Pakej Umrah Dalam Talian - Umrah D.I.Y




Mungkin ramai yang masih belum ketahui berkenaan pengumuman pembelian pakej Umrah secara online yang diperkenalkan Kerajaan Saudi awal tahun 2019 yang lalu. Pada bulan Disember 2018 yang lalu, ajen pelancongan dalam talian global iaitu Agoda dan Kementerian Haji dan Umrah Saudi Arabia telah menandatangai memorandum persefahaman bagi mencapai matlamat 30 juta jemaah haji tajun 2030.


Akhbar New Straits Times pada 29 Januari 2019 telah melaporkan bahawa rakyat Malaysia yang merancang untuk melaksanakan ibadah Umrah kini boleh membeli pakej-pakej Umrah secara online tanpa melibatkan ejen pelancongan. Pekej-pakej umrah ini boleh didapati dari dalam talian yang disediakan oleh Agoda. Pakej-pakej yang disediakan adalah satu pakej yang lengkap iaitu "a complete airport-to-airport package" ianya merangkumi visa Umrah, pengangkutan,  hotel, Umrah dan ziarah.




Ianya mengikut format E-Haj yang diperkenalkan oleh Kerajaan Saudi pada tahun lepas. ianya sama seperti tempahan pembelian secara online yang biasa dilakukan iaitu maksima hanya sembilan jemaah dibenarkan pada setiap tempahan yang dibuat. Jemaah Umrah yang telah membeli pakej dalam talian perlu berkongsi pengangkutan dengan jemaah dari negara lain. 

Manakala bagi jemaah yang terlibat dalam kumpulan besar, mereka masih lagi memerlukan perkhidmatan ejen pelancogan dengan Lesen Khas Umrah (LKU).


Kami melancarkan laman web yang berdedikasi, iaitu agoda.com/umrah, unruk memberikan akses kepada jemaah dengan lebih daripada 1,800 pilihan penginapan yang diluluskan di Makkah dan Madinah, Agoda menawarkan kadar yang terbaik kepada pelangannya, menurut Damien Pfirsch, Naib Presiden Strategi Perkongsian dan Program.







Walau bagaimanapun, Agoda mendakwa tidak dapat memberikan butiran lengkap mengenai produk dan pakej umrah yang akan ditawarkan kerana ia "berada di peringkat awal hubungan".

Pemeriksaan di laman web ini menunjukkan hanya hotel yang ditawarkan dengan diskaun sehingga 90 peratus kemungkinan kadar bilik hotel yang ditawarkan. Permohonan Visa dan perkhidmatan pengangkutan masih tidak disediakan.

Pesanan Bonda, bagi yang berminat untuk melakukan Umrah secara DIY, pastikan anda membeli pakej yang sahih dan ditawarkan di platform yang betul. Rujuklah kepada yang lebih arif berkenaan pakej-pakej Umrah ni.

Sumber : News Strait Times