Badal Haji Murah


Add caption

PAPUH Nasihat Orang Ramai Hati-Hati Badal Haji Terlalu Murah |  Persatuan Agensi Umrah dan Haji (PAPUH) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran Badal Haji murah yang banyak terdapat di pasaran ketika ini. Belum lagi reda isu penipuan Umrah, kini isu tawaran Badal Haji murah telah mula menular di kalangan umat Islam.

Presiden PAPUH, YH Dato' Sri Razali Mohd Sham berkata tawaran mengerjakan Badal Haji oleh individu-individu tertentu pada harga upah yang terlalu murah sekitar seredah RM1,200.00 sehingga RM2,500.00 diragui kesahihannya. 

Beliau menejelaskan, kos bagi permit mengerjakan haji bagi mereka yang bermastautin di Saudi Arabia adalah sekitar SAR3,500.00 bersamaan RM3,700.00. 

Bakal jemaah yang mengerjakan badal haji boleh mengerjakan haji tanpa ragu-ragu dan bimbang di tangkap oleh pihak berkuasa disana sekiranya mempunyai permit yang sah.

Caj sebenar perkhidmatan badal haji meliputi upah-upah lain seperti tawaf dan lain-lain boleh adalah berjumlah hampir RM10,000.00. Oleh itu PAPUH ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin mengupah Badal Haji perlu melalui proses 'akad' pada jemaah yang akan mengerjakan badal haji



Sementara itu, beliau turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil berat tentang isu badal haji murah yang sedang berleluasa dan sedia untuk bekerjasama dengan pihak JAKIM untuk sama-sama menangani isu ini pada bila-bila masa bagi mengelakkan gejala penipuan terhadap orang ramai.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAPUH kali ke 4 yang berlangsung di Hotel Depalma Shah Alam yang dihadiri kira-kira hampir 300 ahli baru-baru ini.

Memahami Apakah Maksud Badal Haji atau Upah Haji


Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

Surah Ali Imran Ayat 97

Maksudnya: " Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

Badal haji adalah ibadah yang mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi me­laksanakan ibadah haji ke atas dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua ataupun telah meninggal dunia, sedang­kan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadah tersebut ketika masih hidup.