Dilaila Hilang!!!!!!!!...Apa Tindakan Jefri??




Dunia filem tanahair masih hangat dengan tayangan MISTERI DILAILA di semua pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Hari minggu yang lepas, Bonda mengambil peluang untuk menonton filem ini. Yang istimewanya tentang filem MISTERI DILAILA ni adalah mempunyai 2 versi. Bonda menonton Versi 2. Versi 1 belum berpeluang untk ditonton. Menurut staff yang jual tiket di TGV hari tu, 'ending' versi 1 dan 2 berbeza. Jom baca review versi 2 dulu.



FILEM : MISTERI DILAILA


TAYANGAN : 21 FEBRUARI 2019

GENRE : SERAM, THRILLER, AKSI

PENGARAH : SYAFIQ YUSOF

RATING : 9 BINTANG

WAKTU TAYANGAN: 82 MINIT

PRODUKSI : SKOP PRODUCTIONS SDN BHD & ASTRO SHOW SDN BHD

PELAKON : ZULL ARIFFIN, SASQIA DAHURI, ELIZABETH TAN, ROSYAM NOOR, NAMRON




SINOPSIS 

Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglow di Bukit Fraser, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama dirumah itu, Jefri telah diganggu dengan kejadian - kejadian aneh yang menakutkan. Keesokan paginya, Jefri menyedari bahawa isterinya hilang. Bimbang dengan keselamatan isterinya, Jefri kemudiannya memanggil polis untuk membantu mengesan isterinya.

Sehari selepas kehilangan Dilaila, Jefri dimaklumkan oleh Imam Aziz bahawa beliau telah menemui Dilaila. Jefri yang pada mulanya berasa lega, kemudian meragui kehadiran isterinya kerana wanita tersebut bukanlah isterinya Dilaila. Jadi, siapakah sebenarnya wanita yang mengaku dirinya sebagai isteri Jefri? Semua akan dijawab dalam Misteri Dilaila, sebuah filem yang penuh dengan supries dan twist plot yang melampau!..



Review

Plot : 4.9/5.0  - Belum pernah di Malaysia pengarah filem membuat 1 filem dengan dua ending berbeza. Ditayangkan dipawagam tanpa diketahui tayangan itu Versi 1 atau Versi 2. Satu plot cerita yang boleh dipuji kelainannya. Syafiq Yusof telah berjaya memberikan kelainan kepada penonton.

Penonton juga begitu teruja ingin mengetahui apakah perbezaan Versi 1 & Versi 2. Ramai yang telah ketahui, plot penceritaan Versi 1 & 2 adalah sama, cuma perbezaan "ending" pada keduanya adalah berbeza. Perbezaan pada 15 minit terakhir kedua-dua pengakhiran jalan penceritaan ini menjadikan penonton begitu teruja untuk mengetahui perbezaannya. Tambahan pula dengar cerita pawagam-pawagam tidak memberitahu penonton bahawa pawagam tersebut menayangkan versi yang mana satu. 


15 minit terakhir

Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh penonton. 15 minit terakhir inilah yang menjawap persoalan yang menghantui Jefri apabila Farid adik ipar Jefri mengakui bahawa Sasqia adalah kakaknya Delalila. Bermula dari itu, Jefri dianggap gila kerana tidak mengenali isterinya sendiri.  Jefri  berusaha keras mencari bukti bahawa itu bukanlah isterinya yang sebenar sehingga beliau terjumpa jurugambar yang mengambil gambar mereka ketika menaiki kuda. Pada awalnya jurugambar tersebut memberikan maklumat yang benar, tetapi malangnya telah diugut oleh Dilaila agar mengakui bahawa dirinya adalah isteri kepada Jefri.

Kemudiannya Jefri diculik dan diarahkan untuk mengakui bahawa Dilaila adalah isterinya dihadapan pegawai bank yang akan memberikan cek bernilai RM7 Juta. Ketika dapat melepaskan diri dari kurungan, Jefri kembali kerumah agam untuk menghalang pegawai bank memberikan cek tersebut dan ketika inilah Jefri mendapati isterinya Dilaila (Elizabeth Tan) berada dirumah tersebut dan diberitahu dia diugut jika tidak mereka akan membunuh Jefri.  Ketika ini terungkai segala persoalan mengapa ini semua berlaku. Ianya semata-mata kerana perebutan harta Dilaila. 

Saat ini, anggota polis dari balai polis Bukit Fraser datang dengan niat untuk memberitahu perkara sebenar tetapi terperangkap didalam kemelut itu.  Ketika ini jugalah identiti sebenar Inspektor Azman terbongkar. Beliau bukanlah seorang anggota polis tetapi menyamar sebagai anggota polis untuk mengaburkan mata Jefri. Pergelutan dan tembak menembak berlaku menyebabkan Dilaila dan inspektor palsu mati ditembak. Anggota polis memaklumkan kepada Jefri berkenaan kematian isterinya Dilaila dan mayatnya telah dijumpai sehari sebelum itu. Tetapi, siapakah Dilaila yang sedang berurusan dengan pegawai bank dilihat oleh anggota polis berkenaan sedangkan Dilaila telahpun meninggal dunia.  


Bonda amat meminati filem ini yang banyak membuatkan penonton berfikir apakah yang berlaku sebenarnya. Plot cerita yang bagus dan baik. Susunan jalan cerita yang membuatkan penonton menunggu apakah yang akan berlaku selepas ini. Apakah motif semua ini dilakukan. Siapakah dalang disebalik semua ini. Siapakah Imam Aziz yang tiba-tiba muncul. Siapakah Sasqia yang mengaku dirinya adalah 'Dilaila'. Apakah kaitan Rosyam Noor sabagai Insperktor Azman. Dan bagaimanakah watak Jefri seperti seorang "psychopath" yang keliru dengan kehadiran wanita yang mirip dengan wajah isterinya  Delaila lakonan Elizabeth Tan. Apakah benar Jefri kenal isterinya atau beliau hanya berhalusinasi berkenaan kehadiran isterinya. 

Walaupun terdapat beberapa kelonggaran jalan cerita ini, seperti Inspektor Azman tidak menunjukkan kad identiti Polis ketika mengenalkan dirinya sebagai Inspektor yang mengambil kes kehilangan Dilaila dan tindakan inspektor Azman memberikan 'business kad' kepada Jefri agak tidak kena kerana realitinya tidak ada anggota keselamatan memberikan 'business kad' kepada pengadu melainkan menulis no telefon untuk dihubungi kemudian. Kelemahan pihak berkuasa yang telah melihat "inspektor" palsu berlegar-legar beberapa hari berhampiran kawasan balai tidak disiasat kehadirannya. Kesemua ini tidak mencacatkan sedikitpun plot penceritaan filem ini. 


Cast : 5/5 - Semua pelakon telah membawakan watak dengan baik dan berkesan. Masing-masing berjaya menjiwai watak dan menlakonkannya dengan penuh emosi. Syabass kepada Syafiq Yusof yang berjaya membuatkan filem ini lain dari yang lain. Minggu ni Bonda akan menonton Versi 1 pula untuk melihat kelainan yang digarap.