Header Ads

Nestlé Sokong Kecelikan Braille

Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan



PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.

Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”

Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”





Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. 

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Maxine Lim
Nestlé (Malaysia) Berhad     Tel: (+603) 7965 5185
             +6012-353 1337

Joanne Lim atau Yasmin Kadir
acorn communications
Tel: (+603) 7958 8348
            +6012-304 7604 (Joanne) atau
            +6017-237 9048 (Yasmin)


19 comments:

  1. bagus program macam..syarikat2 korporat besar pluang ambik pluang sebegini untuk membantu insan istimewa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu normi...usaha syarikat-syarikat sebegini perlu untuk membantu golongan yang memerlukan

      Delete
  2. Bagusnya Nestle buat macam ni. Boleh bagi kesedaran untuk orang lain jugak. Keep it up Nestle!

    ReplyDelete
  3. baguslah syarikat macam ni, membantu orang yang memerlukan. Jarang tengok syarikat buka mata untuk bagi bahan bacaan Braille kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) ni.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Nestle kerana menyumbang bahan bacaan Braille kepada mereka. semoga sykt2 besar yang lain juga mengikuti jejak langkah Nestle ni

    ReplyDelete
  5. memang terbaiklah Nestle.harap lepas ni banyak lagi company besar-besar yang dapat buat macam ni kan

    ReplyDelete
  6. Bagus sumbangan dan keprihatinan Nestle..golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bahan bacaan dalam bentuk Braille perlu di bantu..kempen ni patut mendapat sokongan dan dan patut dihebahkan agar lebih banyak lagi bantuan dapat diberikan...

    ReplyDelete
  7. Bagusnya nestle. ni kira salah satu dieorang punya csr lah kan. harap harap company lain pun ikut sekali dengan apa yang nestle buat ni

    ReplyDelete
  8. Perkara mulis seperti ini harus diteruskan sehingga bila-bila dan banyak lagi pihak koporat luar sana yang sanggup membantu golongan memerlukan ini bagus lah...

    ReplyDelete
  9. Good job, Nestle for this kind of charity and give back to the society. Harap byk pihak yg bukak mata untuk buat amal macam ni juga.

    ReplyDelete
  10. Bagus adanya syarikat syarikat besar yang ternama begini dapat membantu mereka yang memerlukan.
    Moga ada company lain juga boleh membantu mereka mereka yang lain.

    ReplyDelete
  11. bagusnya program macam ni.membantu mereka yang memerlukan.airah pun memang suka sangat dengan produk nestle

    ReplyDelete
  12. program CSR yang cukup bagus dari Nestle. Sambil beli dan guna barang Nestle dapat membantu golongan memerlukan kan.. harap syarikat lain dapat buat aktiviti seperti Nestle ni

    ReplyDelete
  13. Terbaik Nestle.. Sangat membantu dalam mengembirakan hari-hari mereka insan-insan yang memerlukan kasing sayang. Moga terus berbakti di masa hadapan

    ReplyDelete
  14. Bagus Nestle buat program kemasyarakatan sebegini, sekuran kurangnya dapat meringankan beban buat mereka yang memerlukan. Muga lebih ramai lagi company besar2 ni buat program kemasyarakatan mcm ni

    ReplyDelete
  15. Bagusnya inisiatif yang dilakukan oleh nestle. Kita mmg sokong dan sangat mengalukan. Moga makin banyak company yang berperanan seperti inj

    ReplyDelete
  16. Bagus bila syarikat gergasi buat program macam ni, moga syarikat2 lain pun ikut jejak bagi membantu golongan yg memerlukan

    ReplyDelete
  17. Terbaik Nestle... Program CSR yang bagus.. Semoga lebih byk company2 lain pun yg ada good CSR Program mcm ni

    ReplyDelete
  18. Bagus Nestle ni banyak CSR program mereka anjur dan join. Kalau tengok mereka datang ke sekolah bersama lori MILO tu lagi syok. Itu juga salah satu CSR, cuma kena booking awal beberapa bulan. Hehehe. I love Nestle!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.