonda Chanteq.

Nama sebenar adalah Dr Mohd Fais Bin Nasaruddin. Beliau telah berkhidmat didalam sektor pergigian selama 11 tahun, 2 tahun berasama Kementerian Kesiahatan Malaysia dan 9 tahun bersama Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau ketika ini berkhidmat bersama Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan Pergigian Komprehensif (DUG 54). Beliau mempunyai Pendidikan BDS, University Malaya, PhD in restorative dentistry UCC, Ireland. Kepakaran Utama beliau- CAD/CAM dentistry.




Jikalau anda nak tahu, Dr Fais telah merawat Bonda dan keluarga selama hampir 10 tahun. Jadi Bonda memang amat berpuas hati dengan rawatan beliau kerana beliau selalu sahaja memberikan pendapat yang terbaik dan solusi yang patut untuk menangani masalah gigi kami sekeluarga. Beliau juga seorang yang sangat-sangat peramah, baik hati dan suka membantu sekiranya Bonda memerlukan pertolongan bila gigi bermasalah.



Dalam gambar diatas, Dr fais telah memberi peluang kepada anak Bonda untuk merasai pengalaman sebagai pembantu Doktor Pergigian. Satu pendedahan yang tidak pernah lagi anak Bonda dapat dan ianya adalah peluang yang tidak ada selalu. Sambil itu, Dr Fais menerangkan tentang apa yang perlu dibuat, apa permasalahan yang ada kepada anak sebgai pengetahuan beliau. Jadi Bonda amat berterima kasih kepada Dr Fais yang banyak membantu Bonda sekeluarga dalam berdepan dengan masalah pergigian.

Anda yang ingin mendapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh bolehlah datang ke Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh. Pelbagai rawatan disediakan dari peringkat umor kanak-kanak hingga dewasa.

Untuk ketrangan lanjut boleh hubungi:-

Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)


Tahniah Dr Fais, Tahniah UiTM!!



27 comments:

  1. alamak, lama dah tak pernah cabut gigi. Tampal gigi ada la. Ngilu pulak tengok orang cabut gigi. huhuhu. seronok anak bonda dapat join sekali. mesti dia excited bila dapat peluang macam tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa...iza...kalo sebut pasal gigi ni....org kata taubat nasuha laa xnk p cabut...ada org sanggup menanggung sakit dari p cabut gigi....hahahahha...tp mcmmana pn Bonda beranikan diri jgk...kalo kita x cabar diri hadap benda ni...nk tahan sakit sampai bila kan....hahahha...ank bonda tu mmg suka laa dia...dpt bwt benda yang dia xpenah bwt...sambil tu dr terangkan kt dia...otw balik dia pn cerita kan kita apa dr cakp kt dia...

      Delete
  2. pernah jugak cabut gigi geraham tapi yg jenis 3 kaki tu..perghhhh mencabar betul doktor nak keluarkan gigi tu walaupun dia lelaki, bangsa singh lak tu. terpaksa la dia goyang2 skit kepala kita nih. Tapi lepas cabut gigi yg rosak buat sakit...at least lega dah tak tanggung derita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...tp seksa gak laa nk hadap proses cabut tu kan...kuat gigi tu...mcm xnk lepas dari tuan nya...hahahha

      Delete
  3. Harga Bonda cabut gigi tu berapa ye??? Tapi mesti Sabtu klinik tu tutup kan.... mmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabtu mmg tutup...chris, kalo yg buat doktor pakar, ada bayarannya...tp kalo yg bwt nya student master free je...mcm bonda hari tu, kebetulan dr faiz tangan dia injured....jadi kes bonda dibwt oleh dr hafiza pelajar master yg dh grad...tp dipantau oleh dr faiz...jadi free laah cabutan tu...kalo doktor yg cabut pn kos nya masih dibawah rm100 berbanding di klinik swasta..

      Delete
    2. Salam bondachanteq, kalau kita orang biase pergi uitm terus boleh ke? atau kena refer klinik kerajaaan dulu baru boleh pergi UITM? student yang tengok tu ramai ke ? Harini baru rasa sakit gigi.

