Misha Omar Rangkul Vokal Terbaik, Sufian Suhaimi Rangkul Persembahan Terbaik Di AJL33

 Tahniah Misha & Sufian!


Pemenang Vokal Terbaik


Tahniah Misha Omar atau sekarang ini dikenali sebagai kak Mitch!...Demam AJL33 masih lagi terasa walaupun dah beberapa hari berlalu. Finalis-finalis yang masuk ke peringkat akhir bukan calang-calang hebatnya. Misha Omar, tidak asing lagi dalam dunia nyanyian. Bonda minat betul dengan Misha Omar ni sejak dari awal pembabitan beliau dalam dunia seni. Suara beliau memang mantap. Menyanyi live dan dalam recording tidak jauh beza.

Untuk AJL33 kali ini, Misha sememangnya layak memenangi Vokal Terbaik! Tahniah Misha. Disamping lagu dan lirik lagu Sampai Bila yang betul-betul menyentuh jiwa pendengar. Jadi tidak hairanlah jika Misha yang paling layak merangkul anugerah ini.

Lagu ini juga pernah menjadi trending dikalangan masyarakat Malaysia kerana dijadikan "OST Jangan Benci Cintaku" Slot Akasia TV3 yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharum, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan.

Bahkan setiap hari, lagu ini berkumandang dicorong-corong radio mengalunkan iramanya yang begitu mengasyikkan. Jom kita hayati bait-bait lirik lagu yang penuh dengan maksud ini.

Sampai Bila - Misha Omar


Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong.. kelam.. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Komposer : Sharon Paul, Lirik : Fedtri Yahya & Shah Shamsiri, 

Edaran: Sony Muzik Entertainment Sdn Bhd.


Bait-bait yang menyentuh jiwa. Dibawa dengan baik sekali oleh Misha. Tahniah atas kemenangan yang diperolehi. Dengan kemenangan ini Misha membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM12,000.00 + trofi




Pemenang Persembahan Terbaik


Tahniah Sufian Suhaimi atau viral sekarang dengan panggilan "babypian" gara-gara kontroversi props persembahan semasa AJL33 yang lalu. Persembahan yang unik dan penuh maksud tersurat dan tersirat. Sememangnya beliau layak untuk meraih kemenangan ini. Menyanyi dengan penuh karektor menjadikan anak muda ini mendapat tempat dihati peminat tanahair. 

Lagu Di Matamu dipersembahkan dengan penuh keyakinan. Dibawa dengan penuh jiwa menjadikan ianya satu persembahan istimewa pada malam itu. Ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata apabila lagu ini disampaikan.

Syabas Sufian kerana berjaya membuktikan kepada industri bahawa anda memang seorang yang mempunyai bakat besar didalam industri ini. Jom kita hayati bait-bait lirik lagu yang penuh maksud tersendiri. Dengan kemenangan ini, Sufian berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.00, Samsung Galaxy A9 dan Trofi.

Di Matamu - Sufian Suhaimi

Apakah kau cuba untuk meruntuhkan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mmpu tuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri


Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Didunia ini

Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai

Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu

Komposer / Lirik: Sirkhan, Rinkarnaen

Sufian membawa lagu ini dengan penuh karektor yang tersendiri. Tidak dinafikan beliau memang berhak atas kemenangan ini. Tahniah Sufian Suhaimi atas kemenangan yang diperolehi.

Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran dua pengacara Aliff Satar dan Sherry Alhadad. Celoteh yang bersahaja membuatkan penonton tidak kering gusi dengan telatah mereka. 




Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya membawa balik hadiah berupa wang tunai dan trofi.


Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu AJL33


JUARA AJL33

Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Lagu: Haram
Hadiah: RM 50,000.00 & Trofi

Naib Juara AJL33

Ara Johari
Lagu: Bunga
Hadiah: RM 35,000.00 & Trofi

Ketiga

Misha Omar
Lagu: Sampai Bila
Hadiah: RM 20,000.00 & Trofi










22 comments:

  1. wow.. banyak jugak hadiah wang tunai dapat eyh.. ingatkan dapat trophy je.. Congrats to all the winners!

