Header Ads

Baiki Kenderaan Selepas Kemalangan bersama KHW Niaga Sdn Bhd






Kemalangan?

Entah kali keberapa kereta kesayangan Bonda terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah, kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan. Setiap kali kemalangan, pasti Bonda pening kepala apabila kereta dihantar ke bengkel. Kali ini kereta Bonda dirawat di Bengkel KHW Niaga Sdn Bhd di Senawang, Seremban Negeri Sembilan.



Kronologi kejadian

Macam mana boleh terlibat dalam kemalangan ni? Pada 13 Jun lalu Bonda ke bangunan Quill 9 di Petaling Jaya atas urusan kerja. Seperti biasa, setelah mengambil tiket parking Bonda ke visitors parking terletak di aras B1. Tetapi malangnya visitors parking penuh. Maka security disana mengarahkan untuk naik ketingkat atas yang pada dasarnya Bonda memang tidak suka untuk parking diatas. 



Oleh kerana tiada pilihan, terpaksalah naik jugak ke aras yang lebih tinggi, Dalam misi mencari kotak parking, terjumpa lah satu kotak parking kosong. Tetapi malangnya Bonda dah kedepan. Maka mula mengundurkan kereta. Semasa mengundurkan kereta tiba-tiba datang sebuah kenderaan yang sedang naik melanggar kereta Bonda. Belakulah kemalangan walaupun tidak melibatkan nyawa. 



Hari pertama masuk bengkel. 

Setelah laporan polis dibuat, langkah seterusnya mestilah untuk baiki kenderaan. Jadi Bonda hubungi KHW Niaga Sdn Bhd yang dimiliki oleh saudara Badrul Harith. Untuk membaiki kenderaan yang terlibat kemalangan tidak kira kerosakan kecil atau besar, sedikit atau banyak, ianya akan mengambil masa antara tiga hingga keempat minggu atau lebih untuk membuat tuntutan dari pihak insuren.




Setelah berbincang dengan saudara Badrul, maka beliau cuba membantu untuk mempercepatkan tuntutan insuren kurang dari 1 minggu memandangkan Bonda memerlukan kenderaan untuk bekerja dan saudara Badrul pula tidak mempunyai kereta ganti untuk diberikan. Saudara Badrul berjanji akan membaiki kereta Bonda secepat yang mungkin termasuk cat.





10 July 2019, saudara Bad telah datang kerumah untuk mengambil kereta Bonda dirumah memandangkan Bonda tiada masa untuk menghantar ke bengkel. Jam 10 pagi beliau telahpun sampai dan membawa ke bengkel beliau yang terletak di Taman Tasik Senawang. Pada pagi tersebut juga kerja-kerja pembaikan dimulakan. Pada petangnya telahpun siap diketuk bahagian yang kemek dan kedua bumper depan belakang telah pun ditukar. Kini tinggal untuk proses mengecat dilakukan.

11 July 2019, proses mengecat  dilakukan dan mengambil masa lebih kurang satu hari bergantung kepada cuaca.

12 July 2019, kerja-kerja pembaikan telahpun selesai sepenuhnya. Hanya menunggu cat betul-betul kering sebelum kereta dihantar pulang kepada Bonda.

13 Julai 2019, kereta telahpun siap dan dihantar pulang kerumah dan Bonda hanya menandatangani dokumen sahaja. Mudahkan? Hanya 4 hari sahaja kereta Bonda siap dibaiki. 

Apa yang Bonda suka sangat denga service dari KHW Niaga Sdn Bhd ni, adalah, Bonda tak perlu susah-susah menghantar kereta ke bengkel. Nak tahu kenapa??.. Owner sendiri yang 'willing' datang rumah ambil kereta memandangkan Bonda tidak punya banyak masa dan apabila kereta sudah siap dibaiki, kakitangan KHW Niaga datang pula kerumah menghantar kereta Bonda yang sudah dibaiki. Bonda hanya perlu menandatangani dokumen penting sahaja. Ianya secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Bonda sememangnya berpuas hati dengan service yang diberikan oleh syarikat ini. Memandangkan Bonda seorang yang amat cerewet dalam hal ehwal baiki kenderaan. Pokoknya memang puas hatilah. Dan sekiranya ada kekurangan yang kira dapati selepas kenderaan dibaiki, saudara Badrul tidak menolak untuk kita datang semula dan buat pemeriksaan semula.



KHW Niaga Sdn Bhd

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh saudara Badrul Harith. Syarikat beliau ini antara syarikat bumiputera yang berjaya di daerah Senawang, Negeri Sembilan. KHW Niaga Sdn Bhd adalah ejen sah Etiqa Takaful Insuren dan bengkel bagi membetulkan kerosakan samada berpunca dari kemalangan atau kerosakan baisa. KHW Niaga Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui road tax dan insuren kenderaan. Mempunyai lebih kurang 20 kakitangan bahagian mekanik menjadikan syarikat ini beroperasi dengan lancar tanpa berdepan dengan masalah lambat menyiapkan kenderaan pelanggan.

Terletak di Taman Tasik Puteri Senawang, bengkel ini mempunyai 3 lot kedai yang terbahagi kepada bahagian baik pulih selepas kemalangan, bahagian membaiki kerosakan biasa dan juga bahgian cat kenderaan.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Perkhidmatan trak tunda(towing) sekitar seremban (24jam)
  • Perkhidmatan membuat tuntutan insuran bagi kenderaan kemalangan
  • Perbaharui insuran kenderaan
  • Perkhidmatan mengecat luar dan dalam kereta 
  • Perkhidmatan memperbaiki kereta kemalangan
  • Perkhidmatan memperbaiki enjin dan sistem suspensi kenderaan
  • Perkhidmatan perbaiki sistem penghawa dingin kenderaan




Itulah serba sedikit pengamalan Bonda bersama KHW Niaga Sdn Bhd yang banyak membantu Bonda apabila terlibat kemalangan. Bonda juga berpuas hati dengan hasil kerja kakitangan syarikat ini yang sangat-sangat komited dalam melakukan tugasan.

Terima kasih saudara Badrul Harith dan KHW Niaga Sdn Bhd kerana banyak membantu menguruskan tuntutan kemalangan kenderaan Bonda. 

No 16 , 18 & 23 Jalan Bunga Raya 3, 
Kawasan Perindustrian Ringan
Taman Tasik Jaya
70400 seremban N9

FB: KHW NIAGA SDN BHD
Tel: +60 13-663 6066



No comments

Powered by Blogger.