      Delete
  4. Alahai ZH...seriau SA tengok semua gambar tu..kalau SA memang tak la..dah betul2 sakit pun nak pergi tu mesti ada kerisauan..apasal ntah macam dah jadi kebiasaan plak..sebenarnya SA kena buang gigi geraham bongsu ni tau..mmg kena buat operation..tapi sampai sekarang x buat pape lagi...takutttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA...ini pn makan tahun jgk sebenarnya bertahan...mula lubang xbesar...dr advise jgn cabut..syg..gg elok lg...boleh diselamatkan dgn nk bwt crown bagai...tp dek sibukk..lama2 gg pecah n xleh dah nk selamatkan...sudahnya...menderita bukan sikit...berbulan...dh cabut ni..lega...masalah graham bongsu mmg kena operate...kalo kos diluar anggaran antara rm700-1500...tp kalo di uitm ni ada dua pilihan....kalo nk dr sahaja bwt tanpa ada student tgk kos cuma rm 400...kalo ada student tgk rm50 or free je...

      Delete
    2. Salam bondachanteq, Nak tanya , boleh datang terus UITM sg buloh atau kena refer klinik kerajaan dulu? dan lepas tu ramai ke pelajar tengok kita bonda?

      Delete
    3. Wsalam Bunga Liky...boleh terus datang ke uitm sg buloh...mula2 kena pegi day care klinik dulu...lps dr check, minta refer utk bwt treatment selanjutnya...contoh nk bwt gg palsu...boleh juga bunga lily email bonda nama, no ic, no telipon nnti bonda minta pelajar yg cari patient utk hubungi bunga.....biasa seorg pelajar seorg patient

      Delete
  5. Seriau tengok tools yang tajam2 tu. Murni last cabut gigi masa sekolah rendah..so far, sampai loni tak pernah rasa sakit gigi atau gigi rosak..cuma murni hanya menderita bila geraham bongsu nak tumbuh..loni dah tumbuh semua 4 batang..lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha...mau x seriau nya....ngeri...tp kena gagahkan diri berani sbb xsanggup sakit...

      Delete
  6. I takut dengan cabut gigi. Ngeri and hope tak akan experience such things again. Ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha....everybody scared when talk about cabut gigi....hope kita semua xdpt lagi sakit gigi

      Delete
  7. Aduhai bonda. Seram sejuk pulak sy rasa bonda cerita pasal cabut gigi ni.
    Sy tiap minggu jumpa pakar dental. Sebab hal operate buka rahang.
    Tu pun dah rasa seram dah walaupun sekadar check biasa je. Kalau cabut gigi tak boleh bayangkan macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...seram mmg seram...tp bila sakit dh xboleh tahan...menyerah kalah akhirnya

      Delete
  8. Aduh-aduh... saya trauma cabut gigi , last cabut gigi tahun 2005 lebih kurang rasa 15 tahun, insaf dah tak nak cabut lagi... proses menahan sakit selama 2 minggu darah tak henti memang ingat sampai sekarang.

    ReplyDelete
  9. Eshhh kalau cakap nak gi klinik gigi pun dah mengeletar..inikan pula nak cabut gigi. Aduhaiii seriau sis dibuatnya..rasanya salah satu benda yang paling takut ni lah..jumpa doc gigi, tapi tak nak jaga gigi..hahaha

    ReplyDelete
  10. Huhu.. ada pengalaman cabut gigi.. mula2 takut tapi bila rasa tak tahan sangat sakit gigi tu datang.. terus nekad nak pi cabut je.. mujur bila dah cabut lega dah. hehe..

    ReplyDelete
  11. Seramnya tengok gigi kena cabut hehehe. Saya kalau sakit gigi memang fobia. Tapi hospital subgai buloh nampk complete segala peralatan

    ReplyDelete
  12. Sis i takut betul nak pergi dentist, dekat dengan dentist pun i takut. Bunyi drilling tu macam la sampai ke otak... nyilu betul.

    ReplyDelete
  13. Aduuhhh mmg paling takut nak jumpa doktor gigi laaaa 😂

    ReplyDelete
  14. Ngerinya tgk.. Terima kasih atas perkongsian informasi nie.. Rupanya bagus mkn aiskrim pas cabut gigi. & aiskrim tue nampak sedap.. Terliur nak mkn aiskrim plak.. Hehhe

    ReplyDelete
  15. such an experience, to visit to the dental clinic... scary but hv to go if teeth got problem... brave brave

    ReplyDelete
  16. serammm ..last masa sekolah jer.. yang baru2 cuma tampal gigi. itupun ngilu sangat..

    ReplyDelete
  17. hahaha saya kena 4 dose baru kebas

    ReplyDelete

Powered by Blogger.