    ReplyDelete
  2. Persembahan Misha Omar malam tu naik bulu roma! Dengan dia menangis. Menusuk jiwa.

    Persembahan Sufian pula, taklah penuh dengan props tapi mesej dari lagu jelas disampaikan.

    Dah lama tak tengok AJL setelah sekian lama. Hehe

    ReplyDelete
  3. Best sangat dengar Misha Omar nyanyi. Betul' mendalami lirik dia. Part tarik memang panjang n merdu. She deserves it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara dia betul2 power....bonda mmg minat dia dari dia mula2 kuar dari bintang rtm dulu

      Delete
  4. suka persembahan misha omar..ingt die juara tp tkde rezeki ..tkpela dpt no 3 and vokal terbaik....hah sufian suhaimi mlmtu mmg mendayu lagunya...mmg nmpk sgt lagu tu luahan rasa hatinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonda pn sama..igtkan dia juara...tp tulah xde rezekikan...k3 pn xpe...menang vokal paling best

      Delete
  5. Suka dengan persembahan mereka haritu.
    Dan seyakinnya mereka memang layan menang.
    Terkesan betul lagi lagi dengan lagu dari sufian suhaimi..
    Mereka terbaikk..

    ReplyDelete
  6. saya tak tengok hiihii..tapi tengok update dalam FB je..xsempat nk tengok..apa2 pon suka ngn baby Pian

    ReplyDelete
  7. raai yang hrapkan misha omar menang. tapi okay lah, dia dapat dua anugerah malam tu. saya tak tgk pun, kena catch up di youtube la nampaknya

    ReplyDelete
  8. Persembahan ajl malam tu antara yg terbaik misha dan sufian. Mmg best giler. Suara dan persembahan setanding

    ReplyDelete
  9. Mmg misha layak vocal terbaik,mmg suka suara dia dr dulu.
    Sufian tu mmg prop dia n pembawakkan lagu tu kena pulak gan kisah dia..mmg org suka lah..:)

    ReplyDelete
  10. Good performances.. semua lagu-lagu hebat! Tahniah untuk para pemenang

    ReplyDelete
  11. aida x tgk live ni.
    bwk famili berjalan ke jonker street.
    pemenang nyer semua layak 100%.
    pian tu sampai viral balik lah nama dia ha ha ha ha ha :)
    paling best aida rasa, is pengacara berdua tu. da jadik feveret tgk diorang berdua.

    ReplyDelete
  12. Sampai bila harus ku bertanya firasat hatimu... Lelebih pulak kan. Sangkaan kita meleset sbb lagu kak Mitch tak jadi juara tapi tak pe sbb kak Mitch pun menang jua. Untuk Baby Pian mmg die layak memang sbb persembahan die mmg terbaik dan sampai.hehehe

    ReplyDelete
  13. This is so informative! I've seen the ads and quite curious so thank you for the information! Congratulations to all the winners.

    ReplyDelete
  14. Sempat jugak tengok persembahan sufian & misha kat ajl haritu. Misha tak boleh nak disangkal lagi memang best. Sufian pun persembahan dia malam tu bagus, meresap ke jiwa. Kita blh rasa effort dia utk performance tu

    ReplyDelete
  15. Feewit #SampaiBila #Bunga #Haram #Dimatamu
    Best tak hashtag kat atas tu semua? Rawlins memang suka Haram tu.

    ReplyDelete
  16. Tahun ni memang puas hati. Lagu yang masuk bertanding pun best, yang menang pun semua best.

    ReplyDelete
  17. Tahniah kepada pemenang to be honest suara pian tu biasa je sis.. pertengahan dia terbaik sebab dia kaitkan pelamin tu ... tu sebab je I rasa dia menang huuu... tapi untung dia dapat ash dapat juga handphone.. yang lain memang cash je. Hee...

    ReplyDelete
  18. kite ok ok je dengan keputusan.. enjoy persembahan diorang retis2 that night =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.