Header Ads

Punca Kematian Nora Anne Akibat Kebocoran Usus - Datuk Mohamad Mat Yusop





Semenjak semalam Bonda masih menanti keputusan bedah siasat mayat Nora Anne, 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu. Bonda pasti semua rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan ini. 

Bedah siasat yang dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng bersama Pakar Forensik Hospital Tunku Jaafar Dr Hanif Mohammad. Proses bedah siasat yang mengambil masa lebih dari 10 jam itu bermula dari jam 11.45pagi dan berakhir jam 9.25 malam tadi.


Penantian ini berakhir dengan keputusan yang telah didedahkan oleh media yang setia berada diperkarangan HTJ semenjak pagi tadi. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Nora Anne Quorin adalah disebabkan kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh yang panjang. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, Nora Anne meninggal dunia dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui pada 1.57 tengahari kelmarin. Tidak terdapat apa-apa luka atau kesan jenayah serta tiada kesan dirogol selain ada calar kecil pada kaki Nora Anne.

Syukur akhirnya terjawab semua persoalan yang menjadi tanda tanya selama ini. Ucapan takziah keatas keluarga mendiang atas kehilangan ini. Semoga kejadian ini akan menjadikan pedoman untuk kita dimasa akan datang agar lebih berhati-hati.



Sumber: BH, Harian Metro, Awani

20 comments:

  1. berakhir dgn tragedi. sedih la kenangkan nora anne.
    apa la yg jadi sebelum tu kan. kesian.
    agak nyer dia benar2 nak tgk sungai ke hape kan yg parents dia tunjuk before that.
    dia x sabar. dia gi sorang. then, maybe dia x jumpa jalan balik.
    sesat.
    anggapan aida lah kan. the real story, hanya Allah yg Maha Tahu.

    ReplyDelete
  2. Kesian bila baca kronologi keluarga dan anak ni. Datang ke malaysia untuk bercuti, lain pula jadinya. Mungkin selepas ni, resort2 persendirian di malaysia boleh tambahkan security persekitaran dengan cctv dsbnya yang mana kalau berlaku perkara seperti ini, ada bukti atau petunjuk yg boleh bantu cepatkan pencarian atau menyelamatkan mangsa. Semoga kejadian ini juga menjadi iktibar kepada kita semua

    ReplyDelete
  3. mcm pelik kejadian nie kan....hanya dia dan allah saja yg tahu.klu benar di teraniaya harap org yg melakukannya mendapat pembalasan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terungkai juga persoalan kebanyakan orang. Moga dgn keputusan bedah siasat ni dapat tutup mulut2 yg mengatakan kes kehilangan nora anne ni kes culik.

    ReplyDelete
  5. Kesiannya dia. Mesti family dia sedih sebab dia seorang yang istimewa. jumpa pun tak jauh dari tempat dorang menginap. kalau ajal tu memang dah sampai macam tu la jadinya.

    ReplyDelete
  6. Oh. Sebab tak makan, bahaya jugak ye jenis yang berlapar ni. Moga pihak keluarga tabah hadapi ujian ini. Sebelum ni dengar rumors kena rogol. Nerves jgk tunggu result ni. Tq sharing

    ReplyDelete
  7. such a tragedi... may her soul rest in peace... hope not to hear this kind of news in future..

    ReplyDelete
  8. Masa dengar kematian Nora ni, Ya Allah sedihnya. Tadi tengok berita, nampak familynya menangis. 😢

    Rupanya sebab kebocoran usus.

    Harap boleh lah tutup spekulasi negatif yang dilemparkan mengenai kes ni.

    Semoga family tabah.

    Dan moga jadi iktibar untuk kita juga

    ReplyDelete
  9. Sedih mendapat berita Nora Anne ini. Salam takziah kepada ahli keluarga semoga tabah menhadapi ujian sebegini.

    ReplyDelete
  10. Kita mengikuti rapat tentang isu Nora Anne ni memang rasa sayu sangat tapi apa boleh buat itu takdirnya kena terima. Dan nak ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang sangat prihati dalam mencari mangsa sehingga jumpa.

    ReplyDelete
  11. Oh my God. Sedihnya bila follow kes kehilangan anak istimewa ni. Paling sayu tengok mak dia tak boleh tahan air mata bila kejadian begini terjadi pada anaknya. Harap kita semua ambil iktibar apa berlaku di Negeri Sembilan ni

    ReplyDelete
  12. Kesian dan simpati pada keluarga mangsa. Alhamdulillah tiada kaitan rogol atau kes pembunuhan. Sedih sebab cara dia meninggal tu tak dapat makan usus bocor. As a parents ambil ikhtibar dari kisah ni.

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak saya dengar dan baca pelbagai khabar angin atau spekulasi tentang kejadian ni. Saya rasa, ada baik nya untuk netizen tunggu keputusan drpd pihak berkuasa. Sbb Kadang2 ianya sngt melampau.

    Semoga tragedi ini dapat menjadi satu iktibar utk semua.

    ReplyDelete
  14. Alhmdulillah akhirnya trjawab sudah punca kematian die..salam takziah dari saya dan seluruh rakyat malaysia buat family nora anne

    ReplyDelete
  15. kesian kalau bayangkan dia merayau dalam hutan seorang diri. mak dia lagi sedih.

    ReplyDelete
  16. kesian la hai.. sedih dgn berita ni.. tp syukurlah dah jumpa dan mujur juga tak ada apa2 kesan jenayah.. kalau ada akibat jenayah hmmm x tau nk kata apa

    ReplyDelete
  17. tetapi kes ni macam rumit dan pelik jugakkan..sebab lama juga dowang cari and tak jumpa...sedangkan keluarga ni report awal dan pasuka mencari pun segera...mcm logik juga macam disorokkan seketika oleh bunian

    ReplyDelete
  18. Kesian dia.. Takziah kepada keluarga magsa.. Mesti masa sesat tu dia lapar kan.

    ReplyDelete
  19. Kesian tentu family sedih tp mesti dorang lega sbb punca kematian bkn sbb jenayah

    ReplyDelete
  20. Takziah kepada keluarga mangsa. Memang pelik sangat insiden ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.