Tahniah Misha & Sufian!


Pemenang Vokal Terbaik


Tahniah Misha Omar atau sekarang ini dikenali sebagai kak Mitch!...Demam AJL33 masih lagi terasa walaupun dah beberapa hari berlalu. Finalis-finalis yang masuk ke peringkat akhir bukan calang-calang hebatnya. Misha Omar, tidak asing lagi dalam dunia nyanyian. Bonda minat betul dengan Misha Omar ni sejak dari awal pembabitan beliau dalam dunia seni. Suara beliau memang mantap. Menyanyi live dan dalam recording tidak jauh beza.

Untuk AJL33 kali ini, Misha sememangnya layak memenangi Vokal Terbaik! Tahniah Misha. Disamping lagu dan lirik lagu Sampai Bila yang betul-betul menyentuh jiwa pendengar. Jadi tidak hairanlah jika Misha yang paling layak merangkul anugerah ini.

Lagu ini juga pernah menjadi trending dikalangan masyarakat Malaysia kerana dijadikan "OST Jangan Benci Cintaku" Slot Akasia TV3 yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharum, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan.

Bahkan setiap hari, lagu ini berkumandang dicorong-corong radio mengalunkan iramanya yang begitu mengasyikkan. Jom kita hayati bait-bait lirik lagu yang penuh dengan maksud ini.

Sampai Bila - Misha Omar


Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong.. kelam.. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Komposer : Sharon Paul, Lirik : Fedtri Yahya & Shah Shamsiri, 

Edaran: Sony Muzik Entertainment Sdn Bhd.


Bait-bait yang menyentuh jiwa. Dibawa dengan baik sekali oleh Misha. Tahniah atas kemenangan yang diperolehi. Dengan kemenangan ini Misha membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM12,000.00 + trofi




Pemenang Persembahan Terbaik


Tahniah Sufian Suhaimi atau viral sekarang dengan panggilan "babypian" gara-gara kontroversi props persembahan semasa AJL33 yang lalu. Persembahan yang unik dan penuh maksud tersurat dan tersirat. Sememangnya beliau layak untuk meraih kemenangan ini. Menyanyi dengan penuh karektor menjadikan anak muda ini mendapat tempat dihati peminat tanahair. 

Lagu Di Matamu dipersembahkan dengan penuh keyakinan. Dibawa dengan penuh jiwa menjadikan ianya satu persembahan istimewa pada malam itu. Ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata apabila lagu ini disampaikan.

Syabas Sufian kerana berjaya membuktikan kepada industri bahawa anda memang seorang yang mempunyai bakat besar didalam industri ini. Jom kita hayati bait-bait lirik lagu yang penuh maksud tersendiri. Dengan kemenangan ini, Sufian berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.00, Samsung Galaxy A9 dan Trofi.

Di Matamu - Sufian Suhaimi

Apakah kau cuba untuk meruntuhkan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mmpu tuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri



Dan tak seharusnya aku

Bertemu dirimu
Didunia ini

Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai

Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu

Komposer / Lirik: Sirkhan, Rinkarnaen

Sufian membawa lagu ini dengan penuh karektor yang tersendiri. Tidak dinafikan beliau memang berhak atas kemenangan ini. Tahniah Sufian Suhaimi atas kemenangan yang diperolehi.

Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran dua pengacara Aliff Satar dan Sherry Alhadad. Celoteh yang bersahaja membuatkan penonton tidak kering gusi dengan telatah mereka. 




Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya membawa balik hadiah berupa wang tunai dan trofi.


Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu AJL33


JUARA AJL33

Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Lagu: Haram
Hadiah: RM 50,000.00 & Trofi

Naib Juara AJL33

Ara Johari
Lagu: Bunga
Hadiah: RM 35,000.00 & Trofi

Ketiga

Misha Omar
Lagu: Sampai Bila
Hadiah: RM 20,000.00 & Trofi