Header Ads

Promosi Kad Kredit 2019 Daftar Dan Dapat Hadiah Percuma


Semalam Bonda dan ibunda tercinta dan kakak sulong pergi Eon-Big di Wangsa Maju. Sambil jalan cuci mata terpandang satu kaunter yang banyak dengan 'luggage bag'. Hati tertanya-tanya. Kaunter apa tu. Ada jualan murah beg-beg inikah.

Ramai nampaknya yang berkunjung ke kaunter berkenaan. Mesti ada sesuatu yang menarik disitu. Tanpa berlengah, Bonda mengajak kakak menjengok apa yang ada di kaunter tersebut. 



Ohh!!..Rupa-rupanya promosi kad kredit. Promosi hari ni adalah sesiapa yang mendaftar untuk memohon kad kredit akan diberikan hadiah percuma sama ada luggage bag, car dashcam ataupun jam.

Kami dua beradik juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengisi borang memohon kad kredit berkenaan. Jangan tak tau....bila nampak saja ada 'free gift' memang ramailah yang datang mencuba nasib. Lulus atau tidak itu tidak penting. Yang penting kami dapat sesuatu daripada itu. 

Moral of the story, marketing strategi kena betul untuk menarik pelanggan membeli produk atau service yang kita tawarkan. Jadi hari berkenaan, kami dua beradik memilih untuk membawa balik luggage bag berbanding hadiah yang lain. Kenapa luggage bag? Pertama sebab dia besar (wahhh dapat hadiah besar lah) dan yang kedua, boleh bawak pergi travel nanti. Hahahaha...Benda boleh dapat free, buat apa nk beli....gitttuuuu...




Inilah hasil dari membeli belah kad kredit tempohari. Hahaha....Dapat hadiah luggage bag seorang satu. Kakak memilih beg yang bersaiz kecil, Bonda pula memilih beg bersaiz besar. Jadi hari berkenaan kami ala-ala pulang dari bercuti...gggiituuuu.....

2 comments:

  1. Menarik..tapi SA dah ada 4 kad kredit...memang tak la nak menambah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....SA, BC apply jaa...kalo dpt alhamdulillah...kalo xdpt...xpa...

      Delete

Powered by Blogger.