Header Ads

Tips Penjagaan Kenderaan Untuk Wanita





Hai pembaca Blog Bonda Chanteq...Cuti hujung minggu ni anda semua kemana untuk mengisi masa terluang bersama keluarga? Cuti hujung minggu ni pasti ada yang mengambil kesempatan untuk ke bengkel membaiki kenderaan. 

Entry kali ni Bonda kongsikan tentang Tips Penjagaan Kenderaan yang biasa Bonda lakukan terhadap kereta Bonda setiap kali sampai masa yang ditetapkan atau 'due'. Sebagai pengguna, rasanya haruslah kita mengetahui serba sedikit tentang penjagaan kereta kita ya. Jangan terlalu mengharapkan adik beradik lelaki atau suami. Kerana jika kecemasan berlaku dan mereka semua tiada berdekatan dengan kita, alamat masalah akan menimpa seperti ditipu oleh mekanik.

Untuk itu, Bonda kongsikan tips penjagaan kenderaan ini khas untuk kaum wanita agar bersedia dengan sedikit ilmu tentang kenderaan. Perkara paling penting berkaitan dengan kereta adalah 'servicing'. Kebanyakkan kaum wanita meletakkan urusan service dan baiki kenderaan kepada suami. Lebih parah jika kereta dihantar saja ke kedai dan membiarkan mekanik yang menyelesaikannya. 

Kita hanya menunggu dan membuat bayaran apabila mendapat bill tanpa mengetahui apakah benar 'sparepart' yang diganti itu benar-benar perlu diganti atau tidak. Tips ini membantu perkara asas kepada kaum wanita sebagai pengetahuan untuk masa akan datang.

Enjin merupakan nadi ataupun penggerak sebuah kenderaan yang perlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang berterusan. Sebaik mana pun rekaan enjin tersebut tanpa penyelenggaraan yang rutin ia akan menyusahkan anda suatu hari nanti. Perkara asas yang perlu diketahui apabila kereta anda dihantar service. Apa yang dimaksudkan dengan 'dihantar service?'. Service kereta adalah menukar beberapa perkara seperti dibawah. 

[Baca: Kepentingan "Wheel Balancing & Tyre Alignment"]


6 Perkara Asas Service Kenderaan Secara Berkala

1. Engine Oil

Mungkin ramai tidak tahu apa itu Minyak Enjen atau Engine Oil. Engine oil atau paling mudah diketahui adalah dengan panggilan minyak hitam. Ianya terletak didalam kebok enjen kereta anda. Ianya ada beberapa jenis iaitu 'fully synthetic, semi synthetic dan mineral'. Untuk kereta Bonda yang telahpun berusia 10 tahun, Bonda gunakan minyak semi synthetic untuk kelancaran enjen. Ianya perlu ditukar setiap 8,000km perjalanan. (Bawak kereta perhatikan meter di dashbord untuk mengetahui km perjalanan kita).




2. Oil Filter

Oil Filter berperanan untuk membersihkan minyak enjen sebelum disalurkan keseluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Oil filter ini akan memastikan tiada jelaga, logam atau bendasing yang sangat kecil menembus masuk yang memberi risiko menyebabkan komponen enjin akan begesel. Oil filter ini hendaklah ditukar setiap kali anda menukar minyak enjen.



3. Spark plug

Spark Plug perlu diganti apabila meter perjalanan menunjukkan kereta anda telah berjalan sejauh 20,000km - 40,000km. Sekiranya spark pluq ini tidak ditukar apabila cukup km perjalanan, ada kemungkinan kereta anda tidak boleh dihidupkan atau tiba-tiba mati ketika memandu. Ini kerana electrode pada spark plug tersebut telahpun haus. Spark pluq ini biasanya ada 4 biji pada kebiasaan struktur enjen.


4. Gear Oil

Bagi kereta manual sepert Bonda,  gear oil akan ditukar apabila km mencecah 40,000km perjalanan. Kegagalan anda menukar gear oil akan menyebabkan gearbox kereta anda rosak dan perlu diganti keseluruhannya. Anda akan berdepan dengan masalah sukar untuk masuk gear atau 'gear tendang balik'. 

Untuk kereta jenis Automatic, gear oil disebut sebagai Automatic Transmission Fluid (ATF) yang mana minyak ini wajib ditukar setiap kali km perjalanan anda mencecah 30,000km. Jika tidak ditukar pada waktu yang ditetapkan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.



5. Radiator Coolant

Coolant adalah campuran antara air dengan antibeku yang tersimpan dalam radiator kenderaan anda. Ianya berfungsi untuk menghalang enjin daripada mengalami masalah panas terlampau (overheating) ketika cuaca panas atau membeku (freezing) dalam cuaca sejuk melampau yang boleh menyebabkan kerosakan teruk pada enjin. Coolant adalah penting selain dari mengelakan karat air membeku didalam radiator.



6. Timing Chain atau Timing Belt

Bagi kerata Myvi seperti Bonda, ianya tidak menggunakan Timing Belt seperti kenderaan lain. Ianya tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing Chain boleh bertahan sekurang-kurangnya 400,000km atau lebih. Ianya terletak didalam enjen dan ianya terendam didalam minyak enjen. Selagi minyak enjen ditukar mengikut jadual rantai tersebut akan bertahan lebih lama. 


Timing Belt berfungsi untuk memutarkan 'camshaft' yang berperanan untuk membuka dan menutup 'valve' pada ruang pembakaran tepat pada waktunya 'piston' naik dan turun. Ianya wajib ditukar setiap kali 90,000km atau 100,000km perjalanan. Sekiranya tidak ditukar pada waktu km yang dinyatakan, timing belt ini akan putus pada bila-bila masa dan mengakibatkan kerosakan enjen yang teruk. Beberapa jenis kenderaan menggunakan timing belt dan perlu ditukar pada km yang dinyatakan;


1. Proton Wira / Saga - 60,000km

2. Proton Waja - 90,000km
3. Honda HRV - 160,000km





Itulah serba sedikit tips penjagaan kenderaan yang boleh Bonda kongsikan ketika ini. Pada masa akan datang insyaallah Bonda akan kongsikan tips-tips penjagaan kenderaan yang lain pula.

Bagi kaum wanita, ambil tahu dan ambil berat tentang kenderaan yang anda pandu agar anda tidak terperangkap didalam keadaan yang menyukarkan. Janganlah kerana kita wanita ktia tidak perlu mengambil berat tentang perkara melibatkan kenderaan kerana semata-mata telah diuruskan oleh suami.




1 comment:

Powered by Blogger.