Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) Balai Campbell Seremban, Berjaya Selesaikan Kes Viral FB Tahniah PDRM!!!

SARJAN KZ PEGAWAI PENYIASAT SELESAI

 KES VIRAL FB

Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) Balai Campbell Seremban

Tahniah PDRM!!... Tahniah Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) dari Balai Polis Campbell Seremban Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan kes beberapa hari lalu yang kemudiannya Viral di FB mangsa. Tindakan pantas pihak PDRM memanggil pelaku kebalai setelah menerima laporan dan mengambil keterangan dari mangsa sangat-sangat dihargai. Kecekapan pihak PDRM tidak dapat disangkalkan.

Kini, kes berkenaan telah selesai sepenuhnya dengan mendapat kerjasama dari pelaku dan mangsa. Mangsa telah memberi keterangan penuh berkenaan kejadian tempohari dan kemudiannya pelaku telah dipanggil ke balai polis Jalan Campbell Seremban untuk dirakam percakapannya.

Pada hari kejadian, 7 Februari 2019 mangsa telah datang ke balai polis membuat laporan berkenaan pelaku yang telah mengekori kenderaan beliau ke taman kediaman semasa perjalanan pulang kerumah. Kenderaan tersebut dipandu oleh adik angkat bersama adik ipar mangsa. Kejadian berlaku setelah adik-adik beliau tersilap simpang dan memasuki simpang dirumah kediaman pelaku. Ketika membuat pusingan, pelaku telah mengekori kenderaan beliau. Berlaku sedikit kekecohan apabila pelaku telah meminta kad pengenalan mangsa dan mengatakan kenderaan beliau telah dua hari "usha" atau kelihatan berlegar-legar dirumah pelaku. 

Ketika kekecohan berlaku, mangsa telah menelifon pihak polis untuk meminta bantuan. PDRM sememangnya cekap dan pantas. Dalam lingkungan 10 - 15 minit sebuah kereta peronda (MPV) bersama 2 anggota telah sampai untuk membantu menyelesaikan masalah. Mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Ini kerana dakwaan pelaku berkenaan 2 hari kenderaan mangsa berlegar-legar di kediamanya adalah tidak benar kerana mangsa sedang bercuti diluar daerah dan tidak berada ditempat kejadian pada tarikh yang diperkatakan. 

Setelah merekodkan percakapan mangsa, Sarjan Kamarudin Zakaria atau lebih dikenali dengan panggil Sarjan KZ, telah memanggil pelaku untuk datang ke Balai Polis bagi memberi keterangan berkenaan kes ini.

Kes ini telah selesai sepenuhnya apabila pelaku telah mengakui kesilapannya kerana membuat tindakan melulu dengan mengekori kenderaan mangsa apabila mengesyakki kenderaan yang mencurigakan. Pelaku juga mengakui kesilapannya kerana meminta kad pengenalan mangsa dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Manakala mangsa pula telah dinasihatkan untuk memadamkan isu yang menjadi Viral di FB beliau demi menjaga kepentingan semua pihak. Mangsa juga berpuas hati apabila keselamatan beliau terjamin.

Tips apabila kenderaan anda diekori / melihat kenderaan mencurigakan

1. Jangan panik.
2. Terus telifon pihak PDRM dan memberikan butiran lanjut.
3. Jangan buat tindakan sendiri 
4. Terus memandu ketempat selamat sehingga Pihak Polis sampai.
5. Jika melihat kenderaan mencurigakan, terus hubungi pihak polis. Jangan buat tindakan melulu.

Nasihat Sarjan KZ kepada orang awam, hubungilah PDRM jika berlaku sebarang kecemasan. Jangan sekali-kali mengambil tindakan sendiri kerana ia amat berbahaya bagi orang awam, 

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA MEMEGANG ATAU MENYIMPAN KAD PENGENALAN ORANG LAIN

Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Gambar: FB Polis Diraja Malaysia

Bonda ucapkan Syabas kepada PDRM!!...Syabass Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) yang berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh singkat. Diharap dimasa akan datang bersama-samalah kita menjaga keselamatan diri. Jika berlaku kecurigaan, ketakutan atau apa-apa yang melibatkan pihak ketiga, cepat-cepat telifon Polis!!...Jangan buat tindakan sendiri. Ianya amat berbahaya kepada diri kita.

Dannnn....Jangan sesekali meminta kad pengenalan pihak ketiga. Ianya satu kesalahan. Anda boleh didakwa.


Terima kasih Sarjan KZ!!


Ketua Balai: ASP Syed Muhd Noor Bin Syed Mahmood.
Balai Polis Seremban
 Polis Diraja Malaysia
 Jalan Cambell, 70200
 Seremban, Negeri
 Sembilan

06-603 3477










Share this:

40 comments :

  1. good job.. semoga baik2 saja.
    isu viral ni ada baik ada buruk.. pandai2 kita tapis. untuk kes ini alhamdulillah da selesai =)

    ReplyDelete
  2. Kes viral apa ni Bonda? Mmg skrg ni semua org suka2 nak viral kan itu ini, x selidik dulu betul salah berita tu. Kadang tu boleh menjatuhkan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kronologi kes ada dicoretan julia...alhamdulillah sudahpun selesai.

      Delete
  3. Good job PDRM...tahniah..nasib baik kes ini selesai dengan cara baik...settle dah satu masalah kan..yang penting kalau berlaku apa2 jangan panik dan jangan buat tindakan melulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA...dlm apa keadaan pn jangan pandai2 bwt tindakan melulu...jgn sampai takutkan pihak ke3...negara ada undang2...apa2 yg mencurigakan call polis cpt

      Delete
  4. tentang ic tu, sepatutnya dari awal kita tau sape boleh simpan ic kita.
    kalau tak bebetul ada kuasa, mana boleh, kan?
    itu adalah satu2nya kad pengenalan diri yg kita ada dan guna utk semua.
    jatuh ke tgn org tak sepatutnya, hmmmm memang ada duplicate la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tindakan meminta ic pihak ke3 adalah satu kesalahan dan boleh didakwa...jika sabit kesalahan, boleh dipenjara dan didenda...

      Delete
  5. Good Job! perkongsian yang sangat bermanfaat. semoga kita semua ambil iktibar dan belajar. Semoga Allah perlihara kita semua dari anasir2 jahat.

    ReplyDelete
  6. baguslah tak ada sampai nak berbunuh bagai. Ada apa-apa yang mencurigakan, terus report polis je, tak payah nak ambil tindakan sendiri. Bahaya. Biar yang pakar sahaja yang selesaikan kes tersebut.

    ReplyDelete
  7. It is good to know that this incident has been resolved amicably. Good job on the PDRM's side for solving this problem asap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess....congratulation to PDRM solved this matter

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Dah selesai kes tu ye.
    Memang takut kalau kenderaan diekori.
    Lagi lagi kita rasa, kita takde buat sebarang masalah diluar.
    Moga kita semua lepas ni sentiasa lebih berhati hati.

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan ya. Kena berhati2 di mana mana sahaja. Kalau meragukan dia ikut ke apa...kita terus masuk balai. Tak pernah kena kes macam ni dan mintak dijauhkan....info pegawai yang diberi kuasa simpan IC tu info yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ezna....jgn sesekali bwt tindakan sendiri mcm kita polis dengan ekori kenderaan lain dan juga minta ic pihak k3..salah tu

      Delete
  10. Good job kepada PDRM kita tahu polis Malaysia memang yang terbaik di dunia.... tengok pada kes ini pun sekejap jer dapat selesaikan good job semua anggota beragam...

    ReplyDelete
  11. haaa ada baca aritu masa zayn share kat Fb kan. kalau I mmg debor jugak menghadapi situasi mcm tu. tp mgm betul kalau tak sedap hati balai polis adalah tpt yg sebaiknya regardless mm2 tohmahan pada anggota polis orang buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu....apapn kes dah selesai dengan aman

      Delete
  12. Bagus info pasal IC nie sbb AM pun kekadang buat kesilapan yg sama.. Bg IC pada rakan memang bahaya BETOL.. PDRM benar2 jalankan tugas n amanah yg diberikan sesuai dgn cogan kata PDRM iaitu BERSIH, CEKAP & AMANAH..syabas n thanks ya atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sesekali berikan ic kt pihak ke3 along murni...bahaya....mcm2 org boleh bwt nk kenakan kita...

      Delete
  13. Syabas PDRM cekap jugak depa buat keje. Zaman sekarang mmg menakutkan. Kalau ada sesutu berlaku mmg kena segera buat laporan

    ReplyDelete
  14. Follow gak pasal kes ni, alhamdulillah dah selesai ya. Tahniah PDRM menyenyelesaikan kes ni dengan cepat. Semoga lepas ni tak ada pekara yang tidak diingini terjadi pada kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn...alhamdulillah sudah selesai dengan baik

      Delete
  15. Rasa senang hati bila tau pdrm memang buat kerja betul betul kan. Baru lah rasa selamat sikit duduk malaysia ni. Kadang kadang tu bila tengok berita asyik keluar kes jenayah je, kite pun tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat khabar pn publish kes jenayah je skrg ni....takut juga

      Delete
  16. Tahniah PDRM kerana pantas menyelesaikan case. Alhamdulillah rasa syukur dan selamat duduk dlm Malaysia krn sistem kepolisian kita antara yg terbaik. Walau apapon tetap kena setiasa berwaspada dgn keadaan sekeliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...polis kita mmg antara yang terbaik didunia..

      Delete
  17. Thanks atas sharing nie. Berguna info yang dikongsikan ini. And yes, our PDRM memand pantas dalam bertindak kan. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terutama ttg meminta ic orang lain....salah tu....jgn sesekali dibwt

      Delete
  18. Tahniah PDRM..cekap dan pantas. No wonderlah, PDRM ni antara polis yang terbaik di dunia. Tahniah!

    ReplyDelete
  19. Hebat terbaiklah!!!!!! Thank you atas infonya! Moga info ini berguna buat kita semua kan. Bestnya bila semua selesai. Tahniah PDRM

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dh selesai...walau apapun kena hati2 dgn keadaan sekeliling..

      Delete
  20. Nice lah dah, cepat je PDRM bekerja. Kalau saya pun sure akan cuak dah orang ikut. Itu la kita kena peka dengan keadaan sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau xtakut....ngeri suma ada dlm keadaan tu...

      Delete